Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Tips mengelakkan makanan ringan untuk mendapat badan yang sihat dan cantik!

salam semua...
kali ni aku nak share tips kesihatan. korang mesti selalu dengar orang cakap makanan ringan atau fast food tuh tak baik untuk kesihatan. tapi mesti korang rasa macam whatever!!! sebab nak jugak makan makanan yang sedap lazat tidak terhingga tuh dan badan korang pon still maintain cun walaupon dah makan bercupak2 makanan ringan. betul tak?  ask me... ask me! and yes... aku pernah rasa camtuh! hehe...

tapi sebenarnya korang semua dah tertipuuuuu! sebab rasa macam it's ok bukan selalu makan pon! tapi kesan makanan2 sedap ni kita tak nampak terus tapi dalam jangka masa panjang... bila kita dah 'tua'. kenapa aku tulis tua macam tuh. sebab... bila dah dapat penyakit itu ini pastu korang mesti cakap 'biasalah dah tua'! tapi sebenarnya bukan sebab korang dah tua baru dapat penyakit. tapi sebab korang dapat penyakit dan terus rasa tua! (paham tak? tak paham ulang baca ye!) biasanya penyakit2 ni datang dari apa yang kita makan. you are what you eat! dan makanan2 sedap ni la yang buat kita rasa lagi cepat tua!

oh gula-gula itu... aku terpesona!
dipendekkan cerita... mencegah lebih baik dari merawat. kita time muda2 ni la kena sedar yang faktor pemakanan tuh penting. makanan malaysia kita nih dah memang berkolesterol tinggi... berlemak... bersantan... berminyak... ber... itu ber... ini. (tapi masih berkhasiat ye!). jadi tak payah la kita nak tambah dengan makanan2 berteknologi zaman sekarang yang lebih memudaratkan tuh.

sedar tak lemak2 kat badan korang tu datangnya dari makanan ringan! kadang2 kita tak sedar yang badan kita makin banyak lemak sebab bila timbang berat tak naik sangat pon. tapi sebenarnya lemak tuh ringan... bila timbang berat memang tak perasan. bila lemak2 tu dah banyak barulah nampak kesan kat berat badan kita. tapi masa tuh dah terlambat dan membuang lemak yang dah berkumpul banyak tuh bukanlah perkara yang mudah! T_T

awas! burger dan french fries... pasangan ideal yang suka menggoda!  

------------------------------------------------------

aku tau memang susah nak buat kempen 'fast-food-must-go'. tapi at least kita kena cuba kurangkan pengambilan makanan ringan. selalunya bila keluar jalan2 dating2 ke ape ke mesti kita nak serbu kfc, mcdonald, pizza hut, chilis, dan macam2 lagi. alah termasuk jugak la sume restoren dan gerai2 kat mall tuh. sampai susah dah kita nak bezakan mana satu yang sihat dan mana satu kategori makanan ringan. betul tak? 

aku sendiri pon dalam usaha nak menangani makanan ringan ni. dah berbulan2 aku tak makan kat restoren fast food. dan dah bertahun2 boleh dikatakan 'aku tak minum air gas dah!". (kalau minum pon jarang gile atau pon orang lain yang beli). dengan jajan pon aku dah hilang minat sekarang.

nikmat sungguh kerangupan itu! 
so meh aku nak share dengan korang cara2 untuk mengelakkan nafsu terhadap makanan ringan tuh sume. tips2 ni dari pengalaman aku dicampur dengan tips2 dari majalah.

Tips menangani makanan ringan:

1. mula2 kita kena cari punca pada masalah ni. selalunya makanan ringan ni sangat sedap dan menyelerakan jika dibandingkan dengan makanan berkhasiat. dan kita sangat mudah terpengaruh dengan iklan2 makanan yang menawan tuh. nampak sedapppp je. yang kita fikir cuma nak makan! so perkara pertama kena latih diri supaya jangan terpengaruh dengan iklan. mungkin kita boleh cuba alihkan perhatian daripada iklan2 tuh. selamat berjaya!

