Sunday, October 31, 2010

Aku Perempuan Kau Lelaki


situasi 1

perempuan: awak... tadi saya jumpa sorang mak cik ni. dia cite pasal anak dia... anak dia.... bla... bla... bla...

lelaki: hemm... (sambil makan ayam goreng KFC)

perempuan: pastu saya pergi... bla... bla... bla... pastu saya... AWAK!!! dengar tak saya cakap ni? eeeee awak ni selalu macam tu!

(gaduh~~~)


situasi 2

perempuan: wah... cantik nye baju2 ni. cantik nye kasut2 ni. nak beli lah.

lelaki: beli lah.

perempuan: tapi tak tau nak beli yang mane. emm... nak beli yang mane ni.

lelaki: beli lah yang awak suka. yang awak cakap cantik tuh.

perempuan: tapi sume pon cantik. tak tau nak pilih yang mane ni. mane boleh beli sume.

(selepas 30 minit... masih memilih)



situasi 3

sedang menonton cite ultraman taro, tiba2 iklan pulak.

lelaki: (menukar2 channel tak henti2 dengan remote di tangan)

perempuan: awak... dah la tuh. pening kepala saya tgk skrin tv ni. 

lelaki: ala. kan iklan. tengok la channel lain jap. 


situasi 4

perempuan: awak kita kat mane ni. macam dah sesat je. kita tanya orang la macam mane nak pegi A&W tu.

lelaki: malas la. pakai je gps ni. 

perempuan: tanya je la. kan ramai orang kat sini.

lelaki: awak je la tanya. saya tunggu sini.

(perempuan jugak yang pegi tanya)

------------------------
hah. penah tak awak berada di situasi macam ni. tak kisah la. awak jadi perempuan ke jadi lelaki ke. tapi walau macam mana sehati sejiwa pon pasangan tu mesti akan ada situasi2 yang berkaitan dengan jantina macam ni. sebabnye otak perempuan dengan lelaki memang tak kan sama punya. dalam islam pon ada cakap "lelaki ada satu nafsu sembilan akal. perempuan ada sembilan nafsu satu akal".

sebab tu la. perempuan biasanya akan berfikir masak2 dulu sebelom buat satu keputusan tak kira la kecik ke besar. tapi lelaki pulak biasanya memang cool dan amik mudah dalam semua banyak perkara kan. sebab tu la perempuan lebih sensitif dan mudah menangis atau gembira (senang excited la maksudnya) berbanding dengan lelaki. sebab tu la.... ok saya tak nak cakap banyak sebab saya bukan professor psikologi jantina ni. so meh kita tengok apa yang ada dalam otak2 lelaki dan perempuan ni. apa yang membezakan cara pemikiran lelaki dan perempuan. 

gambar2 ni dah lame saya simpan dalam handphone tapi selalu lupa nak share. masa mula2 saya tengok gambar ni baru saya paham gerak geri dan tingkah laku encik boypren saya. ohhh... patut leeeee....


p/s: situasi di atas hanya lah rekaan semata2. tiada kaitan antara yang hidup atau mati. kalau sesape nak share pengalaman sendiri dipersilakan. =)

Saturday, October 30, 2010

Indahnya fotografi 2

emm... baiklah. untuk mengelakkan orang cakap 'eleh... betul ke si far ni edit ni?'... 'ntah2 gambar tu memang dah cun pastu dia tulis2 je kat atas, itu kalau macam tu aku pon boleh buat!'... dan sebagainya yang berunsur musykil...

haiyakkkk.... meh saya tempis! berkerut2 saya cari dan cari belek sana belek sini. nak cari gambar raw! sebagai bukti! fuhh... jumpa pon. seketul kat sana seketul kat sini... yang penting jumpa!

ni dia gambar2 raw sebelom make over jadi macam kat entry Indahnya fotografi. hah sekarang percayalahhhhh..... (nyanyi lagu siti)



jeng...



jeng...



jeng...



yang 3 ketuls nih gambar sendiri tangkap leleh punya. pakai compact camera casio exilim je.
















