Monday, January 3, 2011

Kenapa masa mula-mula bercinta kelakar ek? mungkin tu zaman belom matang kot. zaman kanak-kanak!

assalamuaikum uolsss...

emm... tau tak bila aku dah tak tau nak buat apa kat depan laptop ni aku akan buat ape? hah... bukan tutup laptop tau. tapi pastilah tangan ni akan gatal dan klik pada 'my pictures' dan tengok album2 lama. dan tersenyum sorang2. seb baik takde yang nampak. kalau umi aku nampak wajib dia cakap 'yang tu nape sengih sorang2 dah tak betul ke?'. walaupon ayat standard macam dalam drama tv tapi terus mood aku hilang tau. elok je hati mekar riang nak meletup tiba...layu gitu je. oh diz iz zeriouz! memang menjadi kebiasaan dan hobi aku dah sekarang. =) best tau. korang tak macam tu ke?

okeh enough with the mukadimah ye. emm... dah bape taun ek aku dengan encik boypren. 1... 2...3 kot. almaklumlah kami tak de anniversary. the beginning is too complicated u know! bila tengok gambar2 lama kan. macam what the??? kenapa aku ada gambar camni? itu yang buat aku tersenyum. kelakar sungguh zaman kanak2 dulu. ala zaman mula2 bercinta. ye la sekarang dah dua puluh tiga tahun (harus mengeja nombor2 ni baru tak obvious umur aku kan?) dah abis belajar pon. jadi tiba2 je rasa diri ni amat dewasa. matang sungguh! ye ke?

ni la boypren aku! hensem tak?
eh silap. ni ex-boypren aku. sekarang dia dah jadi pelakon taiwan so kitorang putus! dan aku dah ada boypren yang lagiii hensem. *angkat2 kening*

zaman dewasa ni... kenapa gambar2 aku macam skema huh? bosan gile menengoknye. ah nak buat macam mana dah dewasa. bukan kanak2 lagi. baru tahun lepas aku jadi kanak2 tiba2 dah kena jadi adult. ini tidak adil! cepat sungguh zaman berubah.

so apa yang uniknya bercinta masa zaman kanak2 ni!
kalau bercinta sebagai orang dewasa yang matang kompem ah tak buat macam ni kan?

pertama sekali wajib lah create folder album yang khas untuk si dia kan. dalam tu kenalah ada gambar dia je. atau gambar aku dengan dia je. kalau orang lain terbukak folder tu memang kompem nak muntah tengok muka sama je! hahhaa... sekarang tak kuasa mek nak buat lagu tu. mek dah matured dah! pssst.... lagi satu... kalau gambar ramai2 yang ada gambar dia yang aku suka. siap crop lagi untuk masukkan dalam album khas yang ada dia je tu. fuhhh... fanatik kipas susah mati sungguh aku dengan boypren sendiri kan. malu mek kalau dia baca ni. ^_^

hah... masa tu bile baru2 ada boypren aku dah tak syok sendiri dah. dah tak kuasa nak edit gambar aku sendiri. buat collage muka sendiri. takde pekdahnye. tapi aku rajin bebenor edit gambar dia. crop sana crop sini edit sana edit sini pastu buat siap collage la. perghh... kalau nak bercinta biar kaw beb! macam gambar kat bawah ni. kan dah kata aku fanatik dengan boypren sendiri. tapi dulu la... sekarang... ehemm takde pekdahnya aku nak buat lagu ni. wakakakiki....

amacam? menyampah tak korang tengok? tapi nape aku tak menyampah pon! ngeheee...

kan dah cakap aku fanatik. gambar yang sama pon aku edit jadi macam2 jugak. siap ada itam putih lagi. ni belom aku tunjuk yang ijau biru lagi. dah macam alien dah jadinya. nak tengok ke? tak yah la ek.

lepas tu... aku paksa pulak dia bergambar dengan teddy bear aku. masa ni dalam flight nak balik malaysia cuti summer dua tahun lepas. ish3... kesian boypren aku! hilang macho dia. dah pakai smart2 amik gambar dengan bear pulak. mesti mak cik cina kat sebelah tu cakap pe kes mamat ni photoshoot dengan teddy bear. ye bukan sekeping... banyak keping kot! oh... nama beruang nih etanol. jangan tanya aku kenapa. tanya boypren aku! panggil je dia etan atau slang omputihnya Ethan. aku bawa dia ke hulur ke hilir kat airport... mesti orang ingat aku budak terencat kan!

