Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Cerita Cinta Tiga Hari (part 3)

mencik la... susah betul nak mengarang (bajet pro writer sat!). dah berhari2 nak online susah bangat. eh silap... online boleh... setakat nak buka fb email ym blog dua tiga kerat boleh je... tapi ada ke patut nak tulis new post pon tak boleh! ape ke dengki sangat dengan aku ni. haihhhhh~~~ pastu cian game2 facebook aku sume dah huru hara sebab tak leh buka. T_T

eh… ASSALAMUALAIKUM~~~ ok from now on aku akan bagi salam dulu kat setiap post sebab well… aku nak berubah menjadi lebih muslimah… keh… keh… jawab fon pon tak pernah bagi salam so apa kata kita mulakan dengan blog. Kring… kring… Hello? Hey! I’m serious ok! (dah beli stoking tangan jugak tau!)

ok sebenaqnye malas dah nak cite part 3 ni bila duk tertangguh je tapi kalau tak de part 3 cacat la pulak sebab nama pon cerita 3 hari kan. so lets make it short and simple bebeh...

mata ku silau... au... au... 

sila abaikan ketembaman terlampau dalam gambar di atas. T_T hah...korang tau tak kat mana ni? pernah sampai sini? blom? ek eleh... aku dah pergi dah (berlagak!) ^_^ hari ketiga kitorang pergi i-city kat seksyen 7 shah alam. siang hari aku pergi biocareer so kitorang keluar malam kejap. sebelom tuh dinner kat Pak Li Kopitiam dulu. walaupon aku dah kenyang gile tapi aku order jugak mee goreng mamak kat situ. pelik sikit cara dia masak tapi sedap gak. tapi aku tak leh habiskan sebab dah kenyang sangat. membazir je kan. T_T

ramai sungguh manusia... eh hai awak

cantik giles kan... sangat colorful dan terang benderang dan indah dan waooo... dan... ahhhhhh... nak pengsan! (teruja) bagi korang yang blom sampai ke i-city ni... kalau nak masuk sini kena bayar 10 ringgit per kereta (per motosikal jugak kot)... entry fee dia tak kira ikut kepala so baik korang sumbat reramai dalam sebiji kete dan tak yah la nak buat konvoi nak tayang kete masing2 ye. rugi je. paling jimat kalau korang naik lori je reramai... sumbat je sampai jadi macam sardin dalam tin. hehe... jimat oi! 

ish nape ada orang kat belakang pulak... kacau je!

seyes aku teruja giles dengan tempat ni... senang je nak gembirakan aku kan. sebab aku macam budak kecik yang senang gile excited. tapi encik boypren suka cakap tempat ni lame! (eh bukan lama tau 'lame' in english tau). menyampah! i loike jeeee... tak kira nak datang sini beribu2 kali lagi. i-city ni kalau siang hari memang tak de maknanya (no meaning)... ye la watpe nak buka lampu2 tu siang2 kan. so kalau nak masuk free datang le siang ye. tapi hampeh takde pe2 la. ade props pokok2 dan replica2 binatang2 comel je. lampu warna warni tak de. tak indah la awak! so kena datang malam jugak. 

ahhh... cantikkkk nyeeee...

tengok gambar pon aku masih lagi rasa teruja... nak pergi lagi. kepada ibu2 bapa2 bawa la anak2 awak datang sini ye. kompem dorang suka. sebab saya suka! gentleman2 sekalian bawa la awek korang dating kat sini ye. sebab awek korang mesti suka punya. kalau dia tak suka. dia bukan perempuan! hah tak tau!! and ladies ajak la boypren korang dating kat sini ye... 

pokok beruban putih ni nampak suci je

kat sini pon ada kedai2 makan... boleh la dinner. lain kali aku pon nak dinner kat tempat yang indah ni la. pastu ada gerai2 jual barang comel2 dan pelik2... dan sume barang tuh mesti yang bercahaya2 punya. lip lap lip lap... lap lip lap lip... omel cangat! kesimpulannya tempat ni amatlah meriah... dan rasa bahagia je jalan2 kat sini. especially dengan yang tersayang... auwwww~~~~


rasa nak petik je lampu2 ceri ni

ok... habis sudah cerita tiga hari yang bahagia ni... sekarang encik boypren sibuk dengan kerjayanya... dan pasti la makin susah nak jumpa. T_T awak... saya doakan awak yang terbaik dan murah rezeki sentiasa supaya boleh la cepat2 masuk meminang. heee... ^_^ malu!





