Monday, February 7, 2011

Senyum itu senaman yang memenatkan... hati yang gembira boleh dicari!

assalamualaikum...

hehe... tak tau nak buat tajuk apa. tapi seryes sekarang ni aku rasa penat sangat duk senyummmmm je sehari suntuk. macam nak kejang dah rahang aku ni. hahah... tapi tak kisah la. yang penting aku happy! bukan senang nak rasa happy sampai macam ni.

tekaan anda salah kalau fikir aku gembira sebab jumpa boypren. nehi hey... nope! hati yang gembira memang susah nak dapat... kalau korang kata korang happy tapi mungkin luaran je. hati? gembira ke? tambah pulak kalau kepala tengah tension pasal semut masuk dalam air... eh? ni contoh masalah kecik la. tension esok nak pakai baju apa pegi kelas... ni masalah sederhana. tension nak putus dengan boypren yang curang ke tak? woo... ni masalah besaq!

macam aku... aku pon tension jugak sejak dua tiga empat menjak ni... masalah hidup sebagai orang dah abis belajar. tapi walau sesusah mana pon kita nak gembira di kala hati gundah gulana ni... semua tu bergantung pada diri kita sendiri. mungkin bangun pagi buka mata pastu senyum... macam ni je dah boleh gembira. mungkin pegi kedai beli ice cream... habis sekilo dah rasa gembira. mungkin pegi melancong ke bali... pakai bikini... opss... dah rasa gembira.

kita yang pilih! dari cara mudah dan spontan sampailah cara yang memerlukan perancangan rapi... mana2 pon boleh asalkan kita gembira. yang penting kita kena set in mind... yang mende tu buat kita happy. senyummmm... cara paaaaaling mudah. senyuman yang ikhlas bila sampai ke hati boleh jadi ubat. ubat gembira!

k tak nak da cakap banyak2 nanti ntah pape jadinya ayat aku nanti... aku bukan reti nak bermadah kata... cuma aku harap korang paham maksud aku... gembira itu bukan susah!

**********************************************************

tadi aku keluar jalan2 kat tempat bese... KB mall le~~~ dengan dua orang besties aku sejak sekolah menengah. dari pagi sampai petang... kaki penat mulut pon penat! kaki penat berjalan dari hujung sini ke hujung sinun... walaupon mall tu kecik. kalau dah bejalan ulang alik penat gile kot! mulut pulak penat bercakap tak berhenti... dan ketawa memanjang... dan senyummmmmm je. haha... tak tau la napa aku rasa nak senyum je ari ni. macam kat sume orang pon aku senyum.

balik umah mandi2 sume pastu aku bukak facebook. ada satu mesej... aku pon bukak la.

"Hi Farhah, I can't remember when I sent u a friend request - don't u know who Aunty Di is? It's me silly, ur ole boss at PSU. I hope all is well - fr ur picture - u look great!"

hahaha... aku ketawa... dan senyum macam nak sampai ke telinga dah... lenguh gile da rasa mulut aku ni! rupanya boss aku masa kat uni dulu. masa tu aku keje part time. tak sangka dia ingat aku lagi. then bila aku check2. rupanya dah berzaman dia send friend request kat aku. tapi aku tak approve. oh ye... aku memang tak approve orang yang aku tak kenal dan tak pasti sapa. nasib baik dia mesej aku kalau tak ntah bila aku nak approve. sapa suh guna nama aku tak kenal. profile pon private tak leh nak skodeng.

tapi aku heran apsal la aku happy sangat ni. rasa nak senyum je ni. hemm... maybe sebab 1st... boss aku masih ingat aku dan menegur aku kat fb dengan sempoinya. 2nd... maybe sebab dia kata "u look great!". muahahaha... *senyum lagi*

************************************************************
sepanjang entri ni ditulis pon aku duk senyummmmm je... daripada cerita aku ni mesti korang rasa apehal minah ni... mende bese gitu pon nak happy terlajak! hah... kan aku dah kata bukan susah nak gembira! padahal lepak ngan membe dah selalu aku buat kot. happy jugak selalu. tapi hari ni happy dia lain macam! sume masalah aku hilang terus. dan paling unik... aku senyum sampai penat! ini memang pelik untuk aku.

senang cite... kalau nak happy tu boleh aje. yang penting kita yang kena set in mind! seyes tak tipu. tengah gosok gigi masa mandi pon boleh buat aku happy terlajak tiba2! hahaha... hey aku tak gila k! it just came... from our heart! tiada yang lebih tenang dari hati yang gembira! =)

sebelom aku mengundur diri izinkan aku menempek gambar2 gembira aku pada hari ini. hihi...

sampai sana jalan2 jap pastu makan! makanan yang terpampang tu aku punya... makanan arab... nama dia chicken roll buhara rice. kat food court je ni. masa aku nak order tu mak cik arab cun tu datang la nak amik order. mula2 aku cam was2 nak cakap speaking kelate ke speaking KL. hehe. pastu aku bantai kelate gak. mak cik tu jawab la ayam pe sume kan. dia tak speaking kelate la. then aku tanya lagi macam2... ini apa itu apa... bese la orang cerewet macam aku ni memang leceh. muahaha...

pastu mak cik tu macam blank tak tau nak jawab pe. dia pon ngaku la dia tak reti sangat cakap bahasa melayu. haha... hadoih penat aku tanya. so aku pon speaking ler. u know speaking? cakap omputih le. sok sek sok sek aku ulang balik la soklan aku kan. tapi apahal dia cam jawab tak brape nak kena ngan soklan aku. haih... rupanya dia tak fasih sangat cakap omputih. nak cakap arab tak reti la pulak. so sebabkan aku kesian kat dia aku pon order la terus tanpa banyak soal dah. chicken roll tu ada inti kat dalam dia. sedap! kira boleh layan la nasi buhara ni sebab licin gak aku makan. lagipon makanan arab ni boleh dikatakan sihat la sebab dia panggang ayam tu. keh.. keh... konon je menjaga kesihatan aku ni.

pastu sambung jalan2 tiba2 jumpa backgroung merah ni. memang cun ar nak photoshoot tak bertauliah. apa lagi snap sampai tak peduli orang keliling duk "kelih2". paham tak? kelih tu maksudnya tengok. bahasa kelate ye.

mimiey, far, dayah...
tiga sekawan yang comel lote (emm i guess that includes me... keh... keh... lempang cket!)

awesome ah background merah ni!

sapa ntah mamat ni. bajet model ar. eh memang ko model pon.

eh model pandang la sini. bajet hensem ar nak pandang2 bawah gitu.

hari yang gembira... tamat~~~


p/s: elok je happy2 tapi spoil la part upload gamba ni. jenuh menunggu. lantak lah... mari tido. semoga hari2 esok juga menggembirakan. =)

p/ss: hadoi... kenapa la bila aku menulis je dah jadi macam bercakap... berjelaaaaaa panjangnya! 

3 comments:

budinol said... [reply]

oih budak comel. nak gigit!

farhah adeli @ far said... [reply]

oit... eee tak malu!

fiq. said... [reply]

santeknye pic n dressing. =p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...