Monday, November 1, 2010

Kenapa saya tak suka hujan?

eh saya cakap pasal hujan yang turun dari langit ok. bukan kumpulan hujan yang nyanyi lagu 'pagi yang gelap' (memang pagi ni gelap pon). bukan hujan (rain) pelakon korea cite full house tu.

emm... hari ni dah masuk 2 hari  hujan tak berhenti2. kompem nak banjir ni. bukan rumah saya. kampung atuk saya kompem banjir. musim banjir dah tiba... dulu kecik2 memang seronok. bila dapat call nenek cakap air dah naik. kitorang kompem serbu balik umah atuk sebab nak main air. dulu la. sekarang tak tau lagi. tengok le camne. hehe. (jangan tiru... bahaya tau)

banjir ni boleh jadi bencana. tengok aje apa jadi kat pakistan dengan china. dan terbaru tsunami kat indonesia. saya tak sampai hati baca berita2 macam tuh. tapi apakan daya. nak tolong tak mampu. kena sentiasa bersyukur yang negara kita masih dilindungi. dan berdoa supaya terus dilindungi. (renung2 kan bersama)

pasal kenapa saya tak suka hujan pulak. bukan sebab saya tak bersyukur. hujan kan nikmat...rahmat tuhan. cuma saya nak membebel pasal ketamakkan saya ni. (dah bagi hujan tak nak, tak bagi mintak2 pulak).

kenapa saya tak suka hujan? eh sebab2 ni hanya sah untuk minggu ni je ok.

1. sebab saya tak boleh basuh baju yang dah menggunung tuh. huhu. minggu depan nak g KL. cmne ni? tak kan nak sumbat baju kotor dalam beg. eeuwww!

2. sebab broadband saya jadi lembab teramat. nak bukak itu ini susah gile. lambat sangat loading lebih2 lagi nak baca blog2 korang. and stalk orang kat facebook. muahahhaa. tapi saya tetap sayang broadband saya. tanpa beliau saya jadi katak dibawah tempurung.

3. sebab saya tak boleh keluar rumah. boleh je kalau nak tapi jadi malas sebab hujan pon lebat. dah la saya nak kena pegi cc print dokumen2 untuk dibawa ke KL. janji nak pegi minum2 dengan cik yaya pon terpaksa cancel.

4. sebab bangun tido je masih gelap. sejuk pulak tu. tarik selimut tido balik. sedar2 matahari dah atas kepala. (ok tipu mane ade matahari kan mendung je memanjang).

5. sebab saya jadi malas gile. banyak mende nak kena settle dan buat sebelom pegi KL ni tapi saya buat tak peduli je.

6. sebab saya rasa nak makan je. bosan! pegi dapur cari makan. tengok tv. ngadap laptop. bagus! acara menternak lemak.

7. sebab saya dah tak tahu sebab ape. tapi nak gak tulis nombor 7 sebab saya punya suka la!


p/s: hujan2 ni best gak layan lagu hujan. pagi yang gelap... kini sudah terang... aku adikmu... lalalalala~~~

8 comments:

misyamissyou said... [reply]

hehee..rase2nye cm nak ckp "kesimpulannya, hujan itu best tuk tido" hehe suke main hujan jep..huhuu

Aniza said... [reply]

saya pulak sangat suka hujan...

farhah adeli said... [reply]

hahaha...

misyamissyou (susah tul nak eja): betul la tuh. mmg layan je tdo... Zzzz...

aniza: hati2 main hujan nanti demam. hehe...

Anna Boleyn said... [reply]

hye
salam kenal..
ni 1st time anna berkunjung ke sini.. :)

hehe bila hujan je otomotik badan kita macam lemau nak tidur je. sejuk best. hujan jugak buat kita cepat lapar. tak tau nape.

p/s : jom datang blog anna boleyn jom :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [reply]

sebab x suker hujan..saya bawa diri ke negara arab ni...huhuhu.Tak yah nak terkejar2 angkat kain masa hujan kan?

farhah adeli said... [reply]

anna boleyn: salam kenal. thanks sudi berkunjung ke sini. nanti saya datang sane.

lydia miza:dah jadi orang arab ni. hehe.

Tomato Gurl's Life said... [reply]

ciktom pun xsuka sbb line ko..tp part ciktom suka syook tidur+nangis lam hujan xde org tau..huhu

farhah adeli said... [reply]

alolooo cik tom. nape nangis dalam ujan. nk tiru mcm cite kuch kuch hota hai ye. hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...