Monday, November 1, 2010

Something went wrong!

the more i read
the more i learned
something went wrong
just too wrong
as if lying flat on the floor in the crowd
surprisingly being ignored
but shouting in the middle of the crowd
surprisingly called for attention

now wake up
being real for real
stop the nonsense faking
stop being the cheap crap
stand up not step up
and now i will
throw the cupcake if i hate it
change the channel if i bored
when the heart speaks
i need no backup

Kenapa saya tak suka hujan?

eh saya cakap pasal hujan yang turun dari langit ok. bukan kumpulan hujan yang nyanyi lagu 'pagi yang gelap' (memang pagi ni gelap pon). bukan hujan (rain) pelakon korea cite full house tu.

emm... hari ni dah masuk 2 hari  hujan tak berhenti2. kompem nak banjir ni. bukan rumah saya. kampung atuk saya kompem banjir. musim banjir dah tiba... dulu kecik2 memang seronok. bila dapat call nenek cakap air dah naik. kitorang kompem serbu balik umah atuk sebab nak main air. dulu la. sekarang tak tau lagi. tengok le camne. hehe. (jangan tiru... bahaya tau)

banjir ni boleh jadi bencana. tengok aje apa jadi kat pakistan dengan china. dan terbaru tsunami kat indonesia. saya tak sampai hati baca berita2 macam tuh. tapi apakan daya. nak tolong tak mampu. kena sentiasa bersyukur yang negara kita masih dilindungi. dan berdoa supaya terus dilindungi. (renung2 kan bersama)

pasal kenapa saya tak suka hujan pulak. bukan sebab saya tak bersyukur. hujan kan nikmat...rahmat tuhan. cuma saya nak membebel pasal ketamakkan saya ni. (dah bagi hujan tak nak, tak bagi mintak2 pulak).

kenapa saya tak suka hujan? eh sebab2 ni hanya sah untuk minggu ni je ok.

1. sebab saya tak boleh basuh baju yang dah menggunung tuh. huhu. minggu depan nak g KL. cmne ni? tak kan nak sumbat baju kotor dalam beg. eeuwww!

2. sebab broadband saya jadi lembab teramat. nak bukak itu ini susah gile. lambat sangat loading lebih2 lagi nak baca blog2 korang. and stalk orang kat facebook. muahahhaa. tapi saya tetap sayang broadband saya. tanpa beliau saya jadi katak dibawah tempurung.

3. sebab saya tak boleh keluar rumah. boleh je kalau nak tapi jadi malas sebab hujan pon lebat. dah la saya nak kena pegi cc print dokumen2 untuk dibawa ke KL. janji nak pegi minum2 dengan cik yaya pon terpaksa cancel.

4. sebab bangun tido je masih gelap. sejuk pulak tu. tarik selimut tido balik. sedar2 matahari dah atas kepala. (ok tipu mane ade matahari kan mendung je memanjang).

5. sebab saya jadi malas gile. banyak mende nak kena settle dan buat sebelom pegi KL ni tapi saya buat tak peduli je.

6. sebab saya rasa nak makan je. bosan! pegi dapur cari makan. tengok tv. ngadap laptop. bagus! acara menternak lemak.

7. sebab saya dah tak tahu sebab ape. tapi nak gak tulis nombor 7 sebab saya punya suka la!


p/s: hujan2 ni best gak layan lagu hujan. pagi yang gelap... kini sudah terang... aku adikmu... lalalalala~~~

Sunday, October 31, 2010

Aku Perempuan Kau Lelaki


situasi 1

perempuan: awak... tadi saya jumpa sorang mak cik ni. dia cite pasal anak dia... anak dia.... bla... bla... bla...

lelaki: hemm... (sambil makan ayam goreng KFC)

perempuan: pastu saya pergi... bla... bla... bla... pastu saya... AWAK!!! dengar tak saya cakap ni? eeeee awak ni selalu macam tu!

(gaduh~~~)


situasi 2

perempuan: wah... cantik nye baju2 ni. cantik nye kasut2 ni. nak beli lah.

lelaki: beli lah.

perempuan: tapi tak tau nak beli yang mane. emm... nak beli yang mane ni.

lelaki: beli lah yang awak suka. yang awak cakap cantik tuh.

perempuan: tapi sume pon cantik. tak tau nak pilih yang mane ni. mane boleh beli sume.

(selepas 30 minit... masih memilih)



situasi 3

sedang menonton cite ultraman taro, tiba2 iklan pulak.

lelaki: (menukar2 channel tak henti2 dengan remote di tangan)

perempuan: awak... dah la tuh. pening kepala saya tgk skrin tv ni. 

lelaki: ala. kan iklan. tengok la channel lain jap. 


situasi 4

perempuan: awak kita kat mane ni. macam dah sesat je. kita tanya orang la macam mane nak pegi A&W tu.

lelaki: malas la. pakai je gps ni. 

perempuan: tanya je la. kan ramai orang kat sini.

lelaki: awak je la tanya. saya tunggu sini.

(perempuan jugak yang pegi tanya)

------------------------
hah. penah tak awak berada di situasi macam ni. tak kisah la. awak jadi perempuan ke jadi lelaki ke. tapi walau macam mana sehati sejiwa pon pasangan tu mesti akan ada situasi2 yang berkaitan dengan jantina macam ni. sebabnye otak perempuan dengan lelaki memang tak kan sama punya. dalam islam pon ada cakap "lelaki ada satu nafsu sembilan akal. perempuan ada sembilan nafsu satu akal".

sebab tu la. perempuan biasanya akan berfikir masak2 dulu sebelom buat satu keputusan tak kira la kecik ke besar. tapi lelaki pulak biasanya memang cool dan amik mudah dalam semua banyak perkara kan. sebab tu la perempuan lebih sensitif dan mudah menangis atau gembira (senang excited la maksudnya) berbanding dengan lelaki. sebab tu la.... ok saya tak nak cakap banyak sebab saya bukan professor psikologi jantina ni. so meh kita tengok apa yang ada dalam otak2 lelaki dan perempuan ni. apa yang membezakan cara pemikiran lelaki dan perempuan. 

gambar2 ni dah lame saya simpan dalam handphone tapi selalu lupa nak share. masa mula2 saya tengok gambar ni baru saya paham gerak geri dan tingkah laku encik boypren saya. ohhh... patut leeeee....


p/s: situasi di atas hanya lah rekaan semata2. tiada kaitan antara yang hidup atau mati. kalau sesape nak share pengalaman sendiri dipersilakan. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...