encik boypren sebagai model.
















roommate encik boypren sebagai model. (ni encik boypren yang tangkap)
















gabungan model2 di atas.


yang ni pulak hasil tangkapan encik bart dengan dslr cap nikon nye (tak ingat nikon ape).










































gambar gunung ganang tuh (tempat tuh nama grand canyon ye) saya tak jumpa yang raw. so saya letak ni la sebagai contoh sebab file dia pon DSC maknanya pakai dslr nikon la kot. tapi saya tak pasti siapa punye (yang pasti member saya jugak). hemm pinjam ye awak.















encik bart sebagai model.


so boleh nampakkan beza. yang pakai compact camera tu memang banyak saya edit. tapi yang dengan dslr ni touch up sikit je pon dah cukup.

ahhh.... lega dapat tunjuk bukti... hoooyeaaahh!

p/s: saya edit pakai microsoft office picture manager je. untuk effect yang fancy2 saya pakai picnik.com.

Indahnya fotografi

tadi belek2 album lama terjumpa satu folder 'art 3'. oh rupanye gambar2 assignment kelas art 3: visual image on web encik boypren yang saya tolong buat. (opss.. kantoi buat assignment encik boypren... hehe) tapi saya tolong buat tang gambar je ye. lain2 dia buat sendiri. sebab saya mmg suka tengok gambar cantik. suka edit2 bagi cantik. nak2 pulak kalau gambar dari dslr lagi berganda cantik bila edit. marvelous gitu!

insyaAllah ada rezeki saya pon nak sebiji nik bin on tuh. (nikon le!) dulu almost nak beli tapi ntah macam mana tak jadi. so sekarang kena la menabung semula. haih... berusaha!!

sebelom tuh saya nak bagi credit kat kawan saya encik bart dan nik bin on nye untuk gambar2 raw sebelom saya kerjakan ye. tapi... tak ingat yang mana... rasanya ada jugak seketul dua tuh hasil tangkapan sendiri ye (bangga... hehe...).

so ni lah dia beberapa gambar favourite yang saya dah edit (rasa bahagia je bila dapat kerjakan gambar2 tuh). oh saya tak pakai photoshop sebab tak reti (teringin nak belajar tapi malas nk install dalam laptop sebab besar sgt file dia). gambar2 ni saya dah adjust colour, lighting, contra, tulis2 cket... macam2 lah nak bagi jadi camni.......

toink...


toink...


toink...







































































































p/s: siapa2 nak promote ape2 software online ke offline ke yang best2 untuk edit gambar dipersilakan ye... =)

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

emm... mulanya sangat segan nk buat entry ala2 contest ni. sebab saya ni masih lagi bayi yang terbaring kat atas tilam. merangkak pon x reti lg. T_T ... abaikan entry dahulu kala yang lebih kepada self-esteem (hey memang dulu ini macam diary ok!) dan sekarang saya nak belajar dunia blogging ni. dunia sharing caring ni ok. supaya blog ni lebih bermanfaat! oh tiada niat untuk mencari publicity hanya mengambil kesempatan. hehe... dah lama tahu pasal program ni tapi ignore je sbb keseganan yang menebal. tapi bila encik ben membuka peluang terakhir...mungkin (ish macam saje je nak suruh saya pikir balik... grrrr).

berpegang pada kata2 ni,
"which hurt the most: saying something and wishing you had not,
or saying nothing and wishing you had?"

my answer: definitely saying nothing wishing you had la akan terasa sakit pedih ibarat dicucuk duri cactus. walau tak berdarah tapi bisa nye sungguh... berbisa! (pengalaman sendiri -_-) aduhhh... 

jadi saya pon memberanikan diri to join the club! oh lupe pulak. ini blog header ben ashaari. sebelom ni saya dah cakap pasal blog ni kat entry 'tulis blog pon boleh popular' kan. blog yang penuh kontroversi ni. sehari berkali-kali saya terjah sebab berkali-kali abang ni update. pandai2! good strategi.













buah cempedak di luar pagar,
amik galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

sekian.

p/s: encik boypren. jangan jeles saya letak gambar abang ni ye. jangan risau ni laki orang. =p

Friday, October 29, 2010

Jangan makan timun dengan madu!


