Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Bila blogger famous jadi mangsa blogger tak cukup ilmu!

Semalam aku jumpa satu blog hitam putih. Oh biasalah dunia blog bukan besar mana pon. Blog ni tengah panas wap2 sekarang ni. Sebab entri terbaru dia yang sangat kontroversi!

first impression aku… oh memang sesuai dengan tema hitam putih tu. ‘sehitam’ hati penulis nya… mungkin! Banyak entri yang sarcastic dan “menjengkelkan”. Penulis pon anonymous… malu dengan penulisan sendiri mungkin! Oh patutlah la nama blog pon macam negatif je bunyinye! Ok…TAK SUKA lah blog ni! so what? First impression aku… suka hati aku lah nak rasa camne. Itu HAK aku!

Oh lupe pulak… blog tu blog dia. Suka hati dia lah nak tulis apa kan. Dia nak kutuk orang ke. Nak sindir orang ke. nak itu ke nak ini ke. itu HAK dia! Dunia siber kan takde sempadan. Dia boleh luahkan pendapat dia ikut cara dia. Kau setuju aku setuju. Kau setuju aku tak setuju. Kau tak setuju aku setuju. Kau tak setuju aku pon tak setuju. Suka hati le. Itu pendapat kau! HAK kau.

“penulis blog hina dot… dot…” selalu je tajuk macam ni kuar berita kan. Dan lepas tu kalau tiba2 polis datang rumah cari kita. Camne? Sekarang HAK siapa? Hak bapak polisi le… kot! Sedangkan dengan bercakap pon boleh jadi kes polis. Inikan pulak menulis… ada bahan bukti lagi. Jadi hati-hatilah kalau menulis… jangan sampai HAK kita tu termakan HAK orang lain. Sape susah… sendiri susah le.

Semalam jugak aku baca satu entri ni. Pendapat penulis… HAK dia. bila aku baca… aku angguk… aku kerut dahi… aku ‘huh?’ … aku ‘eh?’… aku geleng kepala… ada betul ada salah! aku rasa dia terlampau mengikut perasaan… HAK aku! Yang pasti entri tu negatif!

Penulis ada sebut beberapa nama sebagai contoh . dalam entri yang negatif! Bermakna… nama2 yang disebut tu contoh negatif? Seperti penulis terang2 menghina orang2 yang namanya disebut. Maknanya ini dah kes mengaibkan orang lain. HAK penulis ke? oh… penulis masih boleh membela diri… mungkin nama2 yang disebut tuh kebetulan sama dengan nama mereka. emm… ok. Tapi pelik ye kenapa nama2 yang disebut tu nama orang2 yang dikenali ramai? Kebetulan ke?
Lepas tu penulis letak gambar jugak. Sebagai contoh yang negatif juga? Kebetulan tang mane pulak sekarang ni! HAK penulis ke nak mengaibkan orang terang2? Dari yang tak kenal jadi kenal… dan kenal sebagai contoh negatif? Bukan ke itu menghasut? Biasalah… pengaruh tulisan sangat besar dalam kehidupan manusia.

Tapi bila tuan punya gambar kata… delete sebab gambar tu tak mintak kebenaran dia. then penulis cakap… gambar tu dia amik kat google so takde kaitan dengan tuan punya gambar! Eh sejak bila pulak google ni ada photo album ek? Setahu aku setiap gambar yang kita google tu akan ada link dari mana datangnya gambar tu. Website mana… blog mane… facebook mane… mane2 le. It’s all about credit and copy right! HAK siapa pula? Cetek sungguh pengetahuan penulis ye. Atau aku yang kurang arif? Kalau penulisan tu positif rasanya orang tak kisah mana pasal credit dan copy right ni. Tapi bila dah berunsur negatif. Jangan main2! 

Ok perasan tak aku bold kan HAK banyak2. Sebab aku memang nak fokus pasal HAK je. Walau seluas mana pon dunia siber ni. HAK tu tetap ada! Dalam al-Quran sendiri ada memperuntukkan hak2 manusia yang perlu kita hormati. Dan pastilah negara kita pon ada undang2! Tak ada gading yang tak retak. Mungkin niat penulis untuk menegur… tapi biarlah dengan cara yang bijaksana. Bukan dengan membuka pekung di dada. menulis... menulis jugak... tapi hormat lah orang lain!

