Tuesday, December 21, 2010

Nak tau siapa pasangan serasi kita? Rahsia pasangan mengikut urutan dalam keluarga

Assalamualaikum... selamat petang~~~

hari ni cuaca bermuram durja... dan asyik menangis saje (mendung + hujan). aku pon macam bosan dan macam dah rasa malas2 dah. mood makin down! so sebelom makin malas2 baik aku tulis something. ^_^

aku memang suka jiwang2 ni. (malu!) dah lame tak jumpa encik boypren. rinduuuu la. encik boypren pon suka jiwang2 gak. mesti rindu aku (malu untuk dia!) cuba korang tanya mana2 perempuan (kalau korang perempuan tanya la diri sendiri ye)... siapa tak nak boyfriend yang romantik? MESTILAH NAK! kalau korang cakap korang tak nak tak suka yang jiwang2. tapi nak yang ego2 sombong2 sayang macam watak dalam novel tuh. tu pon romantik gak tapi romantik yang mengada2. =p kalau korang cakap tak kira tak nak jugak! hep! jangan membangkang! setuju cepat nak yang romantik!

awak... saya rindu awak la! oh saya tau awak sayang saya! =p

ok berbalik pada tajuk kita ye hadirin hadirat sekalian.  first of all... korang tau tak pasangan korang tuh anak ke berapa dalam keluarga? along ke angah ke adik su ke? ish... apa nak jadi ni. kalau tak tau tanya sekarang! sebenarnya menurut bidang psikologi... urutan adik beradik dalam keluarga boleh menentukan keserasian kita dengan pasangan. ini tak sama dengan ramalan atau tilikan sebab bila masuk bab2 psikologi ni maksudnya orang buat kajian la. ada cop sirim! (eh?)

jadi bagi aku ini lebih kepada panduan untuk kita. panduan mencari pasangan bagi yang masih mencari. dan bagi yang dah jumpa pon boleh. sesuai untuk semua lapisan masyarakat... tak kisah la tengah bercintan cintun... ke dah jadi laki bini ke... dah ada anak cucu ke. kalau rasa korang selalu main gaduh2 dengan pasangan korang tuh ni la aku nak habaq mai kenapa korang selalu gaduh ni. supaya dengan pengetahuan ni korang boleh berusaha memperbaiki keserasian korang. cuba dulu kalau tak boleh bai bai je la. hehe... (eh bagi yang masih bercinta je ye. yang dah kawin sila perbaiki lagi ye).

di sana anak ke berapa? di sini anak sulung. ^_^


Sulung - Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
ni macam sangat jelas. sulung dengan sulung cannot go beb! anak sulung dah biasa berperangai macam big boss. so kalau dua2 pon nak jadi boss camne tuh? jadi kalau nak jugak bersama... salah sorang kena la belajar mengalah. dan macam2 kena belajar. very tough relationship woo! masa baru bercinta mungkin tak nampak sangat sebab sume nak sweet2 je. bila dah lama2... lu pikir la sendiri! 

Sulung - Tengah 
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
aku tak reti sangat dengan pemikiran anak tengah ni. tapi sebagai anak sulung aku dapat rasakan anak tengah kena selalu berkorban untuk pasangannya. dan selalunya anak tengah tak kisah sebab dah biasa berkorban kan. tapi anak tengah yang cenderung bersikap macam big boss atau anak sulung boleh jadi tough relationship jugak. jadi hubungan anak tengah ni bergantung kepada sikapnya sendiri.

Sulung - Bongsu 
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
aku setuju! sebab aku anak sulung. encik boypren anak bongsu. aku rasa kitorang memang give and take! saling melengkapi. kalau gaduh pon tak lama. biasanya bila aku mengada2 merajuk ke marah ke. dia lah yang akan pujuk dan mengalah. dia tau macam mana nak 'uruskan' aku yang ntah pape ni. nak tau pendapat anak bongsu berpasangan dengan anak sulung. tanya la dia. hehe... korang tanya la kawan2 kitorang. hehe. kitorang memang couple of every year! hihi. doakan kami panjang jodoh ye. amin~~~ =)

Tengah - Tengah 
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
aku rasa pernyataan 'anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia' tuh betul. ni dari pemerhatian aku terhadap anak2 tengah sedunia. dorang suka simpan dalam. bahaya tau simpan dalam ni. dah tiba masa meletup kebaboom nanti susah. ntah la. betul ke anak tengah macam ni? so aku rasa pasangan tengah lawan tengah ni sangat lah bergantung kepada sikap individu tuh sendiri.

