mula2 memang watak dia kesian gila. tapi sekarang dia macam dah jadi jahat. dah jadi pelacur five star. kenapa five star sebab sugar daddy dia semua orang2 kaya. dan dia pegi hotel five star je (erkk...ye ke). tapi yang buat saya meluat ni sebenarnya L.E.L.A.K.I! sebab gatal sangat dah ada bini semua pantang tengok perempuan lawa je cair. pastu ada pulak perempuan macam chinta ni. senyum sikit goda sikit dah iman hilang ke mana pon tak tau dah. anak bini semua dah tak ingat. eh tak boleh ke korang semua jadi lelaki yang baik sikit. kalau yang hensem lagi la. hancusss! sah2 perempuan nak goda kan. cun2 lawa2 pulak tuh. pastu senang2 je tergoda! eh... sabar la sikit. kalau betul kau tuh sayang kat awek sendiri bini sendiri cuba la tempis jangan main terima je. kalau perempuan datang belai2 ko. tak boleh ke kau tolak je dia tuh. biar jatuh terjelupuk pon tak pe. tuh baru betul lelaki. tapi kalau kau tuh single suka hati kau la nak buat apa. ada aku kisah! yang aku kisahnya bila kau tuh ada awek ada bini! tapi bila kena goda sikit je terus rasa macam diri tuh awesome sangat sebab ada perempuan nak kau. then hanyuttt!
L.E.L.A.K.I macam rasul iman (watak adi putra dalam cerita cinta ni) lagiiiii aku menyampah! kau tuh dah la peguam syariah. lepas tu lelaki soleh pulak tu (soleh la sangat). watak baik je beriman je. tapi bila nampak je si chinta tu. dah jatuh cinta. sebabnye? awek tuh lawaaaaa cun melecunnn. eh menyampah la. asal lawa je nak jatuh cinta. walaupon kau tau yang minah tu pelacur. kau nak gak suka dia. tak paham la! nampaknya lelaki sekarang memang tak kisah kot kalau perempuan tuh tak bermaruah. yang penting lawa! body cun! pastu perempuan tuh depan kau je buat baik. kau dah percaya bulat2. so perempuan2 lawa sekalian dah tau kan kelemahan lelaki ni. kau berlagak baik je depan depan lelaki2 tuh. kompem cair. bukan diorang kisah pon kat belakang kau buat apa. yang penting kau tuh awek cun baik sopan je depan diorang!
Eh menyampah la! encik boypren saya harap awak bukan lelaki macam ni! dan lelaki2 yang baca ni sila lah terasa. tolong lah jadi lelaki yang.... tak macam ni! lelaki yang kitorang orang perempuan ni boleh bagi kepercayaan penuh. jadi contoh yang baik sebagai ketua keluarga dan bapak kat anak2 kitorang. kalau korang tu baik datang perempuan seksi cun melecun sepuluh orang kat depan korang pon patutnya korang kena tahan godaan nafsu tuh. tolong jangan cakap dah lumrah lelaki macam tuh sebab nak seribu daya tak hendak seribu dalih ok!
sekian dari saya yang tengah M.E.L.U.A.T dengan L.E.L.A.K.I!!!
