Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Cerita Cinta Tiga Hari (part 2)

ok.... dengan gediknya aku nak tayang date 2nd day kitorang. hihi. dah berbulan tak jumpa. mesti la dating hari2. (macam dah wajib kawin je... opss!). date ni dah lama sebenarnya... sebelom raya haji lagi. so 1st day dah pergi sunway piramid. 2nd day kita pergi jauh sikit dari shah alam. lepas breakfast kitorang pergi  PUTRAJAYA! sebabnya aku teringin nak pergi Alamanda. sumpah ni 1st time pergi. T_T jakun! 

sweet tak kitorang pakai kasut sama!

cuba teka yang mana gua? 
mesti lah baby blue kan. demm! selalu tak ingat kasut size apa. opss.. baru nak bagi hint kitorang buat apa!. ok la sapa tak tau dia memang jakun. :p ni kasut ape adik2??? bowlingggg! ye betul... lepas jalan2 pusing2 alamanda kitorang main bowling pulak sambil tunggu movie start. ^_^


bebola warna warni yang tak boleh dimakan!

sampai penuh bola kat situ. warna kuning 2 biji tuh aku punya. no 9 je. tak larat la berat2. encik boypren pon suka main yang 10 or 11 je. tapi geng sebelah tuh sume main bola berat2. pompuan pon main yang berat gak. fuyoo! tapi curi2 tengok point macam aku lagi hebat je. :p

encik boypren beraksi dengan penuh bergaya

fulamak... aksi melontar membaling bukan main superb. tup2 masuk longkang. hahaha... kesian encik boypren dah lama tak main bowling. tak leh nak tunjuk skill sangat. sapa suruh buat bola spin! padan muka! mengada... main je la bola lurus. kan! untuk menjaga maruah encik boypren aku tak dapat nak tayang point. yang pasti aku menang! muahahhaha...

aku memang tak reti senyum tutup mulut ni. haih!

selepas beraksi kita rehat dulu sementara tunggu movie start. eh aku tak cakap lagi kan kitorang tengok movie apa. kitorang tengok Megamind. hehe cite kartun animation memang favorite aku. suka sangat macam budak kecik dapat aiskrim. ^_^ penat aku gelak so aku bagi 10/10. panggung tuh penuh dengan mak budak bapak budak dan budak2. sebelah aku ada mak budak dukung budak kecik. aku dah Oh nO... kalau budak tuh bising time movie tuh memang nak kena. hehe. tapi budak tuh behave je. bagus3! 

secret recipe... shhhh...

 selepas bergelak ketawa dalam panggung. aku teringin nak memaniskan mulut dengan cheesecake. so kitorang pon pegi la secret recipe. aku punya cappucino cheesecake (kanan). encik boypren punya tiramisu (kiri). dah makan manis2 minum air kosong je la kan. walaupon terasa malu makan kek dan minum air kosong je sebab orang lain air sedap2 makan sedap2. so what! suka hati kitorang la. aku amat menjaga pemakananan ok! makanan manis harus dineutralkan dengan air kosong! ececeee... 
eh kat mana pulak ni?
on the way balik nampak banyak signboard taman2 kat putrajaya ni. apa lagi aku pon nak le pergi satu. so kitorang singgah Taman Botani. teruja dengan kehijauan taman ni. ahh... fresh air. oxygen everywhere... 
hai boleh kenal?
kita jalan je ikot lorong ni. tengok dia bawa kita pergi mana. lalalala...

cak!!!
hihi... stop jap. kita amik gambar. haih... bila nak sampai hujung ni. 
pose yang boring

ooo... kalau jalan sampai hujung nanti ada restoren seafood la. nampak tak gambar udang kecik kat belah atas kiri kepala saya tuh... celah2 tiang tuh. nampak tak? tapi restoren tu buka malam je. pekerja dia macam tengah sibuk2 buat preparation. ala... tak kan nak tunggu sampai malam pulak. lain kali la ye. awak.. nanti bawa saya datang dinner kat sini ye. ^_^ 

pandan gergasi

saya gelak2 cakap kat encik boypren "awak tengok ni macam pandan gergasi!" hahaha... pastu tiba2 terbaca sign dan memang betul ia adalah spesis pandan. ok sekarang nak kata apa? saya hebat sebab dapat teka ke? atau saya bodoh sebab tak tahu tu memang pandan. T_T

pokok kelapa tumpang glamor atau tumpang glamor pokok kelapa?

 sesudah berjalan2 ambil angin di tepi tasik. kitorang pon balik la. hoo yeahhh... esok dating lagi. nak pergi mana pulak ye?

 ^_^ maluuu...

Saturday, November 27, 2010

Cerita Cinta Tiga Hari (part 1)

patut nya tajuk tu cerita dating tiga hari... ada aku kisah? muahahah... cerita cinta lagi sweet kot. seperti diwar-warkan ari tu aku dating tiap2 hari sampai tak update blog. so what aku nak cerita pasal aku dating... walaupon aku  bukan selebriti tapi at least aku tak sorok2 macam selebriti kan. teehee... ^_^

"cedapnye waffle kaya dengan butter ni" kata encik boypren.
1st day pergi buat medical check up encik boypren kat shah alam  jap dua jam. lepas tu lepak kat sunway piramid sampai petang. 

over gila expresi muka. makan waffle peanut butter coklat je kot. daa!
sebelom tengok wayang kena alas perut dulu sebab nak makan proper tak sempat. movie 'Unstoppable' dah nak start. ok seriously movie tu memang awesome powsome. best gempak gila cun! dah lama tak tengok movie best. sesapa yang belom tengok sila la tengok. aku bagi 10/10. 

