Friday, December 10, 2010

Neelofa Dewi Remaja 2010... cayalah awek Pasir Mas!


assalamualaikum....

siapa neelofa? pembaca setia majalah remaja mesti kenal kan. dan pengikut setia dunia hiburan tanah air mesti kenal jugak. aku yang hanya menumpang baca majalah adik aku... dan yang tak berapa kisah dengan dunia hiburan ni pon kenal neelofa ni. tapi yang membuat aku amik kisah pasal dia ni sebab dia orang Pasir Mas, Kelantan. orang kampung aku oiii!

(dah jawab salam blom? =P)

Neelofa telah pon dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010 baru2 ni. dia berjaya mengalahkan 11 finalist lain yang cun2 jugak lah. Neelofa ni memang seorang model sebelom menyertai dewi remaja lagi. dan tak lama lagi jadi artis la pulak... atau senang cite jadi pelakon or pengacara la kan. peminat2 kat facebook dan fanpage neelofa ni pon dah makin bertambah. aku nak bagi dia anugerah orang popular baru ar camni!

cantik kan dia!

gaya seorang model!

jelingan menggoda... nak rambut macam ni jugak!

senyuman dia... fuhhh... cair!

eh.. pandang la sini...

comel lote!


(gambar2 dari fanpage Neelofa)

Neelofa ni cantik... comel... manis... lawa! hehe... aku tak reti nak bezekan istilah2 ni so sume pon aku bagi kat dia. ^_^ sebab aku rasa sume pon dia ada. mesti ar beb... dia kan awek Pasir Mas. =D muka dia memang muka pure orang Pasir Mas... (sebab muka aku bukan contoh terbaik! T_T). tahniah ye Neelofa menang Dewi Remaja. bajet dia akan baca blog aku ar!

tapi sumpah aku cakap kalau lepas ni ada berita2 buruk pasal neelofa... aku tak mengaku dia orang kampung aku! haha... time baik2 je nak tumpang glamour. keji kan! dan aku harap dia menjadi lebih baik... bukan lebih hanyut dengan dunia hiburan. (macam susah je!) sekarang pon dah seksi gile dia ni... dedah sana dedah sini... emm... no komen! model la katakan!

papepon hey pasir mas people... u rocks!


---------------------------------------

tapi jujur aku katakan aku tak suka sangat pertandingan dewi remaja tu sebab peserta dia seksi meksi gile. macam promote 'makin seksi makin cantik' pulak! dan pastilah bukan contoh terbaik untuk mendidik anak2 remaja zaman sekarang (cewahh... bajet aku baik ar).


p/s: aku selalu dengar orang cakap awek pasir mas cun2! aku pon nak tumpang glamor gak walaupon tak cun! T_T


6 comments:

keryoki said... [reply]

wow. sangat lawa..

Lyaa Suriany said... [reply]

yep
org psr mas lawa lawa
come lote
hehe

neway
sy org kb
hehe
nk jugak ckp org tak tanya
slm kenal

Cik Tom said... [reply]

wah mmg lawa giler,...cik tom pernah gak dgr org ckp org pasir mas ni cun2 sbb mix dgn orang siam..hehe

nk ubah nickname farhan??tukar pd pe??ni nama real farhan kan??cik tom rasa dah ok..

farhah adeli said... [reply]

keryoki: sangat cun melecun kan. =)


lyaa suriany: salam... kb ng pasir mas same gak orang kelantan gak. org kata come lote! :P


cik tom: haha... rupenya selama ni cik tom pgil sy farhan ye. FARHAH la cik tom syg. 'h' bukan 'n'. hehe...
em tu la tgh pikir ni mcm nak make over je. hurmmm????

Zack Y. said... [reply]

rupanya banyak update kau eh far.hehe.ni la neolofa kawan boo tu kan?menang dewi remaja die.mantaplah!

farhah adeli said... [reply]

zackiah: hehe... malu i. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...