Friday, October 29, 2010

Jangan makan timun dengan madu!


Umi saya cakap madu tak boleh makan dengan timun. sebab boleh bawa MAUT! hah bukan setakat mabuk pening2 tau. maut ni! ish bila dah cakap pasal maut takut la saya. tapi tetap tak puas hati. saya tanya la ye ke? mana tahu? siapa cakap? betul ke ni? umi jawab orang la cakap. ye la orang tuh siapa? dan tiada jawapan di situ. ish tak boleh jadi ni. betul ke ni. tak kan saya nak pergi eksperimen pulak. takut la. kalau awak sudi buat la. nanti bagitau saya tapi jangan datang kat saya bila dah jadi hantu pulak ye. ngeheheh...
lepas tu baru saya ingat eh timun? timun batang (timun makan dengan nasi lemak tu) ke timun cina (tembikai le)?sebab orang kelantan panggil dua2 pon timun! kan dah konfius sekarang ni! aduh macam mana ni. abis yang mana satu ni. umi cakap tak kisah la asalkan mentimun maknanya dua2 la. tapi bila saya fikir balik. orang makan sate dengan timun atau BBQ pon dengan timun jugak (obviously timun batang ye) sebab nak hilangkan karbon masa bakar tu kan. then resepi sate dan BBQ ni pulak banyak yang pakai madu kan nak bagi sedap. maknanya selamat la timun batang makan dengan madu ni ek? ye ke? ntah la. cuak ok! lepas tu saya google la. google punya google. susah pulak nak dapat info pasal timun dengan madu ni. jadi saya rasa bukan timun batang yang dimaksudkan.
then saya cari info pasal tembikai dengan madu pulak. ish susah jugak nak dapat info (mungkin saya yang tak reti T_T). tapi jumpa jugak walaupon susah. "Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut." dan ada la beberapa lagi yang saya jumpa. semua pon warning lebih kurang macam ni je. jadi saya tetap tak puas hati sebab tak jumpa reason dia (saintifik reason terutamanya). arghhhhh... kenapa? siapa yang tahu boleh bagitau tak? tapi saya rasa la madu asli je yang tak boleh kot. madu yang jual kat supermaket tuh boleh kot sebab dah tak berapa asli kan (amboi suka hati je rasa2 kalau mati anak orang sape nak jawab)!
jadi nasihat saya jangan lah makan tembikai dengan madu ye tak kisah la madu kampung ke supermaket ke kacang madu ke ape ke. cuak ok! (timun batang pon saya dah cuak gak ni) dah la tembikai tu favorite saya. kena la hati2 lepas ni. -_-






p/s: kepada bini tua bagi je madu aka bini muda kamu makan tembikai. hehehehe.... nasihat keji!

6 comments:

budinol said... [reply]

aish. awk ni. semenjak dua menjak ni slalu betul ckp psl madu2. ni. teringin ye... Ups! :p

farhah adeli @ far said... [reply]

hahaha... yg awk terasa tuh knape? ;p

salim salim said... [reply]

Tak ada apalah...saya pernah ke dapur waktu malam. Tengok atas meja ada timun cina. Makan je lah. Lepas itu tak ingat terus ambil madu asli telan 2 sudu. Lepas baru ingat kata orang madu takleh makan bersama timun cina. Jadi racun. Tapi saya makan tadi tiada apa apa pun.

Unknown said... [reply]

kalau dah termakan. canane cara nk ubati

Anonymous said... [reply]

sy minum bublebee dgn tembikal skrg

Anonymous said... [reply]

sy makan madu dengan timun cina sedap lah...takde kajian yg megatakan jadi racun sebab madu sifat dia mengubati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...