Wednesday, December 15, 2010

Tips mengelakkan makanan ringan untuk mendapat badan yang sihat dan cantik!

salam semua...
kali ni aku nak share tips kesihatan. korang mesti selalu dengar orang cakap makanan ringan atau fast food tuh tak baik untuk kesihatan. tapi mesti korang rasa macam whatever!!! sebab nak jugak makan makanan yang sedap lazat tidak terhingga tuh dan badan korang pon still maintain cun walaupon dah makan bercupak2 makanan ringan. betul tak?  ask me... ask me! and yes... aku pernah rasa camtuh! hehe...

tapi sebenarnya korang semua dah tertipuuuuu! sebab rasa macam it's ok bukan selalu makan pon! tapi kesan makanan2 sedap ni kita tak nampak terus tapi dalam jangka masa panjang... bila kita dah 'tua'. kenapa aku tulis tua macam tuh. sebab... bila dah dapat penyakit itu ini pastu korang mesti cakap 'biasalah dah tua'! tapi sebenarnya bukan sebab korang dah tua baru dapat penyakit. tapi sebab korang dapat penyakit dan terus rasa tua! (paham tak? tak paham ulang baca ye!) biasanya penyakit2 ni datang dari apa yang kita makan. you are what you eat! dan makanan2 sedap ni la yang buat kita rasa lagi cepat tua!

oh gula-gula itu... aku terpesona!
dipendekkan cerita... mencegah lebih baik dari merawat. kita time muda2 ni la kena sedar yang faktor pemakanan tuh penting. makanan malaysia kita nih dah memang berkolesterol tinggi... berlemak... bersantan... berminyak... ber... itu ber... ini. (tapi masih berkhasiat ye!). jadi tak payah la kita nak tambah dengan makanan2 berteknologi zaman sekarang yang lebih memudaratkan tuh.

sedar tak lemak2 kat badan korang tu datangnya dari makanan ringan! kadang2 kita tak sedar yang badan kita makin banyak lemak sebab bila timbang berat tak naik sangat pon. tapi sebenarnya lemak tuh ringan... bila timbang berat memang tak perasan. bila lemak2 tu dah banyak barulah nampak kesan kat berat badan kita. tapi masa tuh dah terlambat dan membuang lemak yang dah berkumpul banyak tuh bukanlah perkara yang mudah! T_T

awas! burger dan french fries... pasangan ideal yang suka menggoda!  

------------------------------------------------------

aku tau memang susah nak buat kempen 'fast-food-must-go'. tapi at least kita kena cuba kurangkan pengambilan makanan ringan. selalunya bila keluar jalan2 dating2 ke ape ke mesti kita nak serbu kfc, mcdonald, pizza hut, chilis, dan macam2 lagi. alah termasuk jugak la sume restoren dan gerai2 kat mall tuh. sampai susah dah kita nak bezakan mana satu yang sihat dan mana satu kategori makanan ringan. betul tak? 

aku sendiri pon dalam usaha nak menangani makanan ringan ni. dah berbulan2 aku tak makan kat restoren fast food. dan dah bertahun2 boleh dikatakan 'aku tak minum air gas dah!". (kalau minum pon jarang gile atau pon orang lain yang beli). dengan jajan pon aku dah hilang minat sekarang.

nikmat sungguh kerangupan itu! 
so meh aku nak share dengan korang cara2 untuk mengelakkan nafsu terhadap makanan ringan tuh sume. tips2 ni dari pengalaman aku dicampur dengan tips2 dari majalah.

Tips menangani makanan ringan:

1. mula2 kita kena cari punca pada masalah ni. selalunya makanan ringan ni sangat sedap dan menyelerakan jika dibandingkan dengan makanan berkhasiat. dan kita sangat mudah terpengaruh dengan iklan2 makanan yang menawan tuh. nampak sedapppp je. yang kita fikir cuma nak makan! so perkara pertama kena latih diri supaya jangan terpengaruh dengan iklan. mungkin kita boleh cuba alihkan perhatian daripada iklan2 tuh. selamat berjaya!

2. jangan biasakan diri beli makanan dalam tin atau makanan segera macam megi, sup segera, perencah segera dan macam2 lagi la yang ada kat pasaraya tuh. even minuman 3 in 1 bukanlah pilihan yang baik. memang makanan2 ni cepat sedap dan menjimatkan masa juga tenaga. tapi sanggup ke korang 'bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian'?

3. kita perlu sedar... makanan ringan boleh buat kita ketagih disebabkan kandungan bahan2 kimia dalam makanan tuh. contohnya kandungan utama dalam minuman bergas ialah gula, pewarna kimia dan kafein. dan langsung tak berkhasiat. macam burger kat restoren fast food... jangan tertipu dengan keenakkan daging tuh. bukan real pon. macam2 benda ditambah. kenapa fast food di luar negara sangat murah? sebab berapa peratus je daging real dalam burger tu... lain2 lemak atau daging buatan je barulah boleh murah. kat malaysia je mahal bajet mende bagus!

jangan mudah terpengaruh dengan warna yang menawan!

