Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Photoshop tu macam pergi kelas seni sekolah rendah je! main gunting2 sikit pastu tampal sana sini pastu warna2 sikit. Senang je!

assalamualaikum...

ngeheee... entri semalam lupa bagi salam. nampak sangat gelojoh nak luahkan perasaan terpendam.

hujan dah masuk hari ke 4 tak stop... langsung!

nenek aku cakap umah kat kampung air dah makin naik. dah nak masuk bahagian dapur dah (dapur rendah sikit dari bahagian lain).

banjir woi banjir! eh nak excited ke risau ek? takpe yang penting umah aku tak banjir. titik.

sebab hujan je memanjang. aku pon dah lembik macam bunga yang ditimpa hujan kat luar tu. (diriku ini haruslah disamakan dengan bunga ^_^). lembik maksud aku tahap kemalasan sudah fullbar! maximum!

siang2 nak online broadband macam tut... tut... jawabnya main game le. The sims 3! malam2 online kalau nasib agak baik boleh le tempek omongan baru kat blog.

malam2 tido lambat. malam2 tak boleh tido... haiyaa manyak susah woo... pusing kiri pusing kanan nak bukak mata takut sebab dah tutup lampu. ntah kenapa sekarang aku jadi penakut. dulu aku berani woo! serious!


*******************************************************

sebenarnya hari ni aku nak membangga diri dan menunjuk2! kasi lempang sikit! 

dulu masa kat kolej (omputih panggil kolej. jarang bebenor yang sebut universiti). aku amik la satu class art ni. nama dia art 003. apsal bukan 007 ke kan. nama class tu 'images for the web'. memang senang gile punya senang nak dapat A punya class ar. cuma advanced sikit dari class ABC je. 

class tuh online. so tak yah gi class. aku memang suka class2 online ni sebab aku memang pemalas nak gi class. duk je atas katil baca2 dan buat assignment. senang cite semua class online aku memang gerenti A ar. sebab aku suka gile class2 tu. even class online yang orang cakap susah gile pon aku senang2 je dapat 100 markah (kan dah kata entri ni berunsur bangga diri). sebabnya.... biasalah... bila kita buat mende yang kita suka... kita akan bagi sepenuh jiwa dan raga kita... jadi hasilnya pon lumayan la kan!  


ni salah satu assignment untuk class art 3 aku. assignment tu kena buat gambar animasi. biasanya orang buat sebiji bola yang bergolek dari kiri ke kanan... sangat mudah dan cepat. markah pon sama je. tapi aku memang suka menyusahkan diri sendiri. 

aku tak suka buat mende sama dengan orang. kalau semua orang buat kotak square. biar aku buat kotak rectangle. yang penting dua2 pon kotak. paham tak? 

walaupon orang lidi aku comot. dan gaya berjalan pon macam pelik. tapi... amacam??? power gila kan aku! kau ada? takdeeeee. aku tak ingat aku pakai software apa. photoshop ke ek? ntah la. tapi yang aku ingat. sebab aku tak reti guna software haram jadah tu. so aku lukis MANUAL movement orang lidi tu! powerrrr tak aku! 

kau bayangkan aku kena buat bape banyak frame movement untuk hasilkan animation cikai ni. memang struggle dan bersemangat waja sungguh. macam keje bodoh pon ada sebab bazirkan masa buat ni padahal boleh je buat bola bergolek. peduli apa! yang penting bila aku nak sesuatu mende tu. aku akan buat sampai aku dapat dan puas hati!

eh tapi kenapa animation aku macam ni. takde cerita lain ke nak buat. apsal jiwang berkarat gile! hah... kan dah cakap aku ni romantik! lagipon masa ni aku single mingle lagi. memang ter'over jiwang ar... menunggu putera raja datang melamar!



bunga ni memang cikai. tapi aku tetap nak cakap aku power! sebab aku lukis manual gambar ni kat kedai foto (photoshop). siap color2 lagi. masa ni kena buat assignment pasal jenis2 file gambar. png. jped. gif. lepas tu keluar isu copy right pasal guna gambar2 kat intenet. play safe punya  pasal aku pon struggle la lukis bunga ni sendiri. kira gambar2 aku sendiri buat. ape ke bengapnya masa ni takde idea lain (bila tengok orang lain buat simple je)... menyusahkan diri nak kena lukis. 

kenapa aku kata buat mende2 ni sume menyusahkan diri? sebab aku tak reti buat pon! dan masa nak buat tu le aku terpaksa godek2 software tuh sampai jadi mende yang aku nak! kau bayanykan bape banyak masa aku habis nak buat mende cikai ni. kalau aku memang reti. aku dah cakap 'alah mende kacang je ni. cileks ar beb'. small matter kata omputih.