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Fitnah 1957
Akta Hasutan 1948
dot…dot…dot…


jangan main2! Sekarang zaman saman menyaman!




ni pehal letak gambar takde kaitan ni? 
this is so called... HAK aku!


p/s: blog tu? penulis tu? emm... macam ramai dah tau je. =) shhh...


Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

lagi program menarik dari ben ashaari... cepat2 siapa lambat dia tak dapat. aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada encik ben yang selalu menganjurkan program2 yang supportive dan membantu para blogger termasuklah program bloglist ni. (cewah... ucapan formal nih!)

dan insyaAllah aku akan terus menulis... dan menulis...

ok bai... assalamualaikum! =)


Tak main ar blogwalking... kita BlogLarian ar sekarang!



(baca laju2 ala dj radio ye)
yo.. yo.. assalamualaikum!!! program paling hot di dunia blog sekarang... BlogLarian! nak tahu lebih lanjut sila click tulisan merah tadi. program ni menyediakan cara ekspres untuk blogwalking. sangat mujarab! tak percaya bacalah testimoni kat blog tuh. (macam jual barang pulak kan!) hehe...

kalau nak join boleh pergi ke sini atau sini.
dan jawab slogan ni...

"Saya suka berblogwalking kerana...."

1. Observe pandangan, pendapat dan cara pemikiran orang lain yang berbeza…
2. Meet new people… walaupon sekadar alam maya.
3. Belajar dari pengalaman orang lain… true story.
4. Info terbaru movie, fashion, celebrity, ekspo… dan sebagainya.
5. Do and don’ts dalam blogging… masih belajaq!
6. Tutorial2 menarik untuk blog dan tuan blog.
7. Tips2 berguna untuk dunia dan akhirat.
8. Tempat jalan2 best… tak boleh ikot kita pergi sendiri.
9. Tempat makan best dan idea menu untuk order. Haha…
10. Hidup lebih bermakna jika bersocial… apa guna tulis blog kalau takde orang baca kan!
"
"
~infiniti~

(malas dah nak tulis yang pasti Membaca Amalan Mulia) eh... dah lebih 30 p.p. takpe kot!

p/s: ada nak tambah pape?


dan nak tag mimi, fatin, budin.

Kesimpulannya dapat meng’up-to-date’kan diri sendiri dalam semua perkara. Banyak yang kita boleh belajar dan juga memberi kesedaran untuk diri sendiri sebab kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat tu salah.


Tuesday, November 9, 2010

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?


sekali lagi saya menyertai program encik ben ashaari ni. kali ni program suai kenal plak. ala2 orientation untuk blogger baru. dan macam biasa saya menjadi orang yang hujung2 baru decide nak join padahal dah tau pasal ni masa entri tuh first keluar lagi. bila dah dekat2 final call baru nak join. -_-'

ok bagi korang yang sampai sini dari blog abang dalam gambar di atas... jangan cakap 'eleh blog lama pon nak join gak'. sebab sememangnya blog ni dah lama wujud. tapi hakikatnya baru 2 minggu ni saya join the real world of blogging k.

jangan lupa tinggalkan ucapan di kotak jeritan shoutbox ok. saya pasti akan menjejak awak2 semua. 

p/s: jangan la baca entri tahun2 lepas ye. malu i. ^_^

Saturday, October 30, 2010

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

emm... mulanya sangat segan nk buat entry ala2 contest ni. sebab saya ni masih lagi bayi yang terbaring kat atas tilam. merangkak pon x reti lg. T_T ... abaikan entry dahulu kala yang lebih kepada self-esteem (hey memang dulu ini macam diary ok!) dan sekarang saya nak belajar dunia blogging ni. dunia sharing caring ni ok. supaya blog ni lebih bermanfaat! oh tiada niat untuk mencari publicity hanya mengambil kesempatan. hehe... dah lama tahu pasal program ni tapi ignore je sbb keseganan yang menebal. tapi bila encik ben membuka peluang terakhir...mungkin (ish macam saje je nak suruh saya pikir balik... grrrr).

