Tuesday, January 18, 2011

Hari bergembira! jalan-jalan... makan-makan...

assalamualaikum...

pada hari ahad yang lepas... jeng... jeng... aku telah pergi date dengan my long time bff. cik mimiey. sila la terjah blog dia kalau nak resepi best2 ye. dia memang rajin mencuba2 resepi. dan kemudian hasil kerjanya ditempek di blog beliau. memang sungguh memberangsangkan anak tekak! 

ni le cik mimiey kita

mimiey ni bff aku sejak sekolah menengah lagi. kitorang sekelas. dan pada masa yang sama... dia juga cousin kepada umi ku. ada paham? dulu kat sekolah. kitorang main geng2. ececee... aku dan mimiey antara ahli geng kitorang la.ke hulur ke hilir mesti nak bergeng je termasuk la ke tandas. (ye budak perempuan sekolah menengah memang suka pergi tandas banyak2 kali). melangkah penuh yakin sehingga semua mata tertumpu ke arah kami. nak2 pulak geng pengawas paling poyos u. muahahahha... perah santan sikit! tapi masuk tingkatan 4 aku terpaksa meninggalkan geng aku kerana berhijrah ke mrsm. sob... sob... namun kenangan lalu takkan ku lupakan. cewahhh... 

ni pulak cik farhah. eh macam kenal je. =p

so... kitorang pergi date berdua je hari tu. ke mana lagi kalau bukan KB mall kerana itu sahaja yang ada di kelantan ni jika ingin berjalan2 di tempat ber-aircond. orang menganggur le katakan. free 24 jam! tujuannya memang berjalan2 semata2... window shopping pon bukan. sebab tak dok pitis! tapi ada la beli2 sikit. sikit jaaaa... 

hanya mampu jalan2... shopping tidak mampu!
maka tangan pon lenggang kosong je lah. T_T

lepas tu... aku menyuarakan hasrat di hati nak makan pija.. eh pizza. sebab dah lama bebenor tak memakan nye. teringin la pula dek kerana lupa dah rasa pizza malaysia ni macam mana. selalu makan pizza omputih je. so aku terpaksa la melanggar pantang makan aku dalam entri ni. dah la langgar pantang makan banyak gile pulak tu. hahaha. sesi sumbat menyumbat ke dalam mulut!

sambil menunggu makan haruslah bergambar. 
dalam hati berkata "mana makanan ni lapo ni?"... maka terhasil lah muka doploh sen ni.

lepas tu buat muka lima posen. mahal sikit la. sebab jarang2 aku senyum kambing sorok gigi. 
eh kambing senyum nampak gigi ke tak ek?

tiba2 meja penuh makanan. 
mimiey bersedia untuk bersantap setelah mendapat botol cili sos nya.

dah dapat makanan terus excited nak ngap2! 

aku telah memakan... semangkuk sup cendawan (licin), sepinggan spaghetti (juga licin), 1/4 dari setiap jenis pizza tuh, 3 keping garlic bread, 1/2 cawan pepsi. 
muahahahhaa.... ketawa kekenyangan!

aku tak berapa suka air gas... tapi takde pilihan terpaksa lah. minum pon separuh je. pastu tekak kering sebab tak cukup air. dah la bercakap tak berhenti! lepas tu seriously pizza yang chessy2 yang baru tuh tak sedapppp k! dah la hidang dalam pinggan. tak berkilat2 macam yang dalam pan. lepas memang rupa macam pizza yang beli kat kedai roti je. kecewa! rasa pon gitu2 je. pizza bese lagi sedap yang dalam pan tu! tapi spaghetti memang tip top. rasa nak lagi sepinggan. aku memang suka makan spaghetti pon! sebab nak buat sendiri tak jadi. ngeheheee...

ini nama dia tauhu jepun

ada kisah disebalik tauhu ni. aku suka makan mende alah ni. makan kat restoren la sebab kat umah umi tak pernah masak tauhu ni. kalau nampak kat kedai aku memang rasa cam nak beli je tiub ni sebab nak masak sendiri tapi selalu tak jadi sebab aku confius macam mana nak guna mende alah tiub ni. tak reti la. umi aku pon lagi la tak reti sebab tak pernah masak mende ni.

so... selepas makan kitorang masuk pasaraya jap. nampak la tauhu ni. so aku tanya la chef mimiey kita tuh. mi... camne sebenarnya nak masak mende ni. maksud aku camne nak guna tiub ni! PICIT je ke? sebab kalau korang tengok dekat2 tiub ni macam ada hujung yang runcing. so aku expect untuk picit le. mimiey cakap eh tak... potong je. tapi kena hati2 sebab tauhu ni lembut. 

hahhahaha... bayangkan... kalau sebelom ni aku betul2 beli ni. pastu aku PICIT tiub tu untuk keluarkan tauhu tu apa jadi? hancusss! hahahhaa.... nasib baik aku tak terbuat lagi. gile! apsal la aku sengal sangat leh terpikir untuk picit tiub tuh. sapa suh tiub tu bentuk camtuh. ada muncung2 kat ujung. kan dah salah paham! ish! tapi sekarang baru dapat logiknya... muncung2 tuh untuk masukkan tauhu tu. mesti tauhu tu dalam bentuk cecair dan bila dah masuk packaging baru lah dibekukan. huhuhu... selamat dari satu kemungkinan fooling diri sendiri! 

k taaaa~~~~


6 comments:

Lyaa Suriany said... [reply]

oke,
hari ni dapat ilmu baru
hehee
kalo nk masak tauhu ptong slow2..
sumpah tak tau ni

farhah adeli @ far said... [reply]

lyaa: haha... betul tu. lepas boleh la masak tauhu ni.

www.keryoki.tk said... [reply]

takut seyh ade geng...sape agi geng ko dulu kat skolah? tulun! tulung! jangan pukol..haha

farhah adeli @ far said... [reply]

keryoki: haha... geng2 lain xde blog ar. so xleh nak promote. oit tapikan bukan geng pukul orang la! haha. geng cubit orang je. =p

Anonymous said... [reply]

farrrrr!!!!omg tauhu jepun sgt sedappppp...aku suka makannnnn sbb dia lembut and kalau ade jual kat restoran mmg aku amik lauk tersebut..kat umah pon reti msk..heh bukan aku lh masak tpnye kan..ngee

restydaniaty(tk engat pssword blog;p)

farhah adeli @ far said... [reply]

resty.... haha. lawak la ko ni. bley plak x ingat password.

betul tu sgt sedap kan tauhu jepun. lepas ni aku da boleh msk sndiri da sbb da tau cmne nk guna tiub tu. hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...