Wednesday, November 3, 2010

Hapaknye bau!!


ok. hari ni kita tak nak serious2 dah. kita cerita cerita pulak ye. ni true story tau. kawan2 kalau awak baca ni mesti pernah dengar. mengisahkan encik hafiz bukan nama sebenar. huhu...

masa kat us dulu. kitorang budak2 melayu memang suka cakap lepas. selamba je kutuk depan2. muahahaha... sebab orang putih mana paham kitorang cakap pe. cakap melayuuuu... hehe. memang syok tak ingat dunia ar. kalau ada yang hensem mesti cakap "kacak nya mamat ni!" mamat tu duk sebelah je. eh ni puji ek bukan kutuk. pastu ada "gemok gile pompuan ni!" bila ada pompuan gemok lalu kat depan. ok orang us memang ramai yang obes. obes dia pulak extreme2. keji tak? sangat keji kan... muahaha... dan macam2 lah. bayangkan segala benda yang korang biasa cakap dalam hati je boleh cakap kuat2. best wooo! syok habissss!

ok berbalik pada kisah encik hafiz bukan nama sebenar ni. masa tuh dia balik malaysia. cuti summer 3 bulan. kejadian berlaku di KLIA. baru sampai la ni. excited baru turun flight. dah 2 tahun tak balik malaysia. bila dah turun flight kena la amik tren transfer ke arrival hall. encik hafiz ni pon masuk la dalam dalam tren tuh. masa tuh banyak flight baru parking so ramai la manusia kan.













tren ni la

nak dijadikan cerita encik hafiz ni duduk la kat sebelah mamat ni. tren ni memang kena berdiri je (erkk ade seat ke tak ek. lupe). punya la semua orang tengah khusyuk layan liuk lentok tren yang laju tuh. tiba2 encik hafiz cakap "uhhh... hapaknye bau!!". kawan2 kitorang yang lain semua terbeliak mata terkejut dengan statement yang baru dikeluarkan tuh. nak tersembul keluar da. cam ni hah @_@. gila direct ni encik hafiz ni! reaksi orang lain tak tau la kan. pastu mamat yang duk sebelah encik hafiz tu pon slow2 turunkan tangan dia. huhu... tapi dia diam je. tak cakap pe. kompem ar malu. kesiannnn woo. T_T














malu T_T

tapi masa tu encik hafiz tak sedar apa dia dah buat. huhu. sampai hati ko encik hafiz. dia boleh relaks je lagi. bila dah turun tren. baru lah kawan2 yang lain cakap kat dia. dan mereka pon gelak la ramai2. hahahhahahahhahhaa.....

Kesimpulannya... cakap siang pandang2 cakap malam dengar2... tapi secara tak langsung dah tolong mamat tu. lepas tu kompem dia pegi beli rexona. ntah2 selama ni dia tak sedar yang ketiak dia berbau. huhu. kawan2 mestilah segan nak cakap kan. hehe.


12 comments:

dwatyKNY said... [reply]

bestnya dah dapat jejakkan kaki kat luar negara... saya tak tau bila...

alin said... [reply]

hahahaha..hamek kau..sekali terlepas cakap daaa...cian org tu dah malu..

ckynwan said... [reply]

hahaha sama la kat sini! selamba bdak je kalau nk ckp ape2. kalau balik msia kena berhati2 la haha

farhah adeli @ far said... [reply]

dwaty: nanti awak pon boleh. :)

rossa: haha...tu la. cian dia.

ckyn wan: btul tu. sila amik pengajaran. hehe.

Chenta Zehra said... [reply]

emmm aku rasa yang balik dengan kau tu macam antara B,S, Ai and Aw kan? Kan? Antara diorang ni ke yang mulut tak de insurans. Sengal weh.

farhah adeli @ far said... [reply]

egy: haha... ko x pnah dgr ek cte ni. tak balik dgn aku pon. ni dorang yang cte.

CIK TOM said... [reply]

seronok dpt belajar kt oversea ek..
lawak la..mesti en. hafiz tue dah terbiasa ckp direct ms kat us..smpi terlupa dah kat malaysia..hehe

Amir Syahir said... [reply]

keh2..

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: haha...kitorang semua mmg suka ckp direct. :p
tapi encik hafiz ni mmg sengal! huhu.

farhah adeli @ far said... [reply]

hiro: kih2..

Amni said... [reply]

hahahaha... kelakar... ingat dulu masa kat johor, 1st jejak kaki kat johor, kitorang budak2 sawak bantai puji mamat hensem ni dalam bahasa sawak.. lepas tu mamat tu asyik pandang kitorang je.. lepas tu kitorang cakap la mamat tu minat kat kitorang tu apsal mata tak lepas... tak lama lepas tu, tetiba mamat tu pegi jumpa kitorang.. serius takut giler... rupanya mamt ni paham cakap sawak.. pernah duduk sawak 2 tahun,.... giler malu masa tu.. huhuhuhuhuhu

farhah adeli @ far said... [reply]

amni: hahaha... mesti mamat tu kembang je kena puji hensem.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...