situasi 1
perempuan: awak... tadi saya jumpa sorang mak cik ni. dia cite pasal anak dia... anak dia.... bla... bla... bla...
lelaki: hemm... (sambil makan ayam goreng KFC)
perempuan: pastu saya pergi... bla... bla... bla... pastu saya... AWAK!!! dengar tak saya cakap ni? eeeee awak ni selalu macam tu!
(gaduh~~~)
situasi 2
perempuan: wah... cantik nye baju2 ni. cantik nye kasut2 ni. nak beli lah.
lelaki: beli lah.
perempuan: tapi tak tau nak beli yang mane. emm... nak beli yang mane ni.
lelaki: beli lah yang awak suka. yang awak cakap cantik tuh.
perempuan: tapi sume pon cantik. tak tau nak pilih yang mane ni. mane boleh beli sume.
(selepas 30 minit... masih memilih)
situasi 3
sedang menonton cite ultraman taro, tiba2 iklan pulak.
lelaki: (menukar2 channel tak henti2 dengan remote di tangan)
perempuan: awak... dah la tuh. pening kepala saya tgk skrin tv ni.
lelaki: ala. kan iklan. tengok la channel lain jap.
situasi 4
perempuan: awak kita kat mane ni. macam dah sesat je. kita tanya orang la macam mane nak pegi A&W tu.
lelaki: malas la. pakai je gps ni.
perempuan: tanya je la. kan ramai orang kat sini.
lelaki: awak je la tanya. saya tunggu sini.
(perempuan jugak yang pegi tanya)
------------------------
hah. penah tak awak berada di situasi macam ni. tak kisah la. awak jadi perempuan ke jadi lelaki ke. tapi walau macam mana sehati sejiwa pon pasangan tu mesti akan ada situasi2 yang berkaitan dengan jantina macam ni. sebabnye otak perempuan dengan lelaki memang tak kan sama punya. dalam islam pon ada cakap "lelaki ada satu nafsu sembilan akal. perempuan ada sembilan nafsu satu akal".
sebab tu la. perempuan biasanya akan berfikir masak2 dulu sebelom buat satu keputusan tak kira la kecik ke besar. tapi lelaki pulak biasanya memang cool dan amik mudah dalam semua banyak perkara kan. sebab tu la perempuan lebih sensitif dan mudah menangis atau gembira (senang excited la maksudnya) berbanding dengan lelaki. sebab tu la.... ok saya tak nak cakap banyak sebab saya bukan professor psikologi jantina ni. so meh kita tengok apa yang ada dalam otak2 lelaki dan perempuan ni. apa yang membezakan cara pemikiran lelaki dan perempuan.
gambar2 ni dah lame saya simpan dalam handphone tapi selalu lupa nak share. masa mula2 saya tengok gambar ni baru saya paham gerak geri dan tingkah laku encik boypren saya. ohhh... patut leeeee....
p/s: situasi di atas hanya lah rekaan semata2. tiada kaitan antara yang hidup atau mati. kalau sesape nak share pengalaman sendiri dipersilakan. =)
8 comments:
mcm betul je..heheehe:)
heheeeee..
betul kan cik cyida? hihi.
ye encik budinol. hehehhee...
Aku tau kau download from background app tu kan. Aku pun tgk gak gmbr ni dulu.
haha. of coz. it's my favorite iphone's apps.
siyez mmg betul..hihi..boy suka sikap cool..semua menda relax..girl lain lebih teliti.. ;)
he2..laki sempoi je..
cik tom: exactly!
cik epal: hahaha... rekaan semata2. mungkin juga dipengaruhi pengalaman sndiri. hehe.
diriku: sempoi tuh boleh memakan diri. ;p
Post a Comment