Monday, November 29, 2010

Cerita Cinta Tiga Hari (part 2)

ok.... dengan gediknya aku nak tayang date 2nd day kitorang. hihi. dah berbulan tak jumpa. mesti la dating hari2. (macam dah wajib kawin je... opss!). date ni dah lama sebenarnya... sebelom raya haji lagi. so 1st day dah pergi sunway piramid. 2nd day kita pergi jauh sikit dari shah alam. lepas breakfast kitorang pergi  PUTRAJAYA! sebabnya aku teringin nak pergi Alamanda. sumpah ni 1st time pergi. T_T jakun! 

sweet tak kitorang pakai kasut sama!

cuba teka yang mana gua? 
mesti lah baby blue kan. demm! selalu tak ingat kasut size apa. opss.. baru nak bagi hint kitorang buat apa!. ok la sapa tak tau dia memang jakun. :p ni kasut ape adik2??? bowlingggg! ye betul... lepas jalan2 pusing2 alamanda kitorang main bowling pulak sambil tunggu movie start. ^_^


bebola warna warni yang tak boleh dimakan!

sampai penuh bola kat situ. warna kuning 2 biji tuh aku punya. no 9 je. tak larat la berat2. encik boypren pon suka main yang 10 or 11 je. tapi geng sebelah tuh sume main bola berat2. pompuan pon main yang berat gak. fuyoo! tapi curi2 tengok point macam aku lagi hebat je. :p

encik boypren beraksi dengan penuh bergaya

fulamak... aksi melontar membaling bukan main superb. tup2 masuk longkang. hahaha... kesian encik boypren dah lama tak main bowling. tak leh nak tunjuk skill sangat. sapa suruh buat bola spin! padan muka! mengada... main je la bola lurus. kan! untuk menjaga maruah encik boypren aku tak dapat nak tayang point. yang pasti aku menang! muahahhaha...

aku memang tak reti senyum tutup mulut ni. haih!

selepas beraksi kita rehat dulu sementara tunggu movie start. eh aku tak cakap lagi kan kitorang tengok movie apa. kitorang tengok Megamind. hehe cite kartun animation memang favorite aku. suka sangat macam budak kecik dapat aiskrim. ^_^ penat aku gelak so aku bagi 10/10. panggung tuh penuh dengan mak budak bapak budak dan budak2. sebelah aku ada mak budak dukung budak kecik. aku dah Oh nO... kalau budak tuh bising time movie tuh memang nak kena. hehe. tapi budak tuh behave je. bagus3! 

secret recipe... shhhh...

 selepas bergelak ketawa dalam panggung. aku teringin nak memaniskan mulut dengan cheesecake. so kitorang pon pegi la secret recipe. aku punya cappucino cheesecake (kanan). encik boypren punya tiramisu (kiri). dah makan manis2 minum air kosong je la kan. walaupon terasa malu makan kek dan minum air kosong je sebab orang lain air sedap2 makan sedap2. so what! suka hati kitorang la. aku amat menjaga pemakananan ok! makanan manis harus dineutralkan dengan air kosong! ececeee... 
eh kat mana pulak ni?
on the way balik nampak banyak signboard taman2 kat putrajaya ni. apa lagi aku pon nak le pergi satu. so kitorang singgah Taman Botani. teruja dengan kehijauan taman ni. ahh... fresh air. oxygen everywhere... 
hai boleh kenal?
kita jalan je ikot lorong ni. tengok dia bawa kita pergi mana. lalalala...

