Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Lelaki tak kisah perempuan tak bermaruah!

tarik nafass... hembusss... panas ni panas yang amat! masa tengah panas ni la sesuai sangat nak hambur keluar semua tu kat sini! meluat tau. M.E.L.U.A.T! dengan sape. dengan fasha sanda. ok sori memang saya tak suka dia tak tahu kenapa jangan tanya. tapi bertambah2 meluat bila dia jadi Chinta! ye chinta tak kenal ke? ala cerita petang2 pukul 6.30 tv3 tu. saya tengok pon sebab time tu memang tak de keje nak buat so duk je depan tv.

mula2 memang watak dia kesian gila. tapi sekarang dia macam dah jadi jahat. dah jadi pelacur five star. kenapa five star sebab sugar daddy dia semua orang2 kaya. dan dia pegi hotel five star je (erkk...ye ke). tapi yang buat saya meluat ni sebenarnya L.E.L.A.K.I! sebab gatal sangat dah ada bini semua pantang tengok perempuan lawa je cair. pastu ada pulak perempuan macam chinta ni. senyum sikit goda sikit dah iman hilang ke mana pon tak tau dah. anak bini semua dah tak ingat. eh tak boleh ke korang semua jadi lelaki yang baik sikit. kalau yang hensem lagi la. hancusss! sah2 perempuan nak goda kan. cun2 lawa2 pulak tuh. pastu senang2 je tergoda! eh... sabar la sikit. kalau betul kau tuh sayang kat awek sendiri bini sendiri cuba la tempis jangan main terima je. kalau perempuan datang belai2 ko. tak boleh ke kau tolak je dia tuh. biar jatuh terjelupuk pon tak pe. tuh baru betul lelaki. tapi kalau kau tuh single suka hati kau la nak buat apa. ada aku kisah! yang aku kisahnya bila kau tuh ada awek ada bini! tapi bila kena goda sikit je terus rasa macam diri tuh awesome sangat sebab ada perempuan nak kau. then hanyuttt!

L.E.L.A.K.I macam rasul iman (watak adi putra dalam cerita cinta ni) lagiiiii aku menyampah! kau tuh dah la peguam syariah. lepas tu lelaki soleh pulak tu (soleh la sangat). watak baik je beriman je. tapi bila nampak je si chinta tu. dah jatuh cinta. sebabnye? awek tuh lawaaaaa cun melecunnn. eh menyampah la. asal lawa je nak jatuh cinta. walaupon kau tau yang minah tu pelacur. kau nak gak suka dia. tak paham la! nampaknya lelaki sekarang memang tak kisah kot kalau perempuan tuh tak bermaruah. yang penting lawa! body cun! pastu perempuan tuh depan kau je buat baik. kau dah percaya bulat2. so perempuan2 lawa sekalian dah tau kan kelemahan lelaki ni. kau berlagak baik je depan depan lelaki2 tuh. kompem cair. bukan diorang kisah pon kat belakang kau buat apa. yang penting kau tuh awek cun baik sopan je depan diorang! 

Eh menyampah la! encik boypren saya harap awak bukan lelaki macam ni! dan lelaki2 yang baca ni sila lah terasa. tolong lah jadi lelaki yang.... tak macam ni! lelaki yang kitorang orang perempuan ni boleh bagi kepercayaan penuh. jadi contoh yang baik sebagai ketua keluarga dan bapak kat anak2 kitorang. kalau korang tu baik datang perempuan seksi cun melecun sepuluh orang kat depan korang pon patutnya korang kena tahan godaan nafsu tuh. tolong jangan cakap dah lumrah lelaki macam tuh sebab nak seribu daya tak hendak seribu dalih ok! 

sekian dari saya yang tengah M.E.L.U.A.T dengan L.E.L.A.K.I!!!



Wednesday, October 27, 2010

Cerita Cinta

ok baru saja habis. setiap rabu pukul 11 pagi. saya suka tengok cerita ni kat tv3. "Cerita Cinta". mesti saya tersenyum je sepanjang satu jam tu. rancangan realiti mengenai pasangan2 yang sudah berkahwin. mostly yang baru kahwin macam baru tak sampai setahun la. tapi tak tahu la pulak kalau episod lepas ni akan pasal pasangan yang dah lama kahwin pulak kan.

cerita cinta ni sweet sangat. manis macam letak 5 sudu gula dalam secawan teh. hehe... setiap episod dalam 3 couple akan ditemu ramah. dorang ditanya macam mana kenal?apa keistimewaan yang buat dorang jatuh cinta kat pasangan masing2? macam2 la. and the best part is the way the story presented. bukannya macam temu ramah wanita hari ini atau melodi ok! ada love song yang best2 then ada video masa dorang kahwin. best la! rasa macam tak sabar nak kahwin je tengok cerita ni. betul tak tipu! hehe... ala tak reti la nak cerita. tengok la sendiri ye. pukul 11 pagi setiap rabu di TV3. tapi jangan lah ponteng kerja sebab nak tengok cerita ni pulak ye.

saya suka... mesti awak pon suka... tengok ye...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...