Tuesday, November 2, 2010

Perempuan cun lelaki tak hensem

benda ni dah lama orang cakap. tapi dua tiga hari ni duk fikir pasal ni je. sebabnye klik sana klik sini mesti nampak kes ni. siapa dan di mana biarlah rahsia. hehe... terasa jugak keji dan dasar tak sedar diri. alah tapi biasalah tuh... tipu lah kalau tak terdetik dalam hati kita ni untuk mengeluarkan statement seperti di atas kan. ngaku je leee.... lagi best kalau tengok dengan kawan2. huhu... sesi mengutuk tak puas hati le jadi nye.

perempuan cun lelaki tak hensem
ni macam kes paling banyak kot. yang membuatkan lelaki2 perasan hensem di luar sana rasa tak puas hati gile. kan? panasss je! "nape la awek ni pilih mamat tuh. patutnye pilih la orang macam aku". perempuan pulak akan cakap "ruginya. dia ni dah la lawa gile (perempuan akan cakap perempuan lain lawa, lelaki ade ke cakap lelaki lain hensem? hemmm???), nape couple dengan mamat tak hensem tuh." tapi dalam hati bersyukur sebab possibility nisbah lelaki2 hensem yang single masih tinggi. huhu...

perempuan tak cun lelaki hensem
ni pulak macam tak banyak kes sebab lelaki memang suka pandang perempuan lawa je! nak2 pulak kalau terasa diri tu hensem! lelaki2 lain memang tak kisah pon kan kalau nampak kes macam ni? tapi kaum perempuan sah2 mengamuk! (ok exaggerate) "nape mamat ni pilih perempuan tuh? tak lawa langsung!". si awek tu pulak memang kalau dating mesti kembang gile hidung (tak caya cuba check), jalan pon serapat yang boleh nak bagi orang tau tu balak dia. (takut orang x percaya)

perempuan cun lelaki hensem
couple macam ni memang menjadi pujaan ramai. mane2 pergi pon mesti dapat pujian. "lawanye perempuan tu, boyfriend dia pon hensem, sangat sepadan!" terselit jugak unsur2 jeles tapi tang mane nak kutuk pon tak de modal. huhu... tapi ni biasanya kaum perempuan la cakap. lelaki punye pandangan ape yek? buat tak kisah kot. maybe ada gak yang terdetik "sama cantik sama pandan". ye ke?

perempuan tak cun lelaki tak hensem
T_T yang ni macam paling menyedihkan je. tak de orang peduli ke kat couple ni? tak pe la. at least diorang dapat privacy. atau mungkin ada suara2 sinis "memang padan pon!" eee... jahat nye. (not me. betul!) tak pe la. yang penting diorang bahagia. dunia hanya milik berdua. huhu...


Kesimpulannya... mulut orang mana boleh tutup. tak payah la cakap "jangan mengata orang, tak baik". sebab nanti termakan diri pulak. tapi sekurangnya2 lepas mengata tu sedarlah diri. no one is perfect! pasal couple2 ni pulak. cinta tu buta... true love bukan pada paras rupa. paras rupa tu semua kan tak kekal. bile hati dah suka... gak ada apa2 yang bisa menghalang! (tiba2 cakap indon) -__-















p/s: yang comot2 besar2 tuh encik boypren... yang comel2 putih2 tuh saya.... hihi. :p


15 comments:

CIK TOM said... [reply]

betul mulut org xleh tutup...tp bg ciktom xkisah la..rupa cun/hensem yg penting hati baik+take care pd psgnnya..kalau ensem/cun hampeh..xguna jugak kan..hihi

Chenta Zehra said... [reply]

lawak la kau ni Far. Semangat tulis entry pasal ni tapi aku suka!Sangat menarik dan tepat sangat kenyataan tu. Hahaha, kan macam selalu je dulu stalk fb then "membicarakan" pasal paras rupa couple ni kan.

Anonymous said... [reply]

kalo lelaki ckp lelaki lain hensem mesti ade tak kena tu.
haha
elok la xyah ckp

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: well said! yang penting kita empunya diri rasa bahagiaaaaa~~~

egy: hehe... tu la. terasa insaf kejap.

nulhazawany: lelaki kan bajet cool. :p

anamizu said... [reply]

xpe kalo x ensem pun aslkn ati baik ^^
tapi kalo dpt yg ensem+ati baik lagi bgus kan?kan?kan?hehe

farhah adeli @ far said... [reply]

anamizu: huhu... teramat bangat sangat bagus kot. tapi susa woo nak jaga. kena kebas xtau. ngehehehe...

budinol said... [reply]

fuh. nasib baik saye hensem gile.

lalala~

farhah adeli @ far said... [reply]

budinol: anda pastikah? hehe... :p

NAJ HEBAT said... [reply]

oh~

kang gua amek yg hensem2.. manis2..

susah. ada yg tertarik. terjatuh cinta. baik ambik yg buruk.

biar senang jaga.

biar dia duk diam2 bwh ketiak kita.

lalala..~

baget.. pesanan khidmat penaja.

chow!

budinol said... [reply]

x pasti.
yela3. x hensem.

Rashid said... [reply]

hehe .. gelak je saya baca entri ..

farhah adeli @ far said... [reply]

naj hebat: jangan gitu dong. kalau kite sayang dia mesti lah kat mata kita dia perfect!

budinol: sape cakap tak hensem bia saya sekeh dia. hensemmmm je.

rashid: sila gelak puas2 ye. :p

Amni said... [reply]

setuju ngan cik tom.. tak kisah la hensem ke tak, yang penting, hati mau baik maa.... ada agama tu lebih penting.. tapi kalau ensem n baik, tu bonus la.. hehe

farhah adeli @ far said... [reply]

amni: setujuuu~~~

neo said... [reply]

susah le . muka hensem tapi terpaksa single sebab susah dapat pasangan. yang tak hensem senang pulak. pelik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...