4. kita selalu guna istilah 'alas perut' dan ambil kesempatan untuk beli makanan ringan yang sedap2 tuh. jadi apa kata bila lapar kita amik meal terus. breakfast, lunch or dinner terus. dan pastikan makan makanan berkhasiat. dengan cara ni pon kita akan rasa kenyang lebih lama. jadi bila kenyang kita tak rasa nak 'alas perut' dengan makanan2 ringan lagi. duit pon jimat!

5. ni cara paling berkesan bagi aku. amalkan membaca label kandungan nutrien pada produk makanan. selalunya bila teringin nak makan menda2 sedap aku baca label dulu. aku fokus kat kandungan lemak (fat), gula (carbohydrate) dan garam (sodium). selalunya aku tak jadi beli bila terkejut tengok kandungan bahan2 ni banyak sangat. tak percaya cubalah sendiri!

semak label dulu!
6. kalau teringin sangat nak makan makanan2 ni. makan je... tak pe jangan stress2! tapi jangan lah makan selalu dan makan dengan kuantiti yang sedikit je. elakkan jugak prinsip "tak pe bukan selalu makan sedap camni!"... sebab nanti lama2 korang jadi terbiasa untuk makan macam tuh setiap kali keluar dari rumah. not good! dan pastikan selepas makan... korang minum air masak banyak2. supaya kandungan tidak elok dalam makanan tu boleh disingkirkan segera. so apa kata bila kita makan makanan camni jangan lah order atau beli air sedap. minum air kosong je tau! 

7. mentaliti orang kita... restoren fast food atau makanan barat selalunya dianggap mewah! so apa barang makan nasi kan. pakai lawa2 kena ar masuk restoren yang ada class! ish3... jangan macam tuh. pedulikan apa orang nak kata tapi sebelom tu kita sendiri kena ubah mentaliti kita terhadap makanan jalan2 ni (macam baju jalan2 la). apa kata kita cari menu yang lebih berkhasiat. contohnya kalau aku... aku lagi suka cari restoren yang ada nasi campur. tapi tak bermakna kalau nak berkhasiat makan nasi campur je. menu2 lain pon berkhasiat jugak cuma kena pandai pilih la. dan kalau dah terang2 restoren tu fast food... pasti lah tak berkhasiat. tapi... tapi... tapi masih boleh makan makanan 'mewah' ni. mungkin sebulan sekali atau lagi jarang lagi bagus!

makan lah aku untuk jadi gebu seperti ku!

8. selalu awasi berat badan kita... tapi bagi aku berat badan tak penting yang penting kita sihat dan fit! so untuk mendapat badan yang fit... macam aku cakap lemak tu ringan dan kurang memberi kesan pada berat badan. jadi kita kena awasi ukuran lilitan badan kita macam pinggang, paha dan pinggul. dengan cara ni kita akan sedar yang lemak2 dah mula berkumpul kat badan kita. bila dah ada base lemak... lemak2 baru akan lebih senang dan cepat bertambah. it's too late for me too!

---------------------------------------------------------

Kesimpulannya makanan ringan ni bukan setakat punca kegemukkan tapi juga punca penyakit. sekarang mungkin kita tak sakit tapi bila dah tua2 nanti baru kita rasa kesan makanan2 ni. bahan kimia2 tuh jugak boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan paling ditakuti boleh menyebabkan kanser. jadi kita kena banyak membaca dan mendapatkan maklumat tentang apa yang kita makan. jangan amik mudah je dan anggap makanan yang dimakan oleh semua orang itu bagus. bak kata Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir... "berhenti makan bila rasa sedap"!


p/s: i'm not perfect and still learning to change for a healthy life style. kadang2 aku pon tergoda dengan makanan2 ni sebab aku suka makan! tapi aku akan berusaha untuk mengawasi kegiatan makan aku. heee... ^_^ 


8 comments:

CIK TOM said... [reply]

erk..cik tom suka makan manis esp. donut big apple...xboleh stop la n xnak stop ;P

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: haha... xpe jgn paksa diri. hehe. just make sure minum air kosong banyak2. =)

Anonymous said... [reply]

wah
thanx info!

farhah adeli @ far said... [reply]

lelaki ini: hehe... tenkiu. semoga tips ni membantu. =)

joegrimjow said... [reply]

minum shake banyak2

wahaa
=)

ni bleh jadi penulis jemputan ni
hoho

farhah adeli @ far said... [reply]

@joegrimjow

thanks joe... terharu sebab sudi singgah n komen. ^_^

penulis jemputan... haha...ok i know u bergurau. sangat tak layak kot. =p

CIK TOM said... [reply]

owh ok nanti minum air kosong byk2..hehe

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...