Thursday, November 4, 2010

Lelaki tak kisah perempuan tak bermaruah!

tarik nafass... hembusss... panas ni panas yang amat! masa tengah panas ni la sesuai sangat nak hambur keluar semua tu kat sini! meluat tau. M.E.L.U.A.T! dengan sape. dengan fasha sanda. ok sori memang saya tak suka dia tak tahu kenapa jangan tanya. tapi bertambah2 meluat bila dia jadi Chinta! ye chinta tak kenal ke? ala cerita petang2 pukul 6.30 tv3 tu. saya tengok pon sebab time tu memang tak de keje nak buat so duk je depan tv.

mula2 memang watak dia kesian gila. tapi sekarang dia macam dah jadi jahat. dah jadi pelacur five star. kenapa five star sebab sugar daddy dia semua orang2 kaya. dan dia pegi hotel five star je (erkk...ye ke). tapi yang buat saya meluat ni sebenarnya L.E.L.A.K.I! sebab gatal sangat dah ada bini semua pantang tengok perempuan lawa je cair. pastu ada pulak perempuan macam chinta ni. senyum sikit goda sikit dah iman hilang ke mana pon tak tau dah. anak bini semua dah tak ingat. eh tak boleh ke korang semua jadi lelaki yang baik sikit. kalau yang hensem lagi la. hancusss! sah2 perempuan nak goda kan. cun2 lawa2 pulak tuh. pastu senang2 je tergoda! eh... sabar la sikit. kalau betul kau tuh sayang kat awek sendiri bini sendiri cuba la tempis jangan main terima je. kalau perempuan datang belai2 ko. tak boleh ke kau tolak je dia tuh. biar jatuh terjelupuk pon tak pe. tuh baru betul lelaki. tapi kalau kau tuh single suka hati kau la nak buat apa. ada aku kisah! yang aku kisahnya bila kau tuh ada awek ada bini! tapi bila kena goda sikit je terus rasa macam diri tuh awesome sangat sebab ada perempuan nak kau. then hanyuttt!

L.E.L.A.K.I macam rasul iman (watak adi putra dalam cerita cinta ni) lagiiiii aku menyampah! kau tuh dah la peguam syariah. lepas tu lelaki soleh pulak tu (soleh la sangat). watak baik je beriman je. tapi bila nampak je si chinta tu. dah jatuh cinta. sebabnye? awek tuh lawaaaaa cun melecunnn. eh menyampah la. asal lawa je nak jatuh cinta. walaupon kau tau yang minah tu pelacur. kau nak gak suka dia. tak paham la! nampaknya lelaki sekarang memang tak kisah kot kalau perempuan tuh tak bermaruah. yang penting lawa! body cun! pastu perempuan tuh depan kau je buat baik. kau dah percaya bulat2. so perempuan2 lawa sekalian dah tau kan kelemahan lelaki ni. kau berlagak baik je depan depan lelaki2 tuh. kompem cair. bukan diorang kisah pon kat belakang kau buat apa. yang penting kau tuh awek cun baik sopan je depan diorang! 

Eh menyampah la! encik boypren saya harap awak bukan lelaki macam ni! dan lelaki2 yang baca ni sila lah terasa. tolong lah jadi lelaki yang.... tak macam ni! lelaki yang kitorang orang perempuan ni boleh bagi kepercayaan penuh. jadi contoh yang baik sebagai ketua keluarga dan bapak kat anak2 kitorang. kalau korang tu baik datang perempuan seksi cun melecun sepuluh orang kat depan korang pon patutnya korang kena tahan godaan nafsu tuh. tolong jangan cakap dah lumrah lelaki macam tuh sebab nak seribu daya tak hendak seribu dalih ok! 

sekian dari saya yang tengah M.E.L.U.A.T dengan L.E.L.A.K.I!!!



12 comments:

orang panggil aku mun. said... [reply]

first time dtg sini terus komen!hahaha

ni betul2 panas neh.

bab fasha sanda tu,mun awal2 sokong.meluat.

n masuk bab l.e.l.a.k.i tuh..lagi laaa hangin.kalau dah lelaki tu..heeee susah nak jumpa yang betul2 setia. uhuk

Nysa Mohammed said... [reply]

hikhikhaahaha...far...this is so freaking funnyy mannn hikhikhaha

anyways..well said ;) tp lawak!!!

Mr. Asada said... [reply]

cerita je tu. bukan betul pun. kadang2 emosi gak tengok citer camtu.

apa pun.. tak semua lelaki jahat. cam saya ni, baik jer. hahaha..

ada lelaki yang pentingkan maruah seorang wanita, ada yang kerana cinta, terima wanita tu seadanya. manusia kan masing2 punya identiti..

fitrahnya, manusia ni sukakan kecantikan. dan kecantikan itu sesuatu yang subjektif. heee =)

farhah adeli @ far said... [reply]

hacimun: selamat datang~~~

mmg ramai pon tak suka fasha sanda. hehe...

tu la susah betul la lelaki ni. harap2 kita dapat yang baik kan. means depan dan belakang kita pon baik.

farhah adeli @ far said... [reply]

nysa: kita tengah panas awak cakap lawakkkk.

ok maybe awak terbayang kita tengah cite depan awak kan. sebab tu jadi lawak. huhu...T_T

farhah adeli @ far said... [reply]

asada ryu...susah nak eja:
sebab real life wujud la jadi cerita. huhu...

ye saya tau tak semua lelaki jahat. cuma saya harap janganlah lelaki macam ni makin bertambah pulak.

CIK TOM said... [reply]

sabar2..tue hanyalah lakonan je..hihi..lelaki yg baik hanyalah perempuan yg baik,,begitulah sebaliknya..so nak terbaik jadilah diri kita terbaik ;)

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: setuju! lelaki baik untuk perempuan baik.

tetap geram lelaki2 dalam cite tuh. arghhh!!

budinol said... [reply]

ok. sy sbgai encik boypren yang kacak ini berjanji dihadapan laptop ini bahawa saya tidak akan bersikap sambil lewa dlm menangkis godaan2 wanita yang sungguh tidak bertanggungjwb itu.

bahawa sy akan setia dan ikhlas dlm menjalinkan hubungn dgn penulis dan tidak terburu2 menurut segala pendajjalan nafsu lawwamah mahupun serakah di dalam hati.

akhir kata, tingkatkan prestasi jauhi kontroversi.

love, encik bp

farhah adeli @ far said... [reply]

budinol: hehe... i loike!!!

Nysa Mohammed said... [reply]

omg...far...how'd u know?? tuhlaa..tgh terbyg2 awk cite smbl penuh emosi and tgn gerak2..hikhikhaha..

chill far.. ;) dunie ni ade mcm2 owg..baek, jht..tp aslkn ade initiative utk berubah jdk lbey baek :)

farhah adeli @ far said... [reply]

nysa: hehe... baiklah kita sejuk (chill). :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...