OMG... apsal tembam sangat ni! lepas raya berkilo2 berat aku naik dan terang2 dia pegi kat situ... bila pipi dah besar dari mata. 
 rambang mata kot tengok baju cantik2 tapi harap beg je besar isi takde. kalau aku ada magic tukar daun jadi duit kan best. T_T aku siap declare nak beli ada sebiji kedai kat situ. bukan nak jadi tauke kedai tapi nak jadikan kedai tu wardrobe aku. arghhh... nak shopping!

asam laksa from laksa shake shack. 
boleh tahan gak asam laksa ni. satu set sekali dengan bandung cincau dengan otak-otak dua batang. aku makan sampai licin maknanya sedap le kan. kalau tak sedap aku tak makan. eh ye ke tapi rasanya sume makanan aku cakap sedap. ^_^

haiyaa... encik boypren nape lu potong kepala gua. 
lepas tengok movie kita makan dulu. sebelom makan kita posing dulu. lepas makan kita lupa posing. hooyeahh! ular sawa kekenyangan.

hak ni encik boypren punya. nasi ayam something2.
encik boypren tak suka makan laksa so dia order nasi ayam ntah apa nama ni. sedap gak la. nasi ayam ni special dia kat sos ayam tu je kot.

amik lu! tadi potong kepala gua ye. gua potong kepala lu jugak!
lepas makan ni aku tak ingat kitorang buat apa. cam terus balik je. penat jalan sebab aku pakai wedges tinggi baru beli tuh. ada kat entri ni. sampai aku lagi tinggi dari encik boypren. hehe.

eh apasal macam dah panjang sangat entri ni. baru hari first. hehe. ok terpaksa la dibahagikan kepada part2 pulak. sekian untuk part 1. 

-_-'

Sunday, November 7, 2010

Namun ku punya hati


Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua


Membaca bait2 lagu dia atas pon sudah cukup untuk menyentuh hati kita. Ini kan pula bila mendengar lagu yang diiringi alunan muzik penuh kesayuan.  Keras sungguh hati kamu wahai manusia jika tidak sedikit pon kamu tersentuh dengan alunan irama itu. Apa salah mereka jika ditakdirkan sedemikian rupa. Mengapa perlu dipandang hina? Mengapa perlu dicaci cela? Mengapa perlu dicebik dan dipalingkan muka? 'Namun ku punya hati' seperti tajuk lagu diatas. Mereka juga punya hati dan perasaan. Kerana mereka manusia biasa. Makhluk ciptaanNya. Bersyukur la kamu dengan kesempurnaan yang kamu miliki. Jangan pula memandang jelik pada mereka yang serba kekurangan.  Setiap ciptaan Allah ada hikmahnya. Tidak perlu kamu terlalu riak.


Pernahkah kamu terfikir. Bayangkan jika kamu berada di tempat mereka. Cuba kamu rasa apa yang mereka rasa. Ya… zaman sekarang sudah ramai yang prihatin. Yang memberikan kata simpati. Sumbangan ikhlas. Namun jangan terlalu alpa. Ucapkan lah kata-kata syukur pada yang esa disebalik keperihatinan kamu itu.

Namun hakikatnya masih ada yang berhati batu! Dan bertambah perit jika hati yang keras itu datang dari darah daging sendiri. Keluarga sendiri menganggap mereka memalukan! Menyusahkan! Hingga dikatakan pembawa sial! Anak sial! Ada yang dimaki hamun, dipukul, dipergunakan dan disalahkan bila keburukan yang menimpa. Secara tak langsung kamu menyalahkan takdir. Sungguh jauh kamu terpesong wahai manusia yang angkuh. Jangan lah kamu lupa itu merupakan ujian Nya.  


Bergenang air mata ku menonton cerita bertajuk ‘Pencil’ yang disiarkan di TV3 petang tadi. Tidak tertahan sehingga tumpah jua air mata. Sungguh mudah bukan? Melihat kesedihan dan kekurangan orang lain. Lantas bersimpati dan berasa sedih. Tapi bertanya kepada diri sendiri. Simpati? Sedih? Apa maknanya semua tuh? Perasaan? Itu hanya deria yang dianugerahkan Nya.  Tidak memahami. Hanya mampu melihat. Kerana bukan kita yang berada ditempat mereka. Merasakan apa yang mereka rasa jauh sekali. Dan setelah mereka hilang dari pandangan. Pasti kita lupa. Lupa penderitaan mereka. Sedarlah kamu kesempurnaan kamu itu tidak ternilai nikmatnya. Dan kekurangan itu mereka pasti dikurniakan kelebihan lain. Pasti ada hikmah disebalik ujian itu. Kerana Dia Maha Adil. 


Jadi bersyukurlah kerana hanya itu yang sebenar-benarnya!




p/s: "Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari... kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat... puas kita menangis, mencari di manakah matahari!  Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI yang indah..."



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...