2. jangan biasakan diri beli makanan dalam tin atau makanan segera macam megi, sup segera, perencah segera dan macam2 lagi la yang ada kat pasaraya tuh. even minuman 3 in 1 bukanlah pilihan yang baik. memang makanan2 ni cepat sedap dan menjimatkan masa juga tenaga. tapi sanggup ke korang 'bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian'?

3. kita perlu sedar... makanan ringan boleh buat kita ketagih disebabkan kandungan bahan2 kimia dalam makanan tuh. contohnya kandungan utama dalam minuman bergas ialah gula, pewarna kimia dan kafein. dan langsung tak berkhasiat. macam burger kat restoren fast food... jangan tertipu dengan keenakkan daging tuh. bukan real pon. macam2 benda ditambah. kenapa fast food di luar negara sangat murah? sebab berapa peratus je daging real dalam burger tu... lain2 lemak atau daging buatan je barulah boleh murah. kat malaysia je mahal bajet mende bagus!

jangan mudah terpengaruh dengan warna yang menawan!

4. kita selalu guna istilah 'alas perut' dan ambil kesempatan untuk beli makanan ringan yang sedap2 tuh. jadi apa kata bila lapar kita amik meal terus. breakfast, lunch or dinner terus. dan pastikan makan makanan berkhasiat. dengan cara ni pon kita akan rasa kenyang lebih lama. jadi bila kenyang kita tak rasa nak 'alas perut' dengan makanan2 ringan lagi. duit pon jimat!

5. ni cara paling berkesan bagi aku. amalkan membaca label kandungan nutrien pada produk makanan. selalunya bila teringin nak makan menda2 sedap aku baca label dulu. aku fokus kat kandungan lemak (fat), gula (carbohydrate) dan garam (sodium). selalunya aku tak jadi beli bila terkejut tengok kandungan bahan2 ni banyak sangat. tak percaya cubalah sendiri!

semak label dulu!
6. kalau teringin sangat nak makan makanan2 ni. makan je... tak pe jangan stress2! tapi jangan lah makan selalu dan makan dengan kuantiti yang sedikit je. elakkan jugak prinsip "tak pe bukan selalu makan sedap camni!"... sebab nanti lama2 korang jadi terbiasa untuk makan macam tuh setiap kali keluar dari rumah. not good! dan pastikan selepas makan... korang minum air masak banyak2. supaya kandungan tidak elok dalam makanan tu boleh disingkirkan segera. so apa kata bila kita makan makanan camni jangan lah order atau beli air sedap. minum air kosong je tau! 

7. mentaliti orang kita... restoren fast food atau makanan barat selalunya dianggap mewah! so apa barang makan nasi kan. pakai lawa2 kena ar masuk restoren yang ada class! ish3... jangan macam tuh. pedulikan apa orang nak kata tapi sebelom tu kita sendiri kena ubah mentaliti kita terhadap makanan jalan2 ni (macam baju jalan2 la). apa kata kita cari menu yang lebih berkhasiat. contohnya kalau aku... aku lagi suka cari restoren yang ada nasi campur. tapi tak bermakna kalau nak berkhasiat makan nasi campur je. menu2 lain pon berkhasiat jugak cuma kena pandai pilih la. dan kalau dah terang2 restoren tu fast food... pasti lah tak berkhasiat. tapi... tapi... tapi masih boleh makan makanan 'mewah' ni. mungkin sebulan sekali atau lagi jarang lagi bagus!

makan lah aku untuk jadi gebu seperti ku!

8. selalu awasi berat badan kita... tapi bagi aku berat badan tak penting yang penting kita sihat dan fit! so untuk mendapat badan yang fit... macam aku cakap lemak tu ringan dan kurang memberi kesan pada berat badan. jadi kita kena awasi ukuran lilitan badan kita macam pinggang, paha dan pinggul. dengan cara ni kita akan sedar yang lemak2 dah mula berkumpul kat badan kita. bila dah ada base lemak... lemak2 baru akan lebih senang dan cepat bertambah. it's too late for me too!

