Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Hari bergembira! jalan-jalan... makan-makan...

assalamualaikum...

pada hari ahad yang lepas... jeng... jeng... aku telah pergi date dengan my long time bff. cik mimiey. sila la terjah blog dia kalau nak resepi best2 ye. dia memang rajin mencuba2 resepi. dan kemudian hasil kerjanya ditempek di blog beliau. memang sungguh memberangsangkan anak tekak! 

ni le cik mimiey kita

mimiey ni bff aku sejak sekolah menengah lagi. kitorang sekelas. dan pada masa yang sama... dia juga cousin kepada umi ku. ada paham? dulu kat sekolah. kitorang main geng2. ececee... aku dan mimiey antara ahli geng kitorang la.ke hulur ke hilir mesti nak bergeng je termasuk la ke tandas. (ye budak perempuan sekolah menengah memang suka pergi tandas banyak2 kali). melangkah penuh yakin sehingga semua mata tertumpu ke arah kami. nak2 pulak geng pengawas paling poyos u. muahahahha... perah santan sikit! tapi masuk tingkatan 4 aku terpaksa meninggalkan geng aku kerana berhijrah ke mrsm. sob... sob... namun kenangan lalu takkan ku lupakan. cewahhh... 

ni pulak cik farhah. eh macam kenal je. =p

so... kitorang pergi date berdua je hari tu. ke mana lagi kalau bukan KB mall kerana itu sahaja yang ada di kelantan ni jika ingin berjalan2 di tempat ber-aircond. orang menganggur le katakan. free 24 jam! tujuannya memang berjalan2 semata2... window shopping pon bukan. sebab tak dok pitis! tapi ada la beli2 sikit. sikit jaaaa... 

hanya mampu jalan2... shopping tidak mampu!
maka tangan pon lenggang kosong je lah. T_T

lepas tu... aku menyuarakan hasrat di hati nak makan pija.. eh pizza. sebab dah lama bebenor tak memakan nye. teringin la pula dek kerana lupa dah rasa pizza malaysia ni macam mana. selalu makan pizza omputih je. so aku terpaksa la melanggar pantang makan aku dalam entri ni. dah la langgar pantang makan banyak gile pulak tu. hahaha. sesi sumbat menyumbat ke dalam mulut!

sambil menunggu makan haruslah bergambar. 
dalam hati berkata "mana makanan ni lapo ni?"... maka terhasil lah muka doploh sen ni.

lepas tu buat muka lima posen. mahal sikit la. sebab jarang2 aku senyum kambing sorok gigi. 
eh kambing senyum nampak gigi ke tak ek?

tiba2 meja penuh makanan. 
mimiey bersedia untuk bersantap setelah mendapat botol cili sos nya.

dah dapat makanan terus excited nak ngap2! 

aku telah memakan... semangkuk sup cendawan (licin), sepinggan spaghetti (juga licin), 1/4 dari setiap jenis pizza tuh, 3 keping garlic bread, 1/2 cawan pepsi. 
muahahahhaa.... ketawa kekenyangan!

aku tak berapa suka air gas... tapi takde pilihan terpaksa lah. minum pon separuh je. pastu tekak kering sebab tak cukup air. dah la bercakap tak berhenti! lepas tu seriously pizza yang chessy2 yang baru tuh tak sedapppp k! dah la hidang dalam pinggan. tak berkilat2 macam yang dalam pan. lepas memang rupa macam pizza yang beli kat kedai roti je. kecewa! rasa pon gitu2 je. pizza bese lagi sedap yang dalam pan tu! tapi spaghetti memang tip top. rasa nak lagi sepinggan. aku memang suka makan spaghetti pon! sebab nak buat sendiri tak jadi. ngeheheee...

ini nama dia tauhu jepun

ada kisah disebalik tauhu ni. aku suka makan mende alah ni. makan kat restoren la sebab kat umah umi tak pernah masak tauhu ni. kalau nampak kat kedai aku memang rasa cam nak beli je tiub ni sebab nak masak sendiri tapi selalu tak jadi sebab aku confius macam mana nak guna mende alah tiub ni. tak reti la. umi aku pon lagi la tak reti sebab tak pernah masak mende ni.

so... selepas makan kitorang masuk pasaraya jap. nampak la tauhu ni. so aku tanya la chef mimiey kita tuh. mi... camne sebenarnya nak masak mende ni. maksud aku camne nak guna tiub ni! PICIT je ke? sebab kalau korang tengok dekat2 tiub ni macam ada hujung yang runcing. so aku expect untuk picit le. mimiey cakap eh tak... potong je. tapi kena hati2 sebab tauhu ni lembut. 