****************************************************

so sebab musabab aku duk membangga diri ni sebenarnya nak cakap yang... SEKARANG ni aku dah tak ingat dan tak reti buat mende ni sume dah. walaupon secikai lukis bunga tuh! T_T

taun lepas... 2010... aku install photoshop semula. (class tu aku amik masa 1st year. lepas tu aku uninstall sume software2). kononnya nak tunjuk skill balik ar kan. tapi hampeh... sebijik haram aku tak paham. sakit kepala aku godek sana sini. macam nak lempang je laptop masa tu. tanpa berfikir panjang aku uninstall serta merta! 

lepas tu aku isytiharkan... aku benci photoshop! 

tapi sekarang aku geram dan jeles sangat tengok ramai blogger power gila main photoshop. macam kelas seni sekolah rendah! gunting2 gambar2 sikit. corak tu corak ni. pastu tampal2 kat sana sini. tulis2 sikit. bagi colour pink sikit. hah siap!

pastu edit2 gambar kasi cun gila babeng. macam pro je. dammit la... jeles woo! aku nak gak jadi power. buat photoshop tu jadi barang mainan aku je. 

ish tak boleh jadi ni! hengkau sume tengok la nanti. aku akan tunjuk hasil keje aku. tengok le. first sekali aku nak buat header baru. opkos guna photoshop. aku nak buat yang transparent punya! harap2 jadik! 

hengkau sume wait and see ek!!!!


"

"

"

mana software fotochop aku ni??? mana... mana... mana... nak install balik ni!


k bai!

Sunday, November 7, 2010

Entri yang tak berapa entri

1. Hari ni sehingga saat ini tak de mood nak blogging. Malas tulis entri, malas jejak bw, malas singgah2, malas itu malas ini.

2. Cuma tengok update di bloglist ‘cawangan lain’ saja. Dan malas komen.

3. Pagi pergi husm kk (tak tau abaikan) bersama umi. Tapi misi utama tidak berhasil.

4. Singgah di mall yang tak berapa nak mall. Nampak kasut (sebenarnya sandal/selipar/wedges) yang cute dan extremely gorgeous tapi tak jadi beli.

5. Dah beli tiket pergi shah alam 10 november ni. Tapi tiket nak balik sini dah habis. Tak tau camne nak balik raya.

6. Bandar pm jam gila tadi. Rasanya raya lagi seminggu.

7. Masuk minggu kedua aktif berblogging, banyak blog diterjah dan entri dibaca.

8. Pembacaan entri2 blog membuka mata hati ku (lupa letak ‘dan’ kat tengah mata hati). Terasa lebih berpelajaran sikit. Membaca memang bagus.

9. Tengok cerita ‘pencil’ kat tv. Sangat menyayat hati.

10. Seperti biasa iklan petronas berjaya menusuk kalbu. Dan kali ni iklan deepavali.

11. Entri bernombor ini meniru gaya penulisan encik boypren.

12. Akhirnya beli jugak kasut dalam no.4 selepas masuk kedai tuh buat kali kedua. Duit melayang lagi.

13. Sekarang mood untuk tulis entri dah ada. Jap lagi entri baru akan menyusul.


cute tak. tak? T_T
warna sebenar pinkish khaki. kesan remuk2 tuh sebab lama sangat dalam kotak.

yes.. it's a wedges. 3.5 inches.
dengan harapan tidak tergolek ketika memakainya.  


p/s: gosh.. i'll be ~5' 7"!


Monday, November 1, 2010

Kenapa saya tak suka hujan?

eh saya cakap pasal hujan yang turun dari langit ok. bukan kumpulan hujan yang nyanyi lagu 'pagi yang gelap' (memang pagi ni gelap pon). bukan hujan (rain) pelakon korea cite full house tu.

emm... hari ni dah masuk 2 hari  hujan tak berhenti2. kompem nak banjir ni. bukan rumah saya. kampung atuk saya kompem banjir. musim banjir dah tiba... dulu kecik2 memang seronok. bila dapat call nenek cakap air dah naik. kitorang kompem serbu balik umah atuk sebab nak main air. dulu la. sekarang tak tau lagi. tengok le camne. hehe. (jangan tiru... bahaya tau)

banjir ni boleh jadi bencana. tengok aje apa jadi kat pakistan dengan china. dan terbaru tsunami kat indonesia. saya tak sampai hati baca berita2 macam tuh. tapi apakan daya. nak tolong tak mampu. kena sentiasa bersyukur yang negara kita masih dilindungi. dan berdoa supaya terus dilindungi. (renung2 kan bersama)

pasal kenapa saya tak suka hujan pulak. bukan sebab saya tak bersyukur. hujan kan nikmat...rahmat tuhan. cuma saya nak membebel pasal ketamakkan saya ni. (dah bagi hujan tak nak, tak bagi mintak2 pulak).

kenapa saya tak suka hujan? eh sebab2 ni hanya sah untuk minggu ni je ok.

