Tuesday, December 7, 2010

Looking Great Smile 2010 contest by Zainatun Adilah

Assalamualaikum semua~~~

selamat tahun baru untuk semua umat islam yang berada di muka bumi yang masyaAllah indah sangat ni. eh kalau awak alien muslim dari planet lain pon selamat tahun baru jugak (tapi mungkin pengiraan tahun baru planet awak len kot). teehee sudah mengarut pula... ^_^

semoga penghijrahan kita ke tahun baru ini lebih bermakna dan diberkatiNya. marilah kita berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa berada dilandasanNya. amin~~~

ala tomei nya dia...

hehe... sebenarnya ni entri ni untuk join contest LOOKING GREAT WITH SMILE 2010 CONTEST ni. syarat2 dia senang je. awak2 semua yang suka senyum yang nak join boleh la tengok sinipenyertaan akan ditutup pada 21/12/10. eh mcm cantik je untuk buat tarikh kawin kan! cepat2 sempat lagi. hehe...

oh sebagai syarat jugak kena promote (tag) 5 orang blogger lain... emm nak tag sape ek... ok random je lah ye ...

awak2 yang kena tag tak buat pon tak pe. jangan pressure okeh. =P

emm rasanya dah cukup kot semua syarat. so apa tunggu lagi meh kita tengok senyuman kerang busuk yang akan bertanding dengan senyuman lain yang comel2. T_T

~
~
~
~
~

SMILE is the best accessory ever... and free!


Sunday, December 5, 2010

Cerita Cinta Tiga Hari (part 3)

mencik la... susah betul nak mengarang (bajet pro writer sat!). dah berhari2 nak online susah bangat. eh silap... online boleh... setakat nak buka fb email ym blog dua tiga kerat boleh je... tapi ada ke patut nak tulis new post pon tak boleh! ape ke dengki sangat dengan aku ni. haihhhhh~~~ pastu cian game2 facebook aku sume dah huru hara sebab tak leh buka. T_T

eh… ASSALAMUALAIKUM~~~ ok from now on aku akan bagi salam dulu kat setiap post sebab well… aku nak berubah menjadi lebih muslimah… keh… keh… jawab fon pon tak pernah bagi salam so apa kata kita mulakan dengan blog. Kring… kring… Hello? Hey! I’m serious ok! (dah beli stoking tangan jugak tau!)

ok sebenaqnye malas dah nak cite part 3 ni bila duk tertangguh je tapi kalau tak de part 3 cacat la pulak sebab nama pon cerita 3 hari kan. so lets make it short and simple bebeh...

mata ku silau... au... au... 

sila abaikan ketembaman terlampau dalam gambar di atas. T_T hah...korang tau tak kat mana ni? pernah sampai sini? blom? ek eleh... aku dah pergi dah (berlagak!) ^_^ hari ketiga kitorang pergi i-city kat seksyen 7 shah alam. siang hari aku pergi biocareer so kitorang keluar malam kejap. sebelom tuh dinner kat Pak Li Kopitiam dulu. walaupon aku dah kenyang gile tapi aku order jugak mee goreng mamak kat situ. pelik sikit cara dia masak tapi sedap gak. tapi aku tak leh habiskan sebab dah kenyang sangat. membazir je kan. T_T

ramai sungguh manusia... eh hai awak

cantik giles kan... sangat colorful dan terang benderang dan indah dan waooo... dan... ahhhhhh... nak pengsan! (teruja) bagi korang yang blom sampai ke i-city ni... kalau nak masuk sini kena bayar 10 ringgit per kereta (per motosikal jugak kot)... entry fee dia tak kira ikut kepala so baik korang sumbat reramai dalam sebiji kete dan tak yah la nak buat konvoi nak tayang kete masing2 ye. rugi je. paling jimat kalau korang naik lori je reramai... sumbat je sampai jadi macam sardin dalam tin. hehe... jimat oi! 

ish nape ada orang kat belakang pulak... kacau je!

seyes aku teruja giles dengan tempat ni... senang je nak gembirakan aku kan. sebab aku macam budak kecik yang senang gile excited. tapi encik boypren suka cakap tempat ni lame! (eh bukan lama tau 'lame' in english tau). menyampah! i loike jeeee... tak kira nak datang sini beribu2 kali lagi. i-city ni kalau siang hari memang tak de maknanya (no meaning)... ye la watpe nak buka lampu2 tu siang2 kan. so kalau nak masuk free datang le siang ye. tapi hampeh takde pe2 la. ade props pokok2 dan replica2 binatang2 comel je. lampu warna warni tak de. tak indah la awak! so kena datang malam jugak. 

ahhh... cantikkkk nyeeee...

tengok gambar pon aku masih lagi rasa teruja... nak pergi lagi. kepada ibu2 bapa2 bawa la anak2 awak datang sini ye. kompem dorang suka. sebab saya suka! gentleman2 sekalian bawa la awek korang dating kat sini ye. sebab awek korang mesti suka punya. kalau dia tak suka. dia bukan perempuan! hah tak tau!! and ladies ajak la boypren korang dating kat sini ye... 

