Thursday, December 9, 2010

Yeayyy... semalam last paper SPM... sayonara biology!

hoyeahhh.... suka nya dalam hati... SPM dah abisssss! semalam paper bio... paper last oi! tak suka bio... selamat tinggal biology... tak nak jumpa awak dah! u get lost! boy... u get lost!( ni man sewel yang cakap... ala cite Ayoub tuh... tak tengok ke? k fine tak dapet nak nolong dah!)

gedebuk! eh... -_-'... k fine ayat kat atas patutnya ditulis pada 6 tahun lepas! saya ulang six years ago!!!

assalamualaikum pembuka bicara...

semalam adik lelaki aku call cakap dah habis paper last...iaitu bio. hurmm... memang tiap2 tahun sama ek jadual spm? paper last mesti bio. aku dulu pon bio gak yang last. tiba2 terimbas kembali kisah aku amik SPM dulu.

-------------------------------------------
masa tuh aku kat MRSM Kuantan. aku rasa MRSM Kuantan la paling best... paling lepak... spot check jarang gila... asrama best... class best... makan pon boleh la... kat bandar pulak tuh... peraturan ketat tapi macam tak ketat... yang pasti aku tak tension duk situ. (sebelom tuh aku kat Pontian dan tension gile so aku pon transfer ke Kuantan).

masa SPM dulu... tiap2 malam aku tido lambat sebab nak kena khatam buku rujukan pelangi yang tebal gila tuh! aku memang tak baca buku teks kecuali sejarah dan pendidikan islam. so semua subjek wajib ada buku pelangi tuh sebab itu lah satu2 nya sumber maklumat aku untuk jawab soalan2 exam. hehe... kesimpulannya aku memang suka study last minute even untuk SPM... adik2 jangan buat macam tuh ye!

rindu buku2 tebal aku

tapi SPM sebenarnya pengalaman perit untuk aku. hari pertama... tak tau mana silapnya... eh bukan bangun lewat... aku bangun awal dan sempat pergi breakfast dan masuk dewan peperiksaan awal jugak! baca2 sikit semua sempat! tapi dalam 30 minit sebelom start exam... perut aku memulas gila! sakit tuhan aje yang tau. aku tahan je sebab belom 'rasa' nak masuk tandas. tak lama lepas tu baru 'perlu' ke tandas. kena gak 'selesaikan' perut tuh kalau tak memang tak selesa nak jawab exam.

exam dah nak start! aku pulak kesakitan! sebak gila dalam hati. hanya mampu terkumat kamit baca doa dan selawat je. aku dapat keluar dari tandas sebelom exam start pon dah bersyukur sangat. walaupon terpaksa jawab exam dalam kesakitan perut. tapi ntah macam mana sakit tuh hilang macam tuh je...

do not disturb!

masuk hari kedua... macam biasa aku awal2 dah terpacak kat dewan exam. tapi makin dekat dengan time exam... perut aku pon mula sakit. setiap kali jarum jam tu bergerak... tiap kali tu jugak perut aku macam dipulas2... aduh! sakit lagi! dan macam lagi sakit dari semalam! dan aku terpaksa menghabiskan saat2 akhir sebelom exam kat tandas lagi. kali ni aku rasa nak nangis je... kenapa lah jadi macam ni? dan aku antara orang yang paling lewat masuk ke dewan peperiksaan. T_T

hari ketiga... aku lega perut aku dah tak sakit. dan aku mampu tersenyum tenang menunggu exam start. tapi sangkaan aku meleset. sedang aku menjawab soalan2 exam tuh... tiba2 perut aku mula memulas. Ya Allah... sakitnya... berkerut2 dahi aku menahan sakit sambil otak berhempas pulas menjawab soalan2 exam. mata aku pon dah berair... tapi aku teruskan jugak... aku tak sanggup mengorban masa exam aku untuk ke tandas. dan aku tahan... sampai la sakit tuh hilang macam tu je...

sakit itu tuhan saja yang tahu...

hari keempat... kelima... dan seterusnya... kadang2 perut aku sakit... kadang2 dah tak sakit... dan alhamdulillah aku berjaya menghabiskan peperiksaan SPM aku. happy sangat! lega sangat! hari terakhir budak2 lelaki bakar mercun dengan selambanya lepas paper last. aku tersenyum! cikgu pon dah tak kisah. tumpang gembira untuk pelajar.

bila fikir balik... kenapa perut aku sakit? salah makan? tak kot! aku rasa bukan salah siapa2 tapi salah aku! sebab aku cuak sangat nak masuk exam... dan kesannya kat perut aku. mesti korang tau istilah 'kecut perut' kan? tu la yang jadi kat aku kot. sebab tu la omputih cakap cuak tuh 'nervous'. dan nervous tuh datang dari 'nerve' yang bermaksud saraf. sebab cuak (eh cuak bahasa melayu formal ape ek? T_T) memang berkaitan dengan saraf... bila cuak ada orang sakit kepala... dan sakit perut macam aku.

p/s: emm... ada sakit lain tak sebab cuak?

--------------------------------------------
lepas SPM masuk UTP... nak jadi jurutera kimia... tiba2 dapat offer jpa buat biotech! dammit! tak leh nak sayonara biology lagi... arghhh... obersea punya pasal... bio pon bio lah! sungguh tak ikhlas! menyesal kemudian tiada guna... nasihat aku... pilihlah yang korang betul2 minat sebab itu asas masa depan korang nanti! and it's too late for me! T_T


6 comments:

aisya said... [reply]

last paper spm saye 4 tahun lepas bun bio jugak.. tiap2 tahun same ye?

=)

farhah adeli @ far said... [reply]

aisya: nampaknya memang jadual spm same tiap2 tahun la kan. hehe...

www.keryoki.tk said... [reply]

haha..anda ditakdirkan untuk "berbiologi"

farhah adeli @ far said... [reply]

keryoki: haha... dah nasib badannnn...

CIK TOM said... [reply]

cik tom kalau gabra mmg memulas je perut nak pergi toilet..asal pergi toilet rs lega..wlpn bukan nak buang pe2 pun..huhu

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: same la kita... tapi saya pasti 'membuang'. hahah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...