cak!!!
hihi... stop jap. kita amik gambar. haih... bila nak sampai hujung ni. 
pose yang boring

ooo... kalau jalan sampai hujung nanti ada restoren seafood la. nampak tak gambar udang kecik kat belah atas kiri kepala saya tuh... celah2 tiang tuh. nampak tak? tapi restoren tu buka malam je. pekerja dia macam tengah sibuk2 buat preparation. ala... tak kan nak tunggu sampai malam pulak. lain kali la ye. awak.. nanti bawa saya datang dinner kat sini ye. ^_^ 

pandan gergasi

saya gelak2 cakap kat encik boypren "awak tengok ni macam pandan gergasi!" hahaha... pastu tiba2 terbaca sign dan memang betul ia adalah spesis pandan. ok sekarang nak kata apa? saya hebat sebab dapat teka ke? atau saya bodoh sebab tak tahu tu memang pandan. T_T

pokok kelapa tumpang glamor atau tumpang glamor pokok kelapa?

 sesudah berjalan2 ambil angin di tepi tasik. kitorang pon balik la. hoo yeahhh... esok dating lagi. nak pergi mana pulak ye?

 ^_^ maluuu...

Saturday, November 27, 2010

"Awak kena inject ni", kata abang doktor.

perluke ada 'abang' kat situ. gatal! aah memang aku gatal. satu badan aku gatal2 ni. lengan dan betis aku dipenuhi biji2 merah macam kena gigit nyamuk. tapi bezanya merah dia stay berhari2 tak hilang2. makin hari makin teruk makin hari makin merebak. sampai peha dengan pinggang aku pon dah start naik biji2 merah tuh dan gatal2. T_T serious teruk gila dan sangat menyedihkan tengok keadaan anggota badan aku ni.

kisahnya bermula minggu lepas masa aku first time pakai stoking tangan yang baru beli. konon2nya nak jadi muslimah la kan nak pakai mende tu. tapi cerdik pandai sungguh aku excited main pakai je tak basuh dulu. amik ko lengan aku gatal2. tapi macam tak teruk sangat pon. lepas tu aku datang shah alam duk umah mak cik aku. dan sekarang ni umah mak cik aku dilanda wabak pijat. mak cik aku sampai 3 bulan tak makan ayam sebab dia ingat dia alergi ayam. tapi rupanya pijat punya pasal. korang tau tak pijat tu apa? atau nama omputihnya bedbugs. tengok sini <link> atau sini <link>.serangga ni suka main sorok2 dan memang susah nak jumpa. so kena gak cari punca dia kalau nak hilangkan dia.

ni la binatang haram tu. abis badan aku gatal2.
pijat ni tak tau macam mana boleh membiak kat umah mak cik aku ni. tilam bantal mak cik aku sume kena. sampai sofa pon kena. sebab aku selalu duk kat sofa tu la aku kena. geli gila ok bila nampak serangga ni. macam lipas tapi kecik gila macam sebesar kerengga kot. dan telur2 dia merata2 boleh nampak kat kusyen2 sofa tuh. eeeuwwww!! so semalam kitorang pon buatlah operasi membasuh semua sarung2 kusyen tuh. dan jemur sume kusyen2 tuh. harap2 sume pijat tuh dah hilang. tolong la hilang. aku dah tak sanggup lagi dah.

semalam kuar dengan encik boypren lepas dia abis keje. dia nak terus balik muar tapi singgah jumpa aku jap kat shah alam. sweet tak? hehe. boleh pulak dia tak bawa baju nak tukar. dia pakai uniform keje lagi. tapi terkejut aku tengok dia sebab 'matured gila boypren aku sekarang'. haha. orang bekerjaya la katakan. patutnya aku snap gambar dia sebiji! lepas makan kat Ani Sup Utara kat seksyen berapa ek lupa la tapi dekat2 dengan seksyen 9 la. sedap gak macam bese aku makan sampai licin. aku makan soto dengan jus tembikai. encik boypren makan bakso dengan jus kedondong. tapi dia tak suka sangat jus kedondong tu sebab kat hujung2 ada rasa pahit2 sikit. sekarang ada promosi jus buah jadi harga dia RM 1 je. kalau tak ada la dalam 3 ringgit lebih. (rasa2 kalau 3 ringgit aku order ke tak ek?). sebab jus dia bese je la tak de kaw mana pon. dan aku rasa kedai ni baru lagi ni.

