Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Hari bergembira! jalan-jalan... makan-makan...

assalamualaikum...

pada hari ahad yang lepas... jeng... jeng... aku telah pergi date dengan my long time bff. cik mimiey. sila la terjah blog dia kalau nak resepi best2 ye. dia memang rajin mencuba2 resepi. dan kemudian hasil kerjanya ditempek di blog beliau. memang sungguh memberangsangkan anak tekak! 

ni le cik mimiey kita

mimiey ni bff aku sejak sekolah menengah lagi. kitorang sekelas. dan pada masa yang sama... dia juga cousin kepada umi ku. ada paham? dulu kat sekolah. kitorang main geng2. ececee... aku dan mimiey antara ahli geng kitorang la.ke hulur ke hilir mesti nak bergeng je termasuk la ke tandas. (ye budak perempuan sekolah menengah memang suka pergi tandas banyak2 kali). melangkah penuh yakin sehingga semua mata tertumpu ke arah kami. nak2 pulak geng pengawas paling poyos u. muahahahha... perah santan sikit! tapi masuk tingkatan 4 aku terpaksa meninggalkan geng aku kerana berhijrah ke mrsm. sob... sob... namun kenangan lalu takkan ku lupakan. cewahhh... 

ni pulak cik farhah. eh macam kenal je. =p

so... kitorang pergi date berdua je hari tu. ke mana lagi kalau bukan KB mall kerana itu sahaja yang ada di kelantan ni jika ingin berjalan2 di tempat ber-aircond. orang menganggur le katakan. free 24 jam! tujuannya memang berjalan2 semata2... window shopping pon bukan. sebab tak dok pitis! tapi ada la beli2 sikit. sikit jaaaa... 

hanya mampu jalan2... shopping tidak mampu!
maka tangan pon lenggang kosong je lah. T_T

lepas tu... aku menyuarakan hasrat di hati nak makan pija.. eh pizza. sebab dah lama bebenor tak memakan nye. teringin la pula dek kerana lupa dah rasa pizza malaysia ni macam mana. selalu makan pizza omputih je. so aku terpaksa la melanggar pantang makan aku dalam entri ni. dah la langgar pantang makan banyak gile pulak tu. hahaha. sesi sumbat menyumbat ke dalam mulut!

sambil menunggu makan haruslah bergambar. 
dalam hati berkata "mana makanan ni lapo ni?"... maka terhasil lah muka doploh sen ni.

lepas tu buat muka lima posen. mahal sikit la. sebab jarang2 aku senyum kambing sorok gigi. 
eh kambing senyum nampak gigi ke tak ek?

tiba2 meja penuh makanan. 
mimiey bersedia untuk bersantap setelah mendapat botol cili sos nya.

dah dapat makanan terus excited nak ngap2! 

aku telah memakan... semangkuk sup cendawan (licin), sepinggan spaghetti (juga licin), 1/4 dari setiap jenis pizza tuh, 3 keping garlic bread, 1/2 cawan pepsi. 
muahahahhaa.... ketawa kekenyangan!

aku tak berapa suka air gas... tapi takde pilihan terpaksa lah. minum pon separuh je. pastu tekak kering sebab tak cukup air. dah la bercakap tak berhenti! lepas tu seriously pizza yang chessy2 yang baru tuh tak sedapppp k! dah la hidang dalam pinggan. tak berkilat2 macam yang dalam pan. lepas memang rupa macam pizza yang beli kat kedai roti je. kecewa! rasa pon gitu2 je. pizza bese lagi sedap yang dalam pan tu! tapi spaghetti memang tip top. rasa nak lagi sepinggan. aku memang suka makan spaghetti pon! sebab nak buat sendiri tak jadi. ngeheheee...

ini nama dia tauhu jepun

ada kisah disebalik tauhu ni. aku suka makan mende alah ni. makan kat restoren la sebab kat umah umi tak pernah masak tauhu ni. kalau nampak kat kedai aku memang rasa cam nak beli je tiub ni sebab nak masak sendiri tapi selalu tak jadi sebab aku confius macam mana nak guna mende alah tiub ni. tak reti la. umi aku pon lagi la tak reti sebab tak pernah masak mende ni.

so... selepas makan kitorang masuk pasaraya jap. nampak la tauhu ni. so aku tanya la chef mimiey kita tuh. mi... camne sebenarnya nak masak mende ni. maksud aku camne nak guna tiub ni! PICIT je ke? sebab kalau korang tengok dekat2 tiub ni macam ada hujung yang runcing. so aku expect untuk picit le. mimiey cakap eh tak... potong je. tapi kena hati2 sebab tauhu ni lembut. 