---------------------------------------------------------

Kesimpulannya makanan ringan ni bukan setakat punca kegemukkan tapi juga punca penyakit. sekarang mungkin kita tak sakit tapi bila dah tua2 nanti baru kita rasa kesan makanan2 ni. bahan kimia2 tuh jugak boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan paling ditakuti boleh menyebabkan kanser. jadi kita kena banyak membaca dan mendapatkan maklumat tentang apa yang kita makan. jangan amik mudah je dan anggap makanan yang dimakan oleh semua orang itu bagus. bak kata Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir... "berhenti makan bila rasa sedap"!


p/s: i'm not perfect and still learning to change for a healthy life style. kadang2 aku pon tergoda dengan makanan2 ni sebab aku suka makan! tapi aku akan berusaha untuk mengawasi kegiatan makan aku. heee... ^_^ 


Saturday, November 27, 2010

"Awak kena inject ni", kata abang doktor.

perluke ada 'abang' kat situ. gatal! aah memang aku gatal. satu badan aku gatal2 ni. lengan dan betis aku dipenuhi biji2 merah macam kena gigit nyamuk. tapi bezanya merah dia stay berhari2 tak hilang2. makin hari makin teruk makin hari makin merebak. sampai peha dengan pinggang aku pon dah start naik biji2 merah tuh dan gatal2. T_T serious teruk gila dan sangat menyedihkan tengok keadaan anggota badan aku ni.

kisahnya bermula minggu lepas masa aku first time pakai stoking tangan yang baru beli. konon2nya nak jadi muslimah la kan nak pakai mende tu. tapi cerdik pandai sungguh aku excited main pakai je tak basuh dulu. amik ko lengan aku gatal2. tapi macam tak teruk sangat pon. lepas tu aku datang shah alam duk umah mak cik aku. dan sekarang ni umah mak cik aku dilanda wabak pijat. mak cik aku sampai 3 bulan tak makan ayam sebab dia ingat dia alergi ayam. tapi rupanya pijat punya pasal. korang tau tak pijat tu apa? atau nama omputihnya bedbugs. tengok sini <link> atau sini <link>.serangga ni suka main sorok2 dan memang susah nak jumpa. so kena gak cari punca dia kalau nak hilangkan dia.

ni la binatang haram tu. abis badan aku gatal2.
pijat ni tak tau macam mana boleh membiak kat umah mak cik aku ni. tilam bantal mak cik aku sume kena. sampai sofa pon kena. sebab aku selalu duk kat sofa tu la aku kena. geli gila ok bila nampak serangga ni. macam lipas tapi kecik gila macam sebesar kerengga kot. dan telur2 dia merata2 boleh nampak kat kusyen2 sofa tuh. eeeuwwww!! so semalam kitorang pon buatlah operasi membasuh semua sarung2 kusyen tuh. dan jemur sume kusyen2 tuh. harap2 sume pijat tuh dah hilang. tolong la hilang. aku dah tak sanggup lagi dah.

semalam kuar dengan encik boypren lepas dia abis keje. dia nak terus balik muar tapi singgah jumpa aku jap kat shah alam. sweet tak? hehe. boleh pulak dia tak bawa baju nak tukar. dia pakai uniform keje lagi. tapi terkejut aku tengok dia sebab 'matured gila boypren aku sekarang'. haha. orang bekerjaya la katakan. patutnya aku snap gambar dia sebiji! lepas makan kat Ani Sup Utara kat seksyen berapa ek lupa la tapi dekat2 dengan seksyen 9 la. sedap gak macam bese aku makan sampai licin. aku makan soto dengan jus tembikai. encik boypren makan bakso dengan jus kedondong. tapi dia tak suka sangat jus kedondong tu sebab kat hujung2 ada rasa pahit2 sikit. sekarang ada promosi jus buah jadi harga dia RM 1 je. kalau tak ada la dalam 3 ringgit lebih. (rasa2 kalau 3 ringgit aku order ke tak ek?). sebab jus dia bese je la tak de kaw mana pon. dan aku rasa kedai ni baru lagi ni.