Umi saya cakap madu tak boleh makan dengan timun. sebab boleh bawa MAUT! hah bukan setakat mabuk pening2 tau. maut ni! ish bila dah cakap pasal maut takut la saya. tapi tetap tak puas hati. saya tanya la ye ke? mana tahu? siapa cakap? betul ke ni? umi jawab orang la cakap. ye la orang tuh siapa? dan tiada jawapan di situ. ish tak boleh jadi ni. betul ke ni. tak kan saya nak pergi eksperimen pulak. takut la. kalau awak sudi buat la. nanti bagitau saya tapi jangan datang kat saya bila dah jadi hantu pulak ye. ngeheheh...
lepas tu baru saya ingat eh timun? timun batang (timun makan dengan nasi lemak tu) ke timun cina (tembikai le)?sebab orang kelantan panggil dua2 pon timun! kan dah konfius sekarang ni! aduh macam mana ni. abis yang mana satu ni. umi cakap tak kisah la asalkan mentimun maknanya dua2 la. tapi bila saya fikir balik. orang makan sate dengan timun atau BBQ pon dengan timun jugak (obviously timun batang ye) sebab nak hilangkan karbon masa bakar tu kan. then resepi sate dan BBQ ni pulak banyak yang pakai madu kan nak bagi sedap. maknanya selamat la timun batang makan dengan madu ni ek? ye ke? ntah la. cuak ok! lepas tu saya google la. google punya google. susah pulak nak dapat info pasal timun dengan madu ni. jadi saya rasa bukan timun batang yang dimaksudkan.
then saya cari info pasal tembikai dengan madu pulak. ish susah jugak nak dapat info (mungkin saya yang tak reti T_T). tapi jumpa jugak walaupon susah. "Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut." dan ada la beberapa lagi yang saya jumpa. semua pon warning lebih kurang macam ni je. jadi saya tetap tak puas hati sebab tak jumpa reason dia (saintifik reason terutamanya). arghhhhh... kenapa? siapa yang tahu boleh bagitau tak? tapi saya rasa la madu asli je yang tak boleh kot. madu yang jual kat supermaket tuh boleh kot sebab dah tak berapa asli kan (amboi suka hati je rasa2 kalau mati anak orang sape nak jawab)!
jadi nasihat saya jangan lah makan tembikai dengan madu ye tak kisah la madu kampung ke supermaket ke kacang madu ke ape ke. cuak ok! (timun batang pon saya dah cuak gak ni) dah la tembikai tu favorite saya. kena la hati2 lepas ni. -_-






p/s: kepada bini tua bagi je madu aka bini muda kamu makan tembikai. hehehehe.... nasihat keji!

Thursday, October 28, 2010

Tulis blog pon boleh popular?

wah tak sangka rupanye ramai blogger yang popular. baru beberapa hari saya merajinkan diri baca blog. ada la jumpa beberapa blog (macam mana jumpe pon tak ingat)... well it's all about 'link'! click then click then click sedar2 dah ada kat rumah (homepage) orang. best jugak baca. macam2 ada. ada yang memang berusaha gile nak popular di dunia blog. ada yang cuma cakap pasal personal stuff je (tapi popular), ada yang tulis tips2 macam mana nak jadi blogger (padahal sendiri pon tak popular mana pon...hehe sori), ada yang serious tulis pendapat itu ini information itu ini... boring! (eh tapi bila kita perlukan maklumat blog macam ni jugak akan tolong kan!). and so on... macam2 jenis blog saya jumpe.