hahhahaha... bayangkan... kalau sebelom ni aku betul2 beli ni. pastu aku PICIT tiub tu untuk keluarkan tauhu tu apa jadi? hancusss! hahahhaa.... nasib baik aku tak terbuat lagi. gile! apsal la aku sengal sangat leh terpikir untuk picit tiub tuh. sapa suh tiub tu bentuk camtuh. ada muncung2 kat ujung. kan dah salah paham! ish! tapi sekarang baru dapat logiknya... muncung2 tuh untuk masukkan tauhu tu. mesti tauhu tu dalam bentuk cecair dan bila dah masuk packaging baru lah dibekukan. huhuhu... selamat dari satu kemungkinan fooling diri sendiri! 

k taaaa~~~~


Monday, December 20, 2010

Berjalan-jalan memenatkan kaki dan menghabiskan duit di musim hujan!

Assalamualaikum... moshi... moshi...

janggalnya online pakai netbook ni. huhu... dari tadi struggle tergodek2 sana sini rasa macam baru belajar main laptop je. orang dah biasa pakai laptop 14" la katakan. hehe... malangnya dah tiga hari laptop kesayangan ku masuk hospital dan perlu dibedah. T_T arap2 pembedahan tu berjaya dan kos pon murah. aku buat2 cool dan tak risau padahal cuak gile takut operation fail dan alamatnya laptop perlu diganti baru! mana gua nak cari duit woooo. T_T sob... sob...

aku sebenarnya nak tunjuk betapa bersih nya tandas ni... hehe...
(padahal tetiba rasa nak camwhore dalam toilet)

ah lupekan masalah tu. laptop orang lain kan ada. kita main pinjam2 la dulu. hihi... tak dapat abah punya... angah punya pon jadi la walaupon kecik. berbalik kepada tajuk... pagi semalam di kala cuaca mendung aku dan ibuku dan dua orang ibu saudara ku dan angah adikku dengan penuh semangat dan keceriaan pergi jalan2 ke KB mall. hehe... nak window sopin leeee... tapi hujan lebat gileeeee yang amat masa on the way tuh. memang gile2 punya lebat kena guna wiper paling laju woo... sungguh mencabar kewibaan driver (aku la tu)... apa lagi masa ni la nak tunjuk aku ni driver mantap! muahahaha...

eh hujan2 pon jam gak ke. ni apsal sume orang pon nak kuar ari sabtu ni. kan hujan duk ar umah. adoiiii... bila dah sampai nak masuk parking... alamak! basement parking dah penuh! tidakkkkk... aku tak penah parking kat atas kot. fobia ar beb... kan penah ada kes kete yang parking kat bumbung jatuh dalam mall kat situ! abis guana nih? mula2 nak pegi kat parking lot sebelah mall tu tapi kena ar jalan sikit. hujan kot! air pon dah bertakung... abis ar basah kaki nanti. nak tak nak terpaksa gak parking kat atas bumbung tuh jugak! bismillahirahmanirrahim... sume dalam kete senyap je masa kete tu pusing2 nak sampai atas sebab cuak gile especially mak cik aku. hahahha... lepak ar! akhirnya kami pon selamat lah meletakkan kenderaan di bumbung tu walaupon agak jauh dari pintu. ciss kenapa orang lain lagi cepat.

sudah ditakdirkan... umi aku dengan mak cik aku kena balik ke kete sebab tertinggal barang. bila dorang datang balik. terus aku kena sembur. lampu kete tak tutup! arghhh... lupeeee sowiiiii. nasib baik woo... kalau tak naya kete abis bateri! haha... tapi tu memang selalu aku buat masa kat universiti dulu. dan jumpstart adalah perkara biasa bagi geng2 universiti aku. keh... keh...

rasa cam nak ganti gambar pompuan belah kiri tuh je.
bukan ke kat kelantan model kena pakai tudung. :p

masuk the body shop jap sebab mak ngah aku nak beli perfume. dah nak angkut EDT white musk. pastu datang salesgirl cakap kalau yang EDP white musk lagi tahan lama(tapi 20 hengget lagi mahal la). terus mak ngah aku tukar amik yang EDP tuh. senang gile weh nak jual barang kat mak ngah aku! haha... pastu aku main2 dengan face mist body shop... selamba je bawa sana sini main sembur2 kat mak cik2 aku. tak kena marah pon! tapi bila aku amik gambar... salesgirl tu cakap 'maaf dik kat sini xleh amik gambar'... owh ok!