hahhahaha... bayangkan... kalau sebelom ni aku betul2 beli ni. pastu aku PICIT tiub tu untuk keluarkan tauhu tu apa jadi? hancusss! hahahhaa.... nasib baik aku tak terbuat lagi. gile! apsal la aku sengal sangat leh terpikir untuk picit tiub tuh. sapa suh tiub tu bentuk camtuh. ada muncung2 kat ujung. kan dah salah paham! ish! tapi sekarang baru dapat logiknya... muncung2 tuh untuk masukkan tauhu tu. mesti tauhu tu dalam bentuk cecair dan bila dah masuk packaging baru lah dibekukan. huhuhu... selamat dari satu kemungkinan fooling diri sendiri! 

k taaaa~~~~


Friday, November 5, 2010

Jom jalan-jalan di Ottawa

hari ni saya nak bawa awak semua pergi Ottawa... kat mana tuh? Jepun ke? bunyi macam jepun je kan. salahhhh! Ottawa tu kat Canada. merupakan capital city untuk Canada macam Kuala Lumpur la. tapi tak sama macam KL sebab dia bukan bandar paling besar dan paling sibuk kat Canada. Ottawa ni best sangat sebab dia cantikkk... architecture bangunan dia classic sangat dan unik. sedap mata memandang. rasa damai je jalan2 kat situ. sorry tak berniat pon nak menunjuk2 cuma nak share kecantikkan negara orang ni. =)

saya pergi masa cuti summer tahun lepas. banyak tempat kitorang pergi macam Montreal, Quebec City dan lain2. dah setahun dah. banyak je gambar tapi semua pon personal. biasa2 je. then saya jumpa gambar2 ni kat facebook kawan saya encik izwan. jadi saya curik. hehe. sangat terkejut sebab dia dah buat gambar2 ni jadi cantikkk sangat. hebat jugak kawan aku sorang ni. tak tau pon. hahahaha.... tapi gambar2 Ottawa je la sebab kan saya nak bawa awak jalan2 kat Ottawa. ^_^ jom tengok keindahan fotografi lagi. saya memang excited bila tengok gambar cantik2. hehe...



jadi musafir tak de masjid kat stesen minyak pon boleh solat

i loike! gambar paaaaling cantik... nampak saya tak?


p/s: nak jadi photographer hebat jugak!

Wednesday, November 3, 2010

Hapaknye bau!!


ok. hari ni kita tak nak serious2 dah. kita cerita cerita pulak ye. ni true story tau. kawan2 kalau awak baca ni mesti pernah dengar. mengisahkan encik hafiz bukan nama sebenar. huhu...

masa kat us dulu. kitorang budak2 melayu memang suka cakap lepas. selamba je kutuk depan2. muahahaha... sebab orang putih mana paham kitorang cakap pe. cakap melayuuuu... hehe. memang syok tak ingat dunia ar. kalau ada yang hensem mesti cakap "kacak nya mamat ni!" mamat tu duk sebelah je. eh ni puji ek bukan kutuk. pastu ada "gemok gile pompuan ni!" bila ada pompuan gemok lalu kat depan. ok orang us memang ramai yang obes. obes dia pulak extreme2. keji tak? sangat keji kan... muahaha... dan macam2 lah. bayangkan segala benda yang korang biasa cakap dalam hati je boleh cakap kuat2. best wooo! syok habissss!

ok berbalik pada kisah encik hafiz bukan nama sebenar ni. masa tuh dia balik malaysia. cuti summer 3 bulan. kejadian berlaku di KLIA. baru sampai la ni. excited baru turun flight. dah 2 tahun tak balik malaysia. bila dah turun flight kena la amik tren transfer ke arrival hall. encik hafiz ni pon masuk la dalam dalam tren tuh. masa tuh banyak flight baru parking so ramai la manusia kan.