so wujud la satu folder baru bertajuk "blogger" di bookmark google chrome saya ni. mana yang saya rasa best saya bookmark la. makin hari makin bertambah panjang list tuh. dan saya pon dah rajin follow2 orang ni. kawan saya pernah cakap dia suka baca blog ben ashaari. mulanya saya tengok2 je. lepas tu saya start baca2. rupanye best jugak baca blog ni ye. tapi bukan semua blog la. certain blog yang saya rasa menarik la. "menarik" bagi seseorang individu kan sangat subjektif. susah nak explain. tak semestinya saya suka awak suka. atau awak suka saya pon suka kan? ada je blog yang popular tapi saya tak berkenan sangat pon (suka saya punya hati la!) lepas tu saya jumpa blog hanis zalikha. ni blog paaaaaling popular saya pernah jumpe (maybe sebab dia celebrity kot). tapi saya rasa blog dia menarik. banyak mende best dia share (untuk perempuan especially!) pastu ntah macam mana saya jumpe cik epal pulak. dia bukan celebrity pon tapi ramai orang suka dia (jeles!) lepas ni saya harap saya jumpe lebih banyak blog menarik. membaca kan amalan mulia! oh pastinya saya tak suka blog gossip celebrity atau politics! not my cup of sweet tea...

saya rasa tak perlulah tulis blog dengan niat nak popular. berusaha nak popular. tak perlu semua tuh. tulis dengan hati yang ikhlas. tulis untuk berkongsi. and be yourself ok! tak perlu struggle perah otak cari topik baru untuk tulis. be spontaneous! tulis je apa yang terlintas di fikiran. sebab tu la kena banyak membacaaaa! sebagai contoh bila baca something ade je bende came across my mind yang saya nak share kat sini. tapi tak kan la setiap satu jam saya nak tulis pulak kan. but reading is just a helper sebab bagi saya "you are what you wrote" bukan you are what you read. kalau baca semua orang pon boleh baca bende sama kan. tapi bila tulis tak semestinya tulis bende yang sama walaupon tajuk dan topik yang same! betul x? tapi tak kisah lah. blog awak! awak punya pasal lah nak tulis ape! (ada aku kisah! haha...)

p/s: "Fill your paper with the breathings of your heart" - William Wordsworth

it's a regret when it start with 'if"

hemm... malam2 macam ni memang senang sangat terlayan perasaan. it's a mix feeling. not sure how to describe! macam susah hati, sedih, risau... semua ada... macam2 lah! awak mesti pernah rasa punya... rasa macam ada something tengah ketuk2 cubit2 tumbuk2 hati awak. rasa macam gatal2 je (tapi camne nak garu hati!). hah... macam tu la rasa dia. tak senang duduk!

sebenarnya saya jeles tengok orang lain. yang dah kerja! kawan2 yang belajar kat malaysia semua dah kerja (ok maybe not semua but mostly!) saya ni nama je belajar jauh2 tapi... camni je! saya pon nak kerja... saya bosan sangat duk kat rumah. saya tak suka duduk je tak buat pape. rasa macam useless je. ye saya tau... saya memang malas tapi kalau dah buat something i give all my efforts to it tau! sekarang ni saya rasa macam haiwan peliharaan (opss sounds too harsh!)... ok macam pet je. pet? ye pet yang comel macam meow! lepak doing nothing but eat and play and gaining weight of course! (eh kucing pon tahu exercise tau! kau je tak far!) T_T

dan makin menambah ketidak senangan duduk adalah $$$. semakin surut sampai terpaksa guna savings which i don't want to. savings is savings! nanti kena ganti balik... oh banyak nye hutang!!! (but hutang dengan diri sendiri xpe kan) and as i said saya bosan. (dah tu pergi la keluar. jalan2 ke lepak ke apa ke!) ye saya tau tapi kalau ini $$$ xde macam mana nak keluar. ada paham!

then baru sedar... eh baru 20 hari mencari kerja of course la belum jumpa...yang sesuai! belum ada rezeki... sabar laaaa... ingat senang ke! (tapi saya dah tak sabar T_T) tapi kan 'kalauuu'... and now comes the word 'kalau'... kalau saya awal2 lagi cari ntah2 dah dapat kan? kalau saya... kalau... yes! i am! regret!

tapi salah ke saya nak rehat dulu. salah ke saya nak spend time dengan family dulu. salah ke saya nak puasa and raya puas2 dulu dengan dorang after 4 years apart. salah ke saya tinggal kat kelantan. ye sebab tu la saya baru mencari. sebab bukan senang nak ulang alik kelantan-KL-kelantan-KL ok!

em pape je la. saya dah malas nak cakap. yang penting....sorry to all readers. this entry is more like writing to myself! (seperti bermonolog gitu). dan sekarang i feel much2 better. it's always better when sharing. right? leganyeeeee... good nite. i'm going to bed! (oh tengok di atas... dan baru sedar...O_O panjangnyeeeee!)