lepas makan aku cakap kat encik boypren rasa macam nak pergi klinik je sebab makin teruk la gatal2 ni. encik boypren pon terkejut tengok lengan2 aku yang penuh dengan biji2 merah ni. so  kitorang pon mencari klinik menggunakan gps yang map ntah bila last update tuh. so pergi la klinik paling dekat dalam gps tuh. sampai je kat tempat tuh... mana klinik? haha. lawak gila. yang ada cuma kedai kosong. pastu pergi la klinik kedua paling dekat dalam list gps. (semua nama2 klinik tu aku lupa... sebab aku memang pelupa! T_T) hahaha. ni macam paling lawak sebab klinik tuh klinik 'bersalin'. hahahahha... so aku pon ajak la encik boypren pergi seksyen 18 sebab aku pernah pergi salah satu klinik kat situ. so maknanya kompem la ada klinik kan. kecuali kalau dia da tutup macam klinik 1st tadi. ok jom!

mak aih... meriah sungguh seksyen 18 tuh sekarang. nak cari parking pon susah. dulu empat tahun lepas tak de la meriah macam ni kot. ok banyak sangat la pulak klinik kat situ. mana satu nak pergi. so aku choose klinik noor hajar (ye kot nama dia) sebab aku nak doktor pompuan. ye la nak tunjuk lengan aku yang buruk ni malu ar kalau doktor laki. dan sebab klinik tu macam tak ramai sangat sebab dia bukan agent clinic kot. oh...oh... oh... dan ia juga klinik keluarga. semua yang pergi mesti ada laki bini dan anak2. tiba2 aku dan encik boypren rasa macam laki bini plak. (ok gedikss!)

bila nama aku dipanggil aku pon cepat2 la masuk bilik doktor tuh.  dan @_@. terbeliak jap mata aku kat pintu masuk tuh sebab rupanya doktor laki-laki. ye abang doktor. muda you pakai baju fit lagi! haha. ok harap dia tak baca ni. aku rasa dia perasan la muka terkejut aku tadi. jangan dia ingat aku syok kat dia sudah. no time! so dia tanya sakit ape. aku pon cerita la pasal stoking tangan dan pijat tuh. paham2 je la kalau aku dah bercerita macam mana kan. berjelaaaaa... mesti ar aku tak nak dia bagi salah ubat. so kena bagi detail punya. dan pon tunjuk la lengan aku ni kat dia. cover malu weh. kena act professional! tak leh segan2! so aku cakap la betis aku sume pon macam lengan tuh gak. hellooo... takkan nak tunjuk betis kat dia gak kan! lepas tu dia cakap "Awak kena inject ni" sebab kalau tak lambat hilang. huh! terkejut aku. inject! ok cool far cool. aku jawab je OK. masa dia tengah prepare jarum tuh. aku senyap je sebab tengah cuak mana la dia nak inject. kalau kat bontot camne? malu kuasa dua weh! arghhhh.... then dia tanya nak inject belah mana? fuhh lega makna kat lengan la kan. ok kiri please! terpaksa la aku selak lengan cardigan aku sampai atas. nasib baik lengan cardigan tu boleh selak. kalau tak leh camne? naya kalau kena buka cardigan tuh. T_T tak kena inject kat bontot pon dah nasib baik gila. fuhh! lengan kiri aku kebas gila lepas kena inject. balik umah ngadu call umi then umi cakap sapu minyak panas kat tempat kena inject tuh. lepas tuh aku terus tido walaupon baru pukul 10.30.