berpegang pada kata2 ni,
"which hurt the most: saying something and wishing you had not,
or saying nothing and wishing you had?"

my answer: definitely saying nothing wishing you had la akan terasa sakit pedih ibarat dicucuk duri cactus. walau tak berdarah tapi bisa nye sungguh... berbisa! (pengalaman sendiri -_-) aduhhh... 

jadi saya pon memberanikan diri to join the club! oh lupe pulak. ini blog header ben ashaari. sebelom ni saya dah cakap pasal blog ni kat entry 'tulis blog pon boleh popular' kan. blog yang penuh kontroversi ni. sehari berkali-kali saya terjah sebab berkali-kali abang ni update. pandai2! good strategi.













buah cempedak di luar pagar,
amik galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

sekian.

p/s: encik boypren. jangan jeles saya letak gambar abang ni ye. jangan risau ni laki orang. =p

Thursday, October 28, 2010

Tulis blog pon boleh popular?

wah tak sangka rupanye ramai blogger yang popular. baru beberapa hari saya merajinkan diri baca blog. ada la jumpa beberapa blog (macam mana jumpe pon tak ingat)... well it's all about 'link'! click then click then click sedar2 dah ada kat rumah (homepage) orang. best jugak baca. macam2 ada. ada yang memang berusaha gile nak popular di dunia blog. ada yang cuma cakap pasal personal stuff je (tapi popular), ada yang tulis tips2 macam mana nak jadi blogger (padahal sendiri pon tak popular mana pon...hehe sori), ada yang serious tulis pendapat itu ini information itu ini... boring! (eh tapi bila kita perlukan maklumat blog macam ni jugak akan tolong kan!). and so on... macam2 jenis blog saya jumpe.

so wujud la satu folder baru bertajuk "blogger" di bookmark google chrome saya ni. mana yang saya rasa best saya bookmark la. makin hari makin bertambah panjang list tuh. dan saya pon dah rajin follow2 orang ni. kawan saya pernah cakap dia suka baca blog ben ashaari. mulanya saya tengok2 je. lepas tu saya start baca2. rupanye best jugak baca blog ni ye. tapi bukan semua blog la. certain blog yang saya rasa menarik la. "menarik" bagi seseorang individu kan sangat subjektif. susah nak explain. tak semestinya saya suka awak suka. atau awak suka saya pon suka kan? ada je blog yang popular tapi saya tak berkenan sangat pon (suka saya punya hati la!) lepas tu saya jumpa blog hanis zalikha. ni blog paaaaaling popular saya pernah jumpe (maybe sebab dia celebrity kot). tapi saya rasa blog dia menarik. banyak mende best dia share (untuk perempuan especially!) pastu ntah macam mana saya jumpe cik epal pulak. dia bukan celebrity pon tapi ramai orang suka dia (jeles!) lepas ni saya harap saya jumpe lebih banyak blog menarik. membaca kan amalan mulia! oh pastinya saya tak suka blog gossip celebrity atau politics! not my cup of sweet tea...

saya rasa tak perlulah tulis blog dengan niat nak popular. berusaha nak popular. tak perlu semua tuh. tulis dengan hati yang ikhlas. tulis untuk berkongsi. and be yourself ok! tak perlu struggle perah otak cari topik baru untuk tulis. be spontaneous! tulis je apa yang terlintas di fikiran. sebab tu la kena banyak membacaaaa! sebagai contoh bila baca something ade je bende came across my mind yang saya nak share kat sini. tapi tak kan la setiap satu jam saya nak tulis pulak kan. but reading is just a helper sebab bagi saya "you are what you wrote" bukan you are what you read. kalau baca semua orang pon boleh baca bende sama kan. tapi bila tulis tak semestinya tulis bende yang sama walaupon tajuk dan topik yang same! betul x? tapi tak kisah lah. blog awak! awak punya pasal lah nak tulis ape! (ada aku kisah! haha...)

p/s: "Fill your paper with the breathings of your heart" - William Wordsworth

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...