kasut oh kasut! terpaksa le butakan mata je bila tadak duit! n_n

mak cik aku (adik bongsu umi), aku, casio exilim (nak gak!), angah
di mana ada cermin di situ ada kami!

ibu2 sibuk memilih seluar tido 5 hengget kat reject shop!
mak ngah (kiri), umi (kanan)

hello kami lagi... lame gile kot camwhore depan cermin beso ni.
kalau letak sume gambar kang penuh page ni.

lepas berjam2 jalan2 dalam mall tuh. kitorang pon berangkat lah pulang. hujan pon dah berenti... matahari pon dah muncul... air bertakung pon dah surut... yezza! tapi kisah ni tak abis kat situ je. masa on the way balik kitorang singgah supermaket sederhana besar (sebab tak kecik tak besat... boleh tak!) tepi jalan. hah ibu2 memang suka. sampai penuh tangan beli barang rumah.

bila aku balik ke kete nak buka belakang. APAKAH????? cermin belakang kete umi aku tu retak! bukan seribu tapi retak berjuta weh! aku dah rasa macam what the... sedeh campur geram campur ah ntah la sume rasa ada. tapi bila tengok umi aku cool je ok aku pon relaks ar. mak cik aku cakap maybe cermin tu dah sampai expired date kot. (eh boleh plak gitu ek? cuaks nya nak ada kete sendiri) sebab tak de kesan kena langgar or kena ape2. umi aku pon dah penah dengar mende camtu jadi kat orang len. ada tu yang tengah bawa kete tiba2 cermin depan retak. huh! tak dapat bayangkan kalau jadi kat aku.

masalahnya aku le driver masa tu. memang cuak gile sampai aku bawa slow gile. sebab jalan bukan nye licin gebu sangat. kang tiba2 ada lubang tak perasan mau terburai cermin2 tuh. sabo je la terpaksa aku bagi kete2 len potong aku. aku jeling2 je kat kete2 tuh sebab memang kalau bukan terpaksa takde maknanya aku nak bagi korang potong aku weh!!

tapi bila pak cik aku tengok kete tuh. dia kata macam ada lekuk kecik kat belah kanan. macam kena langgar dengan handle motor. sebab tak calar (handle kan plastic. eh ye ke?). cis kes langgar lari nih. tapi nak wat camne dah tak de rezeki. lagipon tak pasti betul ke tak kena langgar. maybe cermin tu memang dah expired.... :(

p/s: eh lupa pulak... aku berjaya mengangkut pulang sehelai cardigan dan sehelai skirt. adoi makin nipis le duit aku yang memang dah sedia nipis ni. T_T tak tahan beb... cobaannnnnnn!


Friday, December 10, 2010

Neelofa Dewi Remaja 2010... cayalah awek Pasir Mas!


assalamualaikum....

siapa neelofa? pembaca setia majalah remaja mesti kenal kan. dan pengikut setia dunia hiburan tanah air mesti kenal jugak. aku yang hanya menumpang baca majalah adik aku... dan yang tak berapa kisah dengan dunia hiburan ni pon kenal neelofa ni. tapi yang membuat aku amik kisah pasal dia ni sebab dia orang Pasir Mas, Kelantan. orang kampung aku oiii!

(dah jawab salam blom? =P)

Neelofa telah pon dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010 baru2 ni. dia berjaya mengalahkan 11 finalist lain yang cun2 jugak lah. Neelofa ni memang seorang model sebelom menyertai dewi remaja lagi. dan tak lama lagi jadi artis la pulak... atau senang cite jadi pelakon or pengacara la kan. peminat2 kat facebook dan fanpage neelofa ni pon dah makin bertambah. aku nak bagi dia anugerah orang popular baru ar camni!

cantik kan dia!

gaya seorang model!

jelingan menggoda... nak rambut macam ni jugak!

senyuman dia... fuhhh... cair!

eh.. pandang la sini...

comel lote!