bila dah puas edit2 gambar boypren... aku beroperasi semula dengan gambar syok sendiri. tapi kali ni gambar yang dituju khas untuk boypren la. nampak tak 'I lebiu' kat belah kanan tu. gambar nak gedik2 aje. nak lebiu2 aje. nanti aku leh cakap kat cucu aku 'ni gambo nenek edit pastu bagi kat atuk masa bercinta dulu... sweet tak nenek?' nenek memang romantik masa muda2 dulu.

alang2 bercinta biar lah romantik! gambar pasangan manis (sweet couple) wajib la tiru gaya cite korea kan. ingat kat internet je ade gambar sweet2 cenggini. kitorang pon ada ar. dunia hanya milik berdua! peduli hape orang tengok kitorang posing cenggini kan... tak dapet nak nolongnya heh. orang tengah angau!

hahhahahaha... sumpah aku nak gelak tengok gambar ni. nape? sebab ni gambar favorite aku dalam folder album khas dia yang aku cakap tadi. dalam banyak2 gambar aku suka gile gambar ni. dah kata fanatik kan. wajib la choose yang favorite! sekarang bila dah dewasa ni... tak paham nape gambar ni jadi favorite. tak dapat tang mana logiknya! hahaha... folder album tu pon dah lama tak update. eh... bukan sebab aku dah tak sweet ek. sebab dah matured ar! style orang matured bercinta mesti ar len kan. sweet tetap sweet!

eh hep...hep... bukan aku je syok sendiri ek. encik boypren pon buat mende kanak2 jugak tau. tapi bezanya sekarang pon dia buat lagi. hahahha... macam gambar kat bawah ni. dia photoshop gambar raya aku dengan dia. sebab kat malaysia nih kitorang dah jadi long distance takde gambar raya sesama dah. sweet kan? aku tak reti photoshop2 ni. kalau tak ntah hape lagi aku buat kan.


tak kisah la. walaupon zaman berubah... umur makin meningkat... pemikiran pon makin matang. mungkin sebagai orang dewasa (mengaku dah tua kah?) cara kita menyampaikan sayang tu lain... dah tak macam kat atas2 tu dah. tapi aku tak nak nanti kitorang jadi pasangan yang bila dah kawin terus hilang kemanisan bercinta. aku akan pastikan yang kitorang tetap pasangan paling bahagia.

lagipon kadang2 kita nampak luarannya pasangan tu dah tak sweet2 dan kita akan cakap 'ala biasalah lepas kawin mana nak sweet2 dah'. tapi cara orang dewasa ni lain... mungkin diorang tak suka menunjuk2 tergedik2 kat public. dan sebenarnya diorang tu pasangan paaaaling romantik kat belakang kita. hah... jangan main2. "the best recipe of a relationship is 'spark'!"-farhah adeli. ni yang aku selalu cakap kat boypren aku. 'spark' tu penting!(kan dah kata aku romantik! :p)

maksud spark aku kat sini ialah tak kisah la pape pon asalkan ianya sesuatu yang buat korang jatuh cinta semula dengan pasangan korang tu. cewah... macam tiba2 bagi hadiah ke... tiba2 bagi kad ke... tiba2 anta sms yang jiwang karat ke! apa2 aje yang spontan dan random mungkin? simple or well planned? it's all up to you. perghh... cukup2... lebih2 pulak aku ni kawin pon belom!

insyaAllah... dengan izinNya aku jemput korang ke majlis aku nanti ye. lambat lagi ar tapi. teehee...^_^


nih lagi satu kes zaman kanak2 ni. perasan tak apa aku buat kat gambar ni. cuba tengok biji mata aku. dah macam kartun dah kan!


bubbye!


8 comments:

budinol said... [reply]

ish3.kamu ni. ni bukan dah sparks ni. ni dah electric shock ni. hehee..
sgt manis. manis mcm kamu. :*

farhah adeli said... [reply]

^_^... saya tau saya memang manis! :p

CIK TOM said... [reply]

so sweet both of u..cik tom doakan semoga cpt2 kahwin..amin...huhuhu..

farhah said... [reply]

Cik tom: amin~~~~ thanks cik tom. :)

Miza Yusof said... [reply]

so sweet. suka gambar love daripada tangan tu :)

*jangan berputus asa join contest yaa. insyaAllah dalam banyak-banyak yang kita join pasti ada kemenangan untuk kita :)

farhah adeli said... [reply]

miza yusof: thanks. =)

yep nak join contest2 menarik banyak2 la pasni. hehe.

CIK TOM said... [reply]

cik tom ade buat tutorial utk kaler je pada title sidebar sebelum ni..ada dlm list tutorial cik tom..tp dah berjaya xpelah :)

farhah adeli said... [reply]

cik tom: oh ye ke. thanks cik tom. nnti saya tgk. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...