lepas makan aku cakap kat encik boypren rasa macam nak pergi klinik je sebab makin teruk la gatal2 ni. encik boypren pon terkejut tengok lengan2 aku yang penuh dengan biji2 merah ni. so  kitorang pon mencari klinik menggunakan gps yang map ntah bila last update tuh. so pergi la klinik paling dekat dalam gps tuh. sampai je kat tempat tuh... mana klinik? haha. lawak gila. yang ada cuma kedai kosong. pastu pergi la klinik kedua paling dekat dalam list gps. (semua nama2 klinik tu aku lupa... sebab aku memang pelupa! T_T) hahaha. ni macam paling lawak sebab klinik tuh klinik 'bersalin'. hahahahha... so aku pon ajak la encik boypren pergi seksyen 18 sebab aku pernah pergi salah satu klinik kat situ. so maknanya kompem la ada klinik kan. kecuali kalau dia da tutup macam klinik 1st tadi. ok jom!

mak aih... meriah sungguh seksyen 18 tuh sekarang. nak cari parking pon susah. dulu empat tahun lepas tak de la meriah macam ni kot. ok banyak sangat la pulak klinik kat situ. mana satu nak pergi. so aku choose klinik noor hajar (ye kot nama dia) sebab aku nak doktor pompuan. ye la nak tunjuk lengan aku yang buruk ni malu ar kalau doktor laki. dan sebab klinik tu macam tak ramai sangat sebab dia bukan agent clinic kot. oh...oh... oh... dan ia juga klinik keluarga. semua yang pergi mesti ada laki bini dan anak2. tiba2 aku dan encik boypren rasa macam laki bini plak. (ok gedikss!)

bila nama aku dipanggil aku pon cepat2 la masuk bilik doktor tuh.  dan @_@. terbeliak jap mata aku kat pintu masuk tuh sebab rupanya doktor laki-laki. ye abang doktor. muda you pakai baju fit lagi! haha. ok harap dia tak baca ni. aku rasa dia perasan la muka terkejut aku tadi. jangan dia ingat aku syok kat dia sudah. no time! so dia tanya sakit ape. aku pon cerita la pasal stoking tangan dan pijat tuh. paham2 je la kalau aku dah bercerita macam mana kan. berjelaaaaa... mesti ar aku tak nak dia bagi salah ubat. so kena bagi detail punya. dan pon tunjuk la lengan aku ni kat dia. cover malu weh. kena act professional! tak leh segan2! so aku cakap la betis aku sume pon macam lengan tuh gak. hellooo... takkan nak tunjuk betis kat dia gak kan! lepas tu dia cakap "Awak kena inject ni" sebab kalau tak lambat hilang. huh! terkejut aku. inject! ok cool far cool. aku jawab je OK. masa dia tengah prepare jarum tuh. aku senyap je sebab tengah cuak mana la dia nak inject. kalau kat bontot camne? malu kuasa dua weh! arghhhh.... then dia tanya nak inject belah mana? fuhh lega makna kat lengan la kan. ok kiri please! terpaksa la aku selak lengan cardigan aku sampai atas. nasib baik lengan cardigan tu boleh selak. kalau tak leh camne? naya kalau kena buka cardigan tuh. T_T tak kena inject kat bontot pon dah nasib baik gila. fuhh! lengan kiri aku kebas gila lepas kena inject. balik umah ngadu call umi then umi cakap sapu minyak panas kat tempat kena inject tuh. lepas tuh aku terus tido walaupon baru pukul 10.30.

lepas tu aku dapat ubat dua jenis. satu ubat tahan gatal. satu lagi ubat alergi. total RM 32. ok not bad la kan. aku pon pelik nape tak bagi ubat sapu. bila balik baru sedar tak de ubat sapu bila umi tanya. dan pagi ni encik boypren pon tanya. tak kisah. sapu minyak panas pon ok je. tapi aku sapu cream panas tau, lagi best. cream halia yang tengah popular untuk kuruskan badan tuh. ala yang macam iklan nora danish tuh. tapi aku pakai jenama yusmira. konon nya nak kurus tapi aku malas nak pakai. selalunya cream tu aku guna untuk ganti minyak panas je sebab effect dia lagi best. macam kalau sakit perut ke kena gigit nyamuk ke. betul best. cream yusmira tuh memang all purpose pon. boleh jadi ubat sapu. jenama lain aku tak tau pulak kan.