Tengah - Bongsu 
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
anak tengah dengan bongsu... ada peluang untuk menjadi pasangan serasi. cuma terserah pada korang untuk menakhodakan kapal perhubungan tuh (cewah!). tak susah nak bercinta dan hidup bersama... kita yang menentukan. perceraian tu cuma alasan. selagi kita boleh berusaha mengindahkan perhubungan tuh insyaAllah kekal sepanjang hayat. =)

Bongsu -  Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

bahaya! hubungan yang mencabar jugak. kalau anak manja dengan anak manja. boleh huru hara rumah tangga. betul tak? walaupon si bongsu tu tak mengaku yang dia anak manja macam anak bongsu lain tapi percaya la pasti tanpa sedar si bongsu tetap akan mempunyai pemikiran sebagai bongsu jugak. 

-sumber blockquote dari internet-

-----------------------------------------------------------------------------

awak... betul ke kita pasangan paling serasi?

aku tak cakap yang korang kena percaya segitiga2 (bulat2). sikap dan perangai seseorang individu tuh bergantung pada banyak faktor. contohnya cara kita dibesarkan. tak kira la kita anak ke berapa dalam keluarga... keadaan sekeliling masa kita membesar mempengaruhi pemikiran kita. mungkin saja anak sulung berperangai seperti anak bongsu. tiada yang mustahil. jodoh pertemuan di tangan tuhan. tapi bukan bermakna kita duduk menunggu jodoh tu datang bergolek kan. kenalah berusaha jugak... buka pintu hati kita... beri peluang... jangan terlalu memilih... 

sekarang pon macam banyak kes cerai. macam gaduh2 je rasa tak serasi. kau anak sulung aku anak sulung... kita cerai! mungkin pemikiran orang zaman sekarang terlampau moden sampai hal kahwin ni terlalu diambil mudah. kawin dulu tak serasi cerai! patutnya setiap pasangan kena berusaha menyelamatkan perhubungan tuh kalau setakat masalah persefahaman. berusaha yang bukan bermaksud mengubah sikap pasangan kita tuh... menuding jari dan menyalahkan pasangan. tapi patutnya kita yang kena berubah! insyaAllah lame2 pasangan kita tu sendiri akan sedar dengan kesalahan dia.

ok la. aku pon belom kawin. tak de pengalaman pon nak cakap pasal ni banyak2. cukup sekadar teori dan pendapat aku sendiri. semoga hubungan kita dengan pasangan berkekalan. dan bagi yang masih mencari semoga korang menemui cinta sejati korang. ececeee...

p/s: "The question to ask is not if i feel that i'm really in love but rather, is the love i feel kind of love on which i can build a lasting relationship or marriage?" - Ira Reiss



13 comments:

taufiq said... [reply]

anak tengah di sini melapor diri

~fisha~ said... [reply]

ank ke3 drpd 5, dgn ank ke 6 drp 8 cane plak? blh ke?teeehhee.:P

farhah adeli said... [reply]

taufiq: alamak... segan pulak orang dah kawin baca. :p

farhah adeli said... [reply]

fisha: maknanya dua2 anak tengah la tu. boleh3. cocok3. hehe. ^_^

Cik Tom said... [reply]

cik tom anak ke 4...kiranya anak tengah ker??

farhah adeli said... [reply]

cik tom: kalau ada adik lagi. anak tengah la tu. hehe. ^_^

ika honey bunny said... [reply]

aaa betul ke bongsu-bongsu bahaye? hahaha.

farhah adelia said... [reply]

ika: hehe. tak semestinya. depends pada cara korang bawