Thursday, January 6, 2011

Bila blogger famous jadi mangsa blogger tak cukup ilmu!

Semalam aku jumpa satu blog hitam putih. Oh biasalah dunia blog bukan besar mana pon. Blog ni tengah panas wap2 sekarang ni. Sebab entri terbaru dia yang sangat kontroversi!

first impression aku… oh memang sesuai dengan tema hitam putih tu. ‘sehitam’ hati penulis nya… mungkin! Banyak entri yang sarcastic dan “menjengkelkan”. Penulis pon anonymous… malu dengan penulisan sendiri mungkin! Oh patutlah la nama blog pon macam negatif je bunyinye! Ok…TAK SUKA lah blog ni! so what? First impression aku… suka hati aku lah nak rasa camne. Itu HAK aku!

Oh lupe pulak… blog tu blog dia. Suka hati dia lah nak tulis apa kan. Dia nak kutuk orang ke. Nak sindir orang ke. nak itu ke nak ini ke. itu HAK dia! Dunia siber kan takde sempadan. Dia boleh luahkan pendapat dia ikut cara dia. Kau setuju aku setuju. Kau setuju aku tak setuju. Kau tak setuju aku setuju. Kau tak setuju aku pon tak setuju. Suka hati le. Itu pendapat kau! HAK kau.

“penulis blog hina dot… dot…” selalu je tajuk macam ni kuar berita kan. Dan lepas tu kalau tiba2 polis datang rumah cari kita. Camne? Sekarang HAK siapa? Hak bapak polisi le… kot! Sedangkan dengan bercakap pon boleh jadi kes polis. Inikan pulak menulis… ada bahan bukti lagi. Jadi hati-hatilah kalau menulis… jangan sampai HAK kita tu termakan HAK orang lain. Sape susah… sendiri susah le.

Semalam jugak aku baca satu entri ni. Pendapat penulis… HAK dia. bila aku baca… aku angguk… aku kerut dahi… aku ‘huh?’ … aku ‘eh?’… aku geleng kepala… ada betul ada salah! aku rasa dia terlampau mengikut perasaan… HAK aku! Yang pasti entri tu negatif!

Penulis ada sebut beberapa nama sebagai contoh . dalam entri yang negatif! Bermakna… nama2 yang disebut tu contoh negatif? Seperti penulis terang2 menghina orang2 yang namanya disebut. Maknanya ini dah kes mengaibkan orang lain. HAK penulis ke? oh… penulis masih boleh membela diri… mungkin nama2 yang disebut tuh kebetulan sama dengan nama mereka. emm… ok. Tapi pelik ye kenapa nama2 yang disebut tu nama orang2 yang dikenali ramai? Kebetulan ke?
Lepas tu penulis letak gambar jugak. Sebagai contoh yang negatif juga? Kebetulan tang mane pulak sekarang ni! HAK penulis ke nak mengaibkan orang terang2? Dari yang tak kenal jadi kenal… dan kenal sebagai contoh negatif? Bukan ke itu menghasut? Biasalah… pengaruh tulisan sangat besar dalam kehidupan manusia.

Tapi bila tuan punya gambar kata… delete sebab gambar tu tak mintak kebenaran dia. then penulis cakap… gambar tu dia amik kat google so takde kaitan dengan tuan punya gambar! Eh sejak bila pulak google ni ada photo album ek? Setahu aku setiap gambar yang kita google tu akan ada link dari mana datangnya gambar tu. Website mana… blog mane… facebook mane… mane2 le. It’s all about credit and copy right! HAK siapa pula? Cetek sungguh pengetahuan penulis ye. Atau aku yang kurang arif? Kalau penulisan tu positif rasanya orang tak kisah mana pasal credit dan copy right ni. Tapi bila dah berunsur negatif. Jangan main2! 

Ok perasan tak aku bold kan HAK banyak2. Sebab aku memang nak fokus pasal HAK je. Walau seluas mana pon dunia siber ni. HAK tu tetap ada! Dalam al-Quran sendiri ada memperuntukkan hak2 manusia yang perlu kita hormati. Dan pastilah negara kita pon ada undang2! Tak ada gading yang tak retak. Mungkin niat penulis untuk menegur… tapi biarlah dengan cara yang bijaksana. Bukan dengan membuka pekung di dada. menulis... menulis jugak... tapi hormat lah orang lain!