lepas tu aku dapat ubat dua jenis. satu ubat tahan gatal. satu lagi ubat alergi. total RM 32. ok not bad la kan. aku pon pelik nape tak bagi ubat sapu. bila balik baru sedar tak de ubat sapu bila umi tanya. dan pagi ni encik boypren pon tanya. tak kisah. sapu minyak panas pon ok je. tapi aku sapu cream panas tau, lagi best. cream halia yang tengah popular untuk kuruskan badan tuh. ala yang macam iklan nora danish tuh. tapi aku pakai jenama yusmira. konon nya nak kurus tapi aku malas nak pakai. selalunya cream tu aku guna untuk ganti minyak panas je sebab effect dia lagi best. macam kalau sakit perut ke kena gigit nyamuk ke. betul best. cream yusmira tuh memang all purpose pon. boleh jadi ubat sapu. jenama lain aku tak tau pulak kan.

tadi aku tanya doktor tuh nape aku je kena teruk. mak cik aku cam bese2 je. doktor tu cakap sebab depends pada sensitivity badan kita. immune system kita. so kira kulit or darah aku ni macam alergi la dengan pijat tuh. bila dah kena gigit sekali. abis dia merebak kat tempat lain sebab badan aku tengah berusaha nak menolak jangkitan tuh. so biji2 merah dan gatal2 ni macam inflammation effect pada jangkitan tu la. (ingat2 lupa apa aku belajar dulu -_-') so bukan la si pijat tuh datang ramai2 pakat gigit badan aku ye. disebabkan seekor pijat je kot badan aku jadi camni. bahaya wooo pijat ni.

Kesimpulannya korang sume pon kena la jaga kebersihan rumah korang ye. (opss...tidak bermaksud nak mengata mak cik aku). make sure pengudaraan cukup, bagi cahaya masuk., selalu basuh cadar or sarung kusyen, jangan bagi closet korang bersepah, selalu sapu lantai or habuk2 dan sebagainya. jangan bagi pijat membiak dalam umah korang. sebab serangga ni walaupon kecik tapi sangat2 bahaya.


p/s: ok panjang gilaaaaa... terima kasih pada yang sudi baca dari awal sampai abis. ^_^ sekarang ni pon tangan kiri aku masih rasa kebas2 sebab kena inject. 


Cerita Cinta Tiga Hari (part 1)

patut nya tajuk tu cerita dating tiga hari... ada aku kisah? muahahah... cerita cinta lagi sweet kot. seperti diwar-warkan ari tu aku dating tiap2 hari sampai tak update blog. so what aku nak cerita pasal aku dating... walaupon aku  bukan selebriti tapi at least aku tak sorok2 macam selebriti kan. teehee... ^_^

"cedapnye waffle kaya dengan butter ni" kata encik boypren.
1st day pergi buat medical check up encik boypren kat shah alam  jap dua jam. lepas tu lepak kat sunway piramid sampai petang. 

over gila expresi muka. makan waffle peanut butter coklat je kot. daa!
sebelom tengok wayang kena alas perut dulu sebab nak makan proper tak sempat. movie 'Unstoppable' dah nak start. ok seriously movie tu memang awesome powsome. best gempak gila cun! dah lama tak tengok movie best. sesapa yang belom tengok sila la tengok. aku bagi 10/10. 

OMG... apsal tembam sangat ni! lepas raya berkilo2 berat aku naik dan terang2 dia pegi kat situ... bila pipi dah besar dari mata. 
 rambang mata kot tengok baju cantik2 tapi harap beg je besar isi takde. kalau aku ada magic tukar daun jadi duit kan best. T_T aku siap declare nak beli ada sebiji kedai kat situ. bukan nak jadi tauke kedai tapi nak jadikan kedai tu wardrobe aku. arghhh... nak shopping!

asam laksa from laksa shake shack. 
boleh tahan gak asam laksa ni. satu set sekali dengan bandung cincau dengan otak-otak dua batang. aku makan sampai licin maknanya sedap le kan. kalau tak sedap aku tak makan. eh ye ke tapi rasanya sume makanan aku cakap sedap. ^_^

haiyaa... encik boypren nape lu potong kepala gua. 
lepas tengok movie kita makan dulu. sebelom makan kita posing dulu. lepas makan kita lupa posing. hooyeahh! ular sawa kekenyangan.