1. sebab saya tak boleh basuh baju yang dah menggunung tuh. huhu. minggu depan nak g KL. cmne ni? tak kan nak sumbat baju kotor dalam beg. eeuwww!

2. sebab broadband saya jadi lembab teramat. nak bukak itu ini susah gile. lambat sangat loading lebih2 lagi nak baca blog2 korang. and stalk orang kat facebook. muahahhaa. tapi saya tetap sayang broadband saya. tanpa beliau saya jadi katak dibawah tempurung.

3. sebab saya tak boleh keluar rumah. boleh je kalau nak tapi jadi malas sebab hujan pon lebat. dah la saya nak kena pegi cc print dokumen2 untuk dibawa ke KL. janji nak pegi minum2 dengan cik yaya pon terpaksa cancel.

4. sebab bangun tido je masih gelap. sejuk pulak tu. tarik selimut tido balik. sedar2 matahari dah atas kepala. (ok tipu mane ade matahari kan mendung je memanjang).

5. sebab saya jadi malas gile. banyak mende nak kena settle dan buat sebelom pegi KL ni tapi saya buat tak peduli je.

6. sebab saya rasa nak makan je. bosan! pegi dapur cari makan. tengok tv. ngadap laptop. bagus! acara menternak lemak.

7. sebab saya dah tak tahu sebab ape. tapi nak gak tulis nombor 7 sebab saya punya suka la!


p/s: hujan2 ni best gak layan lagu hujan. pagi yang gelap... kini sudah terang... aku adikmu... lalalalala~~~

Thursday, October 28, 2010

it's a regret when it start with 'if"

hemm... malam2 macam ni memang senang sangat terlayan perasaan. it's a mix feeling. not sure how to describe! macam susah hati, sedih, risau... semua ada... macam2 lah! awak mesti pernah rasa punya... rasa macam ada something tengah ketuk2 cubit2 tumbuk2 hati awak. rasa macam gatal2 je (tapi camne nak garu hati!). hah... macam tu la rasa dia. tak senang duduk!

sebenarnya saya jeles tengok orang lain. yang dah kerja! kawan2 yang belajar kat malaysia semua dah kerja (ok maybe not semua but mostly!) saya ni nama je belajar jauh2 tapi... camni je! saya pon nak kerja... saya bosan sangat duk kat rumah. saya tak suka duduk je tak buat pape. rasa macam useless je. ye saya tau... saya memang malas tapi kalau dah buat something i give all my efforts to it tau! sekarang ni saya rasa macam haiwan peliharaan (opss sounds too harsh!)... ok macam pet je. pet? ye pet yang comel macam meow! lepak doing nothing but eat and play and gaining weight of course! (eh kucing pon tahu exercise tau! kau je tak far!) T_T

dan makin menambah ketidak senangan duduk adalah $$$. semakin surut sampai terpaksa guna savings which i don't want to. savings is savings! nanti kena ganti balik... oh banyak nye hutang!!! (but hutang dengan diri sendiri xpe kan) and as i said saya bosan. (dah tu pergi la keluar. jalan2 ke lepak ke apa ke!) ye saya tau tapi kalau ini $$$ xde macam mana nak keluar. ada paham!

then baru sedar... eh baru 20 hari mencari kerja of course la belum jumpa...yang sesuai! belum ada rezeki... sabar laaaa... ingat senang ke! (tapi saya dah tak sabar T_T) tapi kan 'kalauuu'... and now comes the word 'kalau'... kalau saya awal2 lagi cari ntah2 dah dapat kan? kalau saya... kalau... yes! i am! regret!

tapi salah ke saya nak rehat dulu. salah ke saya nak spend time dengan family dulu. salah ke saya nak puasa and raya puas2 dulu dengan dorang after 4 years apart. salah ke saya tinggal kat kelantan. ye sebab tu la saya baru mencari. sebab bukan senang nak ulang alik kelantan-KL-kelantan-KL ok!

em pape je la. saya dah malas nak cakap. yang penting....sorry to all readers. this entry is more like writing to myself! (seperti bermonolog gitu). dan sekarang i feel much2 better. it's always better when sharing. right? leganyeeeee... good nite. i'm going to bed! (oh tengok di atas... dan baru sedar...O_O panjangnyeeeee!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...