Sunday, November 7, 2010

Namun ku punya hati


Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua


Membaca bait2 lagu dia atas pon sudah cukup untuk menyentuh hati kita. Ini kan pula bila mendengar lagu yang diiringi alunan muzik penuh kesayuan.  Keras sungguh hati kamu wahai manusia jika tidak sedikit pon kamu tersentuh dengan alunan irama itu. Apa salah mereka jika ditakdirkan sedemikian rupa. Mengapa perlu dipandang hina? Mengapa perlu dicaci cela? Mengapa perlu dicebik dan dipalingkan muka? 'Namun ku punya hati' seperti tajuk lagu diatas. Mereka juga punya hati dan perasaan. Kerana mereka manusia biasa. Makhluk ciptaanNya. Bersyukur la kamu dengan kesempurnaan yang kamu miliki. Jangan pula memandang jelik pada mereka yang serba kekurangan.  Setiap ciptaan Allah ada hikmahnya. Tidak perlu kamu terlalu riak.


Pernahkah kamu terfikir. Bayangkan jika kamu berada di tempat mereka. Cuba kamu rasa apa yang mereka rasa. Ya… zaman sekarang sudah ramai yang prihatin. Yang memberikan kata simpati. Sumbangan ikhlas. Namun jangan terlalu alpa. Ucapkan lah kata-kata syukur pada yang esa disebalik keperihatinan kamu itu.

Namun hakikatnya masih ada yang berhati batu! Dan bertambah perit jika hati yang keras itu datang dari darah daging sendiri. Keluarga sendiri menganggap mereka memalukan! Menyusahkan! Hingga dikatakan pembawa sial! Anak sial! Ada yang dimaki hamun, dipukul, dipergunakan dan disalahkan bila keburukan yang menimpa. Secara tak langsung kamu menyalahkan takdir. Sungguh jauh kamu terpesong wahai manusia yang angkuh. Jangan lah kamu lupa itu merupakan ujian Nya.  


Bergenang air mata ku menonton cerita bertajuk ‘Pencil’ yang disiarkan di TV3 petang tadi. Tidak tertahan sehingga tumpah jua air mata. Sungguh mudah bukan? Melihat kesedihan dan kekurangan orang lain. Lantas bersimpati dan berasa sedih. Tapi bertanya kepada diri sendiri. Simpati? Sedih? Apa maknanya semua tuh? Perasaan? Itu hanya deria yang dianugerahkan Nya.  Tidak memahami. Hanya mampu melihat. Kerana bukan kita yang berada ditempat mereka. Merasakan apa yang mereka rasa jauh sekali. Dan setelah mereka hilang dari pandangan. Pasti kita lupa. Lupa penderitaan mereka. Sedarlah kamu kesempurnaan kamu itu tidak ternilai nikmatnya. Dan kekurangan itu mereka pasti dikurniakan kelebihan lain. Pasti ada hikmah disebalik ujian itu. Kerana Dia Maha Adil. 


Jadi bersyukurlah kerana hanya itu yang sebenar-benarnya!




p/s: "Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari... kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat... puas kita menangis, mencari di manakah matahari!  Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI yang indah..."



2 comments:

CIK TOM said... [reply]

nice enrty..kata tak pandai menulis..hehe..sebelum mengeji beringatlah diorg pun punya hati..

farhah adeli @ far said... [reply]

huhu... entah le main tulis je ikut perasaan. sebab sdey sgt tgk cite tuh.
betul2. dorg ada hati jugak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...