Wednesday, October 27, 2010

KB mall kebanggaan kelantan

hahaha... ok tajuk sangat poyo kan. so what? betul pe. saya bangga tau jadi orang kelantan. hari ni dah masuk 4 bulan 12 hari saya ada di pasir mas, kelantan (ok minus seminggu pegi terengganu). dan sebenarnya ni merupakan tempoh yang paling lama saya ada kat sini sejak umur saya 15 tahun semenjak masuk asrama sampai la habis belajar. wah lamanyeeee... (sendiri baru sedar)! dan kesan sampingan nye pasti lah... makin tembam! aduhhhh...

eh lupa pulak... semalam lepas asar saya pegi kb mall. tujuan nye... emm... ada la! tapi bukan shopping pon. kocek kosong apa macam mahu shopping. haiyyaaa... so cuci mata je le. T_T

then tiba2 terajin pulak snap gambar. camera phone je pon. ala bukan nye gempak pon... bukan nye macam pro. suka hati kamu la kalau nak cakap macam iklan ribena "biasa je gambar dia!" blog saya suka hati saya la nak buat ape. hahaha...
















bila nak abis ni... lepak jap!
















sempat lagi orang belakang tu posing!





















@_@... rambang mata woo...





















hah pilih dik pilih! oh ini adik bongsu saya.





















petang2 hari minggu cenggini mmg lengang!
















satu sepuluh... satu sepuluh... mari3!

Cerita Cinta

ok baru saja habis. setiap rabu pukul 11 pagi. saya suka tengok cerita ni kat tv3. "Cerita Cinta". mesti saya tersenyum je sepanjang satu jam tu. rancangan realiti mengenai pasangan2 yang sudah berkahwin. mostly yang baru kahwin macam baru tak sampai setahun la. tapi tak tahu la pulak kalau episod lepas ni akan pasal pasangan yang dah lama kahwin pulak kan.

cerita cinta ni sweet sangat. manis macam letak 5 sudu gula dalam secawan teh. hehe... setiap episod dalam 3 couple akan ditemu ramah. dorang ditanya macam mana kenal?apa keistimewaan yang buat dorang jatuh cinta kat pasangan masing2? macam2 la. and the best part is the way the story presented. bukannya macam temu ramah wanita hari ini atau melodi ok! ada love song yang best2 then ada video masa dorang kahwin. best la! rasa macam tak sabar nak kahwin je tengok cerita ni. betul tak tipu! hehe... ala tak reti la nak cerita. tengok la sendiri ye. pukul 11 pagi setiap rabu di TV3. tapi jangan lah ponteng kerja sebab nak tengok cerita ni pulak ye.

saya suka... mesti awak pon suka... tengok ye...


Tuesday, October 26, 2010

Saya nak like!

kadang2 bila saya baca blog orang lain. eh bukan stalk tau! membaca kan amalan mulia. hehe. saya tercari2 button like. mane ni... ish mane ni. xde pon! then lepas tu baru sedar. "eh ni bukan facebook la". alaaaaaaaaaaaaa... (ni betul2 tau saya mengeluh panjang!)

saya nak like! nak like jugak! kan best kalau boleh like2 macam kat facebook kan? sebab kadang2 kita macam suka baca tapi tak tau nak komen ape. (ok sebenarnye malas!) sape yang jaga keharmonian dan urus niaga (maksud saya menguruskan) blogger.com ni. google ke? sape2 je la. ada aku kisah! muahaha... tapi patutnya kena jadi macam Mark Zuckerberg la baru canggih! pastu dan dan je jadi kaya. unsur jeles di sini ye. 