(gambar2 dari fanpage Neelofa)

Neelofa ni cantik... comel... manis... lawa! hehe... aku tak reti nak bezekan istilah2 ni so sume pon aku bagi kat dia. ^_^ sebab aku rasa sume pon dia ada. mesti ar beb... dia kan awek Pasir Mas. =D muka dia memang muka pure orang Pasir Mas... (sebab muka aku bukan contoh terbaik! T_T). tahniah ye Neelofa menang Dewi Remaja. bajet dia akan baca blog aku ar!

tapi sumpah aku cakap kalau lepas ni ada berita2 buruk pasal neelofa... aku tak mengaku dia orang kampung aku! haha... time baik2 je nak tumpang glamour. keji kan! dan aku harap dia menjadi lebih baik... bukan lebih hanyut dengan dunia hiburan. (macam susah je!) sekarang pon dah seksi gile dia ni... dedah sana dedah sini... emm... no komen! model la katakan!

papepon hey pasir mas people... u rocks!


---------------------------------------

tapi jujur aku katakan aku tak suka sangat pertandingan dewi remaja tu sebab peserta dia seksi meksi gile. macam promote 'makin seksi makin cantik' pulak! dan pastilah bukan contoh terbaik untuk mendidik anak2 remaja zaman sekarang (cewahh... bajet aku baik ar).


p/s: aku selalu dengar orang cakap awek pasir mas cun2! aku pon nak tumpang glamor gak walaupon tak cun! T_T


Sunday, November 7, 2010

Entri yang tak berapa entri

1. Hari ni sehingga saat ini tak de mood nak blogging. Malas tulis entri, malas jejak bw, malas singgah2, malas itu malas ini.

2. Cuma tengok update di bloglist ‘cawangan lain’ saja. Dan malas komen.

3. Pagi pergi husm kk (tak tau abaikan) bersama umi. Tapi misi utama tidak berhasil.

4. Singgah di mall yang tak berapa nak mall. Nampak kasut (sebenarnya sandal/selipar/wedges) yang cute dan extremely gorgeous tapi tak jadi beli.

5. Dah beli tiket pergi shah alam 10 november ni. Tapi tiket nak balik sini dah habis. Tak tau camne nak balik raya.

6. Bandar pm jam gila tadi. Rasanya raya lagi seminggu.

7. Masuk minggu kedua aktif berblogging, banyak blog diterjah dan entri dibaca.

8. Pembacaan entri2 blog membuka mata hati ku (lupa letak ‘dan’ kat tengah mata hati). Terasa lebih berpelajaran sikit. Membaca memang bagus.

9. Tengok cerita ‘pencil’ kat tv. Sangat menyayat hati.

10. Seperti biasa iklan petronas berjaya menusuk kalbu. Dan kali ni iklan deepavali.

11. Entri bernombor ini meniru gaya penulisan encik boypren.

12. Akhirnya beli jugak kasut dalam no.4 selepas masuk kedai tuh buat kali kedua. Duit melayang lagi.

13. Sekarang mood untuk tulis entri dah ada. Jap lagi entri baru akan menyusul.


cute tak. tak? T_T
warna sebenar pinkish khaki. kesan remuk2 tuh sebab lama sangat dalam kotak.

yes.. it's a wedges. 3.5 inches.
dengan harapan tidak tergolek ketika memakainya.  


p/s: gosh.. i'll be ~5' 7"!


Wednesday, October 27, 2010

KB mall kebanggaan kelantan

hahaha... ok tajuk sangat poyo kan. so what? betul pe. saya bangga tau jadi orang kelantan. hari ni dah masuk 4 bulan 12 hari saya ada di pasir mas, kelantan (ok minus seminggu pegi terengganu). dan sebenarnya ni merupakan tempoh yang paling lama saya ada kat sini sejak umur saya 15 tahun semenjak masuk asrama sampai la habis belajar. wah lamanyeeee... (sendiri baru sedar)! dan kesan sampingan nye pasti lah... makin tembam! aduhhhh...

eh lupa pulak... semalam lepas asar saya pegi kb mall. tujuan nye... emm... ada la! tapi bukan shopping pon. kocek kosong apa macam mahu shopping. haiyyaaa... so cuci mata je le. T_T

then tiba2 terajin pulak snap gambar. camera phone je pon. ala bukan nye gempak pon... bukan nye macam pro. suka hati kamu la kalau nak cakap macam iklan ribena "biasa je gambar dia!" blog saya suka hati saya la nak buat ape. hahaha...
















bila nak abis ni... lepak jap!
















sempat lagi orang belakang tu posing!





















@_@... rambang mata woo...





















hah pilih dik pilih! oh ini adik bongsu saya.





















petang2 hari minggu cenggini mmg lengang!
















satu sepuluh... satu sepuluh... mari3!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...