ngeheee... entri semalam lupa bagi salam. nampak sangat gelojoh nak luahkan perasaan terpendam.
hujan dah masuk hari ke 4 tak stop... langsung!
nenek aku cakap umah kat kampung air dah makin naik. dah nak masuk bahagian dapur dah (dapur rendah sikit dari bahagian lain).
banjir woi banjir! eh nak excited ke risau ek? takpe yang penting umah aku tak banjir. titik.
sebab hujan je memanjang. aku pon dah lembik macam bunga yang ditimpa hujan kat luar tu. (diriku ini haruslah disamakan dengan bunga ^_^). lembik maksud aku tahap kemalasan sudah fullbar! maximum!
siang2 nak online broadband macam tut... tut... jawabnya main game le. The sims 3! malam2 online kalau nasib agak baik boleh le tempek omongan baru kat blog.
malam2 tido lambat. malam2 tak boleh tido... haiyaa manyak susah woo... pusing kiri pusing kanan nak bukak mata takut sebab dah tutup lampu. ntah kenapa sekarang aku jadi penakut. dulu aku berani woo! serious!
*******************************************************
sebenarnya hari ni aku nak membangga diri dan menunjuk2! kasi lempang sikit!
dulu masa kat kolej (omputih panggil kolej. jarang bebenor yang sebut universiti). aku amik la satu class art ni. nama dia art 003. apsal bukan 007 ke kan. nama class tu 'images for the web'. memang senang gile punya senang nak dapat A punya class ar. cuma advanced sikit dari class ABC je.
class tuh online. so tak yah gi class. aku memang suka class2 online ni sebab aku memang pemalas nak gi class. duk je atas katil baca2 dan buat assignment. senang cite semua class online aku memang gerenti A ar. sebab aku suka gile class2 tu. even class online yang orang cakap susah gile pon aku senang2 je dapat 100 markah (kan dah kata entri ni berunsur bangga diri). sebabnya.... biasalah... bila kita buat mende yang kita suka... kita akan bagi sepenuh jiwa dan raga kita... jadi hasilnya pon lumayan la kan!
ni salah satu assignment untuk class art 3 aku. assignment tu kena buat gambar animasi. biasanya orang buat sebiji bola yang bergolek dari kiri ke kanan... sangat mudah dan cepat. markah pon sama je. tapi aku memang suka menyusahkan diri sendiri.
aku tak suka buat mende sama dengan orang. kalau semua orang buat kotak square. biar aku buat kotak rectangle. yang penting dua2 pon kotak. paham tak?
walaupon orang lidi aku comot. dan gaya berjalan pon macam pelik. tapi... amacam??? power gila kan aku! kau ada? takdeeeee. aku tak ingat aku pakai software apa. photoshop ke ek? ntah la. tapi yang aku ingat. sebab aku tak reti guna software haram jadah tu. so aku lukis MANUAL movement orang lidi tu! powerrrr tak aku!
kau bayangkan aku kena buat bape banyak frame movement untuk hasilkan animation cikai ni. memang struggle dan bersemangat waja sungguh. macam keje bodoh pon ada sebab bazirkan masa buat ni padahal boleh je buat bola bergolek. peduli apa! yang penting bila aku nak sesuatu mende tu. aku akan buat sampai aku dapat dan puas hati!
eh tapi kenapa animation aku macam ni. takde cerita lain ke nak buat. apsal jiwang berkarat gile! hah... kan dah cakap aku ni romantik! lagipon masa ni aku single mingle lagi. memang ter'over jiwang ar... menunggu putera raja datang melamar!
bunga ni memang cikai. tapi aku tetap nak cakap aku power! sebab aku lukis manual gambar ni kat kedai foto (photoshop). siap color2 lagi. masa ni kena buat assignment pasal jenis2 file gambar. png. jped. gif. lepas tu keluar isu copy right pasal guna gambar2 kat intenet. play safe punya pasal aku pon struggle la lukis bunga ni sendiri. kira gambar2 aku sendiri buat. ape ke bengapnya masa ni takde idea lain (bila tengok orang lain buat simple je)... menyusahkan diri nak kena lukis.
kenapa aku kata buat mende2 ni sume menyusahkan diri? sebab aku tak reti buat pon! dan masa nak buat tu le aku terpaksa godek2 software tuh sampai jadi mende yang aku nak! kau bayanykan bape banyak masa aku habis nak buat mende cikai ni. kalau aku memang reti. aku dah cakap 'alah mende kacang je ni. cileks ar beb'. small matter kata omputih.
****************************************************
so sebab musabab aku duk membangga diri ni sebenarnya nak cakap yang... SEKARANG ni aku dah tak ingat dan tak reti buat mende ni sume dah. walaupon secikai lukis bunga tuh! T_T
taun lepas... 2010... aku install photoshop semula. (class tu aku amik masa 1st year. lepas tu aku uninstall sume software2). kononnya nak tunjuk skill balik ar kan. tapi hampeh... sebijik haram aku tak paham. sakit kepala aku godek sana sini. macam nak lempang je laptop masa tu. tanpa berfikir panjang aku uninstall serta merta!
lepas tu aku isytiharkan... aku benci photoshop!
tapi sekarang aku geram dan jeles sangat tengok ramai blogger power gila main photoshop. macam kelas seni sekolah rendah! gunting2 gambar2 sikit. corak tu corak ni. pastu tampal2 kat sana sini. tulis2 sikit. bagi colour pink sikit. hah siap!
pastu edit2 gambar kasi cun gila babeng. macam pro je. dammit la... jeles woo! aku nak gak jadi power. buat photoshop tu jadi barang mainan aku je.
ish tak boleh jadi ni! hengkau sume tengok la nanti. aku akan tunjuk hasil keje aku. tengok le. first sekali aku nak buat header baru. opkos guna photoshop. aku nak buat yang transparent punya! harap2 jadik!
hengkau sume wait and see ek!!!!
"
"
"
mana software fotochop aku ni??? mana... mana... mana... nak install balik ni!
k bai!
5 comments:
haha..
good luck!!
org lidi pon lidi la...janji hasil nye ummphhhh =D
thanks nasuha... ^_^
tapi smpai sekarang masih malas! hahaa...
comel je buat orang lidi tue...heheh...
good luck utk header transparent!!
cik tom: hehe. dah siap dah.
hehehe..kalakr la wk nie....klu nk blajar photoshop plz cntact..http://www.facebook.com/gunzers...thankz
Post a Comment