tren ni la

nak dijadikan cerita encik hafiz ni duduk la kat sebelah mamat ni. tren ni memang kena berdiri je (erkk ade seat ke tak ek. lupe). punya la semua orang tengah khusyuk layan liuk lentok tren yang laju tuh. tiba2 encik hafiz cakap "uhhh... hapaknye bau!!". kawan2 kitorang yang lain semua terbeliak mata terkejut dengan statement yang baru dikeluarkan tuh. nak tersembul keluar da. cam ni hah @_@. gila direct ni encik hafiz ni! reaksi orang lain tak tau la kan. pastu mamat yang duk sebelah encik hafiz tu pon slow2 turunkan tangan dia. huhu... tapi dia diam je. tak cakap pe. kompem ar malu. kesiannnn woo. T_T














malu T_T

tapi masa tu encik hafiz tak sedar apa dia dah buat. huhu. sampai hati ko encik hafiz. dia boleh relaks je lagi. bila dah turun tren. baru lah kawan2 yang lain cakap kat dia. dan mereka pon gelak la ramai2. hahahhahahahhahhaa.....

Kesimpulannya... cakap siang pandang2 cakap malam dengar2... tapi secara tak langsung dah tolong mamat tu. lepas tu kompem dia pegi beli rexona. ntah2 selama ni dia tak sedar yang ketiak dia berbau. huhu. kawan2 mestilah segan nak cakap kan. hehe.


Saturday, October 30, 2010

Indahnya fotografi 2

emm... baiklah. untuk mengelakkan orang cakap 'eleh... betul ke si far ni edit ni?'... 'ntah2 gambar tu memang dah cun pastu dia tulis2 je kat atas, itu kalau macam tu aku pon boleh buat!'... dan sebagainya yang berunsur musykil...

haiyakkkk.... meh saya tempis! berkerut2 saya cari dan cari belek sana belek sini. nak cari gambar raw! sebagai bukti! fuhh... jumpa pon. seketul kat sana seketul kat sini... yang penting jumpa!

ni dia gambar2 raw sebelom make over jadi macam kat entry Indahnya fotografi. hah sekarang percayalahhhhh..... (nyanyi lagu siti)



jeng...



jeng...



jeng...



yang 3 ketuls nih gambar sendiri tangkap leleh punya. pakai compact camera casio exilim je.
















encik boypren sebagai model.
















roommate encik boypren sebagai model. (ni encik boypren yang tangkap)
















gabungan model2 di atas.


yang ni pulak hasil tangkapan encik bart dengan dslr cap nikon nye (tak ingat nikon ape).










































gambar gunung ganang tuh (tempat tuh nama grand canyon ye) saya tak jumpa yang raw. so saya letak ni la sebagai contoh sebab file dia pon DSC maknanya pakai dslr nikon la kot. tapi saya tak pasti siapa punye (yang pasti member saya jugak). hemm pinjam ye awak.















encik bart sebagai model.


so boleh nampakkan beza. yang pakai compact camera tu memang banyak saya edit. tapi yang dengan dslr ni touch up sikit je pon dah cukup.

ahhh.... lega dapat tunjuk bukti... hoooyeaaahh!

p/s: saya edit pakai microsoft office picture manager je. untuk effect yang fancy2 saya pakai picnik.com.

Indahnya fotografi

tadi belek2 album lama terjumpa satu folder 'art 3'. oh rupanye gambar2 assignment kelas art 3: visual image on web encik boypren yang saya tolong buat. (opss.. kantoi buat assignment encik boypren... hehe) tapi saya tolong buat tang gambar je ye. lain2 dia buat sendiri. sebab saya mmg suka tengok gambar cantik. suka edit2 bagi cantik. nak2 pulak kalau gambar dari dslr lagi berganda cantik bila edit. marvelous gitu!

insyaAllah ada rezeki saya pon nak sebiji nik bin on tuh. (nikon le!) dulu almost nak beli tapi ntah macam mana tak jadi. so sekarang kena la menabung semula. haih... berusaha!!

sebelom tuh saya nak bagi credit kat kawan saya encik bart dan nik bin on nye untuk gambar2 raw sebelom saya kerjakan ye. tapi... tak ingat yang mana... rasanya ada jugak seketul dua tuh hasil tangkapan sendiri ye (bangga... hehe...).

so ni lah dia beberapa gambar favourite yang saya dah edit (rasa bahagia je bila dapat kerjakan gambar2 tuh). oh saya tak pakai photoshop sebab tak reti (teringin nak belajar tapi malas nk install dalam laptop sebab besar sgt file dia). gambar2 ni saya dah adjust colour, lighting, contra, tulis2 cket... macam2 lah nak bagi jadi camni.......

toink...


toink...


toink...







































































































p/s: siapa2 nak promote ape2 software online ke offline ke yang best2 untuk edit gambar dipersilakan ye... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...