hak ni encik boypren punya. nasi ayam something2.
encik boypren tak suka makan laksa so dia order nasi ayam ntah apa nama ni. sedap gak la. nasi ayam ni special dia kat sos ayam tu je kot.

amik lu! tadi potong kepala gua ye. gua potong kepala lu jugak!
lepas makan ni aku tak ingat kitorang buat apa. cam terus balik je. penat jalan sebab aku pakai wedges tinggi baru beli tuh. ada kat entri ni. sampai aku lagi tinggi dari encik boypren. hehe.

eh apasal macam dah panjang sangat entri ni. baru hari first. hehe. ok terpaksa la dibahagikan kepada part2 pulak. sekian untuk part 1. 

-_-'

Wednesday, November 24, 2010

Saya sibuk! (bajet je)

mak aih... ingatkan semiggu. rupanya dah 2 minggu tak menulis. last entri masa baru sampai shah alam. entri ni pon baru sampai shah alam gak. macam2 dah jadi dalam 2 minggu ni. tapi serious malas nak start menulis balik bila dah tinggal beberapa hari.

memang la beberapa hari lepas last entri sibuk gila kot. sibuk ke sana ke sani. atau lebih spesifiknya sibuk dating! hehehe... almaklumlah dah berbulan tak jumpa encik boypren. bila dah jumpe amik kau tiap2 hari dating. ^_^ hihi... malu i.

lepas tu balik kelantan raya haji. dah bertahun2 tak raya dengan family. alhamdulillah tahun ni beraya sakan dengan mereka. baju raya pon dua pasang. jangan jeles. hehe. tapi yang dahsyat nye. tiap2 hari makan daging kot. almaklumlah lambakkan daging. ada la 5 hari berturut2 makan daging. dush! pemakanan yang sihat! (sinis T_T)

dan sepanjang 2 minggu ni sangat malas nak online. on laptop pasang broadband. buka fb. buka blog. baca2 sikit. buka game fb. check email. cabut broadband. off laptop. ye... memang sangat malas!

dan semalam datang shah alam balik. naik bas double decker. cuak gila sebab first time dan duk atas pulak tu. tapi terima kasih mahligai eh pak cik driver mahligai. anda memang pemandu yang berhemah. rasa selamat dan alhamdulillah selamat sampai walaupon agak lewat. biar lambat asal selamat.

sekian.

p/s: bila dah lama tak menulis rasa nak membebel je. eh lupa pulak... selamat hari rayaaaa~~~


Wednesday, November 10, 2010

Selamat Malam Kuala Lumpur

1. sudah selamat sampai ke shah alam selepas perjalanan bas yang berjam2. Alhamdulillah pemandu boleh dikatakan memandu dengan cermat dan berhemah. (erkk.. ye ke).

2. penat dan letih dan lesu (ada perkataan seerti lagi?)... nak tido lah.

3. oh... saya naik bas mahligai. (promosikah?)

4. broadband menyakitkan hati sebab sangat lembab walaupon ada 3G. (mengapakah?)

5. niat untuk membalas kunjungan dan berterima kasih kepada follower dan berjalan2 alam maya masih terbantut dari semalam lagi. maaf ye.

6. nak tulis new post ni pon berkali2 kena refresh... bersungguh2 tak saya?

7. doakan broadband saya menjadi broadband cerdik pandai yang laju.

8. esok mahu pergi dating. hihi... tak sabar.

9. tahniah kepada encik boypren kerana akan menjadi ahli keluarga perodua. esok kita celebrate ye. (dapat kereta free ke sebiji? ) ^_^

10. dan saya akan menjadi ahli keluarga apa? T_T

11. dapat selendang baru... bila nak pakai ye. esok? lusa kot.

11. mari tidoooo~~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...