pokok beruban putih ni nampak suci je

kat sini pon ada kedai2 makan... boleh la dinner. lain kali aku pon nak dinner kat tempat yang indah ni la. pastu ada gerai2 jual barang comel2 dan pelik2... dan sume barang tuh mesti yang bercahaya2 punya. lip lap lip lap... lap lip lap lip... omel cangat! kesimpulannya tempat ni amatlah meriah... dan rasa bahagia je jalan2 kat sini. especially dengan yang tersayang... auwwww~~~~


rasa nak petik je lampu2 ceri ni

ok... habis sudah cerita tiga hari yang bahagia ni... sekarang encik boypren sibuk dengan kerjayanya... dan pasti la makin susah nak jumpa. T_T awak... saya doakan awak yang terbaik dan murah rezeki sentiasa supaya boleh la cepat2 masuk meminang. heee... ^_^ malu!





Wednesday, December 1, 2010

Aku sayang kamu.... oh telefon bimbit ku!

eh boring la... dan dengan broadband yang agak mesra hari ni aku pon membalas tag dari cik aintaufik. sebenarnya dah lama aku kena tagged tapi lupa pulak... so dengan rajinnya aku membelek shoutmix tuh sampai page berapa ntah untuk cari link tag ni balik. thanks ye cik aintaufik. enough!!! layannnnn~~~~ (ala2 melodi gitu... dengan aksi tangan sekali ok!)


gambar yang tak de kaitan dengan entri... T_T

1. Anda ada berapa Hp?
satu je la nak watpe banyak2

2. Jenama Hp anda?

iphone 3gs (ye saya tau sekarang dah masuk zaman 4g T_T)... warna putih ye (nak gak bagitau!)


3. Function Hp anda?
main mesej2, main calling2, main google2, main game2, main apps yang cool2 semuanya... ^_^

4. Anda menggunakan talian apa?

maxis youth club

5. Jimatkah anda?

gempak gila cun hebat sangat jimatttt oiiii...

6. Berapa banyak wang yang anda habiskan untuk topup dalam masa 1 bulan?
emm... macam 30 plus minus kot... tapi lately suka main calling2 la. so terlebih bajet. (ada sesapa sudi bagi top up free?)


7. Berapa bilangan mesej dalam inbox di Hp anda?
ntah... tak suka simpan mesej banyak2. bila rasa banyak je terus delete. lagipon iphone tak track bilangan mesej. 


8. Siapa yang paling banyak muncul dalam inbox Hp anda?
tidak lain tidak bukan... mestilah encik boypren

9. Ketika anda menjawab soalan ini, siapakah penghantar mesej yang paling akhir dalam inbox anda?
encik boypren jugak. (boring! hahahhaa)

10. Apa perasaan anda bila baca mesej tersebut?
riang gembira tersenyum simpul tersengih2... ^_^


11. Jika anda terima mesej dari seseorang yang tidak dikenali ingin berkenalan dengan anda, apa yang anda reply kepadanya?
"sapa ni?"... (kita siasat dulu ye)

12. Perasaan anda bila rakan anda sendiri menyebarkan nombor Hp anda?
sebar macam mana ni? depends la sebar dengan niat ape. kalau niat tak baik... nak kena pelampung pelempang? 

13. Anda gembira bila menerima mesej dari seseorang?
gila apa kalau mesej tu maki hamun aku... takkan aku nak gembira pulak! tengok la mesej yang disampaikan dalam mesej tu. (berbelit tak ayat?)

14. Berapa laju anda menaip mesej?
dua2 tangan laju... tangan kiri lembab... tangan kanan boleh tahan laju la...

15. Siapakah orang yang pertama anda mesej/call hari ini?
encik boypren... dia yang mesej dulu. saya reply je... hihi...

16. Berapa kerap anda ber'3G'?
tidak langsung sebab charge mahal nak mampuih... wifi je lem... free of charge!

17. Ringtone apa yang anda gunakan?
"pocketful of sunshine"... tapi untuk encik boypren ringtone... (ah tak nak bagitau la)  
18. Bagaimana pula dengan 'message alert'?
message alert iphone tone pilihan pertama

19. Berapa saiz Memory Card Hp anda?
16 GB (sampai bila pon tak habis2 kot)

20. Anda ingin memiliki Hp baru?
oh tidak... saya sayang iphone saya... kecuali jika kejadian buruk berlaku padanya. (oh tidak!)

eh bila mau abis la soklan2 ni... penat den jawab!

21. Alarm di Hp anda?

sentiasa bertukar... (kena set 3 alarm dan akan bangun bila alarm ke 3 berbunyi... ahhahha)

22. Anda ada call/mesej parents anda hari ini?
belom lagi...

23. Namakan orang-orang yang anda ingin tag
haiyaa... ni yang malas ni... sesapa yang rasa boring dan nak tayang handphone sila la jawab ye. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...