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Fitnah 1957
Akta Hasutan 1948
dot…dot…dot…


jangan main2! Sekarang zaman saman menyaman!




ni pehal letak gambar takde kaitan ni? 
this is so called... HAK aku!


p/s: blog tu? penulis tu? emm... macam ramai dah tau je. =) shhh...


22 comments:

Shaofie said... [reply]

jemput join segmen. mudah je.. hehe

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

Shikin Ismail said... [reply]

point entri kite sama. tapi malas nak tulis akta tu. it is definitely a cybercrime.

http://iniblogshikinismail.blogspot.com/2011/01/gadis-bertudung-dan-shawls-itu-salah.html

Ailyl Rozanna said... [reply]

nice dear ! <3

fiq. said... [reply]

iskh...sume tgh ckp pasal hal ni...
nak url blog ITU boley?
heheheh

farhah adeli said... [reply]

@Shaofie

thanks shaofie sebab jemput. =)

farhah adeli said... [reply]

@Shikin Ismail

oh yes... definitely boleh jadi kes polis! hehe.

nti kita singgah baca entri awak ye. =)

farhah adeli said... [reply]

@Ailyl Rozanna

hehe... ^_^

farhah adeli said... [reply]

@fiq.

agak la... jadi havoc plak mende ni kan. nak link ek. nti kita bagi. shhh~~~ =)

Trah Wann said... [reply]

superb ! :D

ika honey bunny said... [reply]

setujuuuuuuuuuu.. respect lah hak orang lain kan kan.

syazwanizr said... [reply]
This comment has been removed by the author.
syazwanizr said... [reply]

apabila orang itu menegur orang lain tetapi orang lain yang marah,, bermakna orang lain yang marah itu pon same je keadaannya dengan orang lain yang ditegur. i mean,, bnde yang ditegur tuh la. sebab orang lain yang marah tu terase bnde yang orang itu tegur kena batang hidung orang lain yang marah itu.

hmmm. tapi kesian jugak dengan orang yang kena tegur itu. orang yang menegur itu pon tegur dengan tidak berhemah. tapi,, orang lain tak perlu la bak marah sangat kot. memburukkan keadaan dan macam batu api pon ade gak.

just take it positively. takyah tambah dosa masing- masing nak caci maki dan marah-marah. eh. marah dapat dosa ke eik?? ntah. heee~

^_^v. peace!!

Nadia arRumaisha said... [reply]

biarkan lah dia...Allah itu Maha Adil, yang penting, blogger femes tak layan semua tuh...mereka profesional...

Mr. Swift said... [reply]

Hello! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011! :)

Psst : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

farhah adeli said... [reply]

@Trah Wann

hehe... ^_^

farhah adeli said... [reply]

@ika honey bunny

yep. respect merespect sangat penting!

farhah adeli said... [reply]

@syazwanizr

aah. jadi kecoh bila org len pon marah. tapi x semestinya dia marah sebab terasa kan. kalau terasa tu sendiri pikir la. tapi rasa nya ramai marah sebab penulis selamba sebut nama dengan letak gambar.

sangat tak patut! mengaibkan dan show no respect!

saya pon tak kisah dia nak tulis apa. hak dia. cuma itu lah... tak hormat orang.

hemm... hi salam kenal. ^_^

farhah adeli said... [reply]

@Nadia arRumaisha

tak layan pon hati tetap terluka kan. huhu...

hai nadia.

farhah adeli said... [reply]

@Mr. Swift

hai mr. swift! thanks polo. ^_^

Ka-Ching said... [reply]

banyaknye perkataan HAK kat entri ni hehe jom kira ade brape?

farhah adeli said... [reply]

ka-ching: haha... cpt kira brape. sebiji dapat 10 sen.

k lariiii. =p

CIK TOM said... [reply]

kalau nak org lain respect kita..kita kena la respect org lain dulu...xsuka betul blogger yg suka hina/hentam2 ni...dislike!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...