tadi aku tanya doktor tuh nape aku je kena teruk. mak cik aku cam bese2 je. doktor tu cakap sebab depends pada sensitivity badan kita. immune system kita. so kira kulit or darah aku ni macam alergi la dengan pijat tuh. bila dah kena gigit sekali. abis dia merebak kat tempat lain sebab badan aku tengah berusaha nak menolak jangkitan tuh. so biji2 merah dan gatal2 ni macam inflammation effect pada jangkitan tu la. (ingat2 lupa apa aku belajar dulu -_-') so bukan la si pijat tuh datang ramai2 pakat gigit badan aku ye. disebabkan seekor pijat je kot badan aku jadi camni. bahaya wooo pijat ni.

Kesimpulannya korang sume pon kena la jaga kebersihan rumah korang ye. (opss...tidak bermaksud nak mengata mak cik aku). make sure pengudaraan cukup, bagi cahaya masuk., selalu basuh cadar or sarung kusyen, jangan bagi closet korang bersepah, selalu sapu lantai or habuk2 dan sebagainya. jangan bagi pijat membiak dalam umah korang. sebab serangga ni walaupon kecik tapi sangat2 bahaya.


p/s: ok panjang gilaaaaa... terima kasih pada yang sudi baca dari awal sampai abis. ^_^ sekarang ni pon tangan kiri aku masih rasa kebas2 sebab kena inject. 


Friday, October 29, 2010

Jangan makan timun dengan madu!


Umi saya cakap madu tak boleh makan dengan timun. sebab boleh bawa MAUT! hah bukan setakat mabuk pening2 tau. maut ni! ish bila dah cakap pasal maut takut la saya. tapi tetap tak puas hati. saya tanya la ye ke? mana tahu? siapa cakap? betul ke ni? umi jawab orang la cakap. ye la orang tuh siapa? dan tiada jawapan di situ. ish tak boleh jadi ni. betul ke ni. tak kan saya nak pergi eksperimen pulak. takut la. kalau awak sudi buat la. nanti bagitau saya tapi jangan datang kat saya bila dah jadi hantu pulak ye. ngeheheh...
lepas tu baru saya ingat eh timun? timun batang (timun makan dengan nasi lemak tu) ke timun cina (tembikai le)?sebab orang kelantan panggil dua2 pon timun! kan dah konfius sekarang ni! aduh macam mana ni. abis yang mana satu ni. umi cakap tak kisah la asalkan mentimun maknanya dua2 la. tapi bila saya fikir balik. orang makan sate dengan timun atau BBQ pon dengan timun jugak (obviously timun batang ye) sebab nak hilangkan karbon masa bakar tu kan. then resepi sate dan BBQ ni pulak banyak yang pakai madu kan nak bagi sedap. maknanya selamat la timun batang makan dengan madu ni ek? ye ke? ntah la. cuak ok! lepas tu saya google la. google punya google. susah pulak nak dapat info pasal timun dengan madu ni. jadi saya rasa bukan timun batang yang dimaksudkan.
then saya cari info pasal tembikai dengan madu pulak. ish susah jugak nak dapat info (mungkin saya yang tak reti T_T). tapi jumpa jugak walaupon susah. "Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut." dan ada la beberapa lagi yang saya jumpa. semua pon warning lebih kurang macam ni je. jadi saya tetap tak puas hati sebab tak jumpa reason dia (saintifik reason terutamanya). arghhhhh... kenapa? siapa yang tahu boleh bagitau tak? tapi saya rasa la madu asli je yang tak boleh kot. madu yang jual kat supermaket tuh boleh kot sebab dah tak berapa asli kan (amboi suka hati je rasa2 kalau mati anak orang sape nak jawab)!
jadi nasihat saya jangan lah makan tembikai dengan madu ye tak kisah la madu kampung ke supermaket ke kacang madu ke ape ke. cuak ok! (timun batang pon saya dah cuak gak ni) dah la tembikai tu favorite saya. kena la hati2 lepas ni. -_-






p/s: kepada bini tua bagi je madu aka bini muda kamu makan tembikai. hehehehe.... nasihat keji!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...