saya belum abis cakap. ada lagi! macam ni... walaupon saya ni dah lama menulis blog. uhuk...uhuk... tengok tuh. dah tua veteran pon di alam blog ni tapi saya blog untuk sendiri2 je. ala2 macam diari. esok2 boleh tunjuk kat anak cucu. InsyaAllah... hehe. dan cuma baca blog kawan2 je. peduli ape blog orang lain yang fofular2 tuh yang ada beribu riban followers tuh. (ada aku kisah!) okeh itu dulu! sekarang ni macam best pulak stalk baca blog dorang. rasa ingin tahu jeles kenapa dorang tuh fofular. (semangat berkobar2). kan saya dah cakap "membaca amalan mulia". teehee... lepas ni kalau saya pon fofular best kan. pejam mata senyum! hemm berangan le tuh!

oh petang tadi saya pergi KB mall. nanti saya cerita ye. cerita bergambar lagi.

Dulu lain, sekarang lain

hah. siap pon. ape yg lain nye. cuba tengok sekeliling anda. lain kan? biasalah. kadang2 kita kena berubah. nak bagi semangat la katakan. tapi janganlah pula berubah ke arah kemunduran atau pon yang bersifat negatif. betul tak?

amacam? ok x? saya tukar layout baru. ala2 lebih matured gitu (emm... matured ke?). tapi pinkishness tuh masih belum boleh ditinggalkan lagi ye. harap maklum. ye la. saya kan perempuan. mestilah suka akan benda2 sweet2 comel2 girly2. hihi. betul x?

pastu ape lagi yang lain? perasan x? Helloooo... yuuhuuuu.... Farhah Di Sini. hah. tajuk baru tuh! uishh. fully make over betul ni. hehe. saje tukar tajuk. something yg lebih simple yang lebih dekat di hati. yang boleh buat korang x tdo malam ingat kat saya (perasan...).

dah kalau tajuk pon baru. mesti lah banner baruuuu.... siap pakai crown lagi. gambar ni kenangan masa kat kedai pizza kat... mane ye. emm. ooohh dekat miami beach! sedap woo pizza dia. nak lagiii... tapi mana la nak cari kat malaysia ni. cian abang botak kat belakang tu kan. baru nak order. jangan jeles saya makan dulu. nyum3.

eh tak perasan pula. khusyuk sangat membebel kat sini. hah ni sebab lagi satu perubahan la. ape? ala x perasan ke. hehe. ini juga merupakan entry pertama saya dalam bahasa melayu jiwa bangsa. "yang kurik kundi, yang merah saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa"! cewaahhh... sebelum ni kan duk US. so saje la boleh practice penulisan english saya. kan? dan lagi satu sebab nak elakkan saya membebel macam sekarang ni. hehe.

tapi tak kisah la. sekarang kawan2 saya jauh. tak boleh dah membebel kat dorang macam selalu2. kan3? so biar lah saya membebel kat sini pula. hehe.

ok bai. nak cari makanan. lapo!

Sunday, October 24, 2010

i wish i were there


today is 24th of October
but i'm here. and he's there.
we're apart but closer in another way. heeee... thanks to maxis.


















Happy 23th Birthday to my forever love...















p/s: i love you

Friday, October 22, 2010

Am only glass, can't be diamond

sometimes it's hard to accept. when you do all your best but things never turned out as you wish. i dream. and i dream big. but at the same time. i'm scared. am scared to dream coz i know it's 99% won't happen as i wish. even if i know. i am. i am broken into pieces.

i can't stop. from all the thoughts. and it's worst when i close my eyes. trying to sleep. trying to clear my mind. hence it's failed. i can't sleep! not just today. not just yesterday. not just the day before yesterday. it's stressful. it's tiring. and i'm really weakening.

Ya Allah. please give me strength. show me the path i shall take.

p/s: i've always avoid to share my miserable moment. but not this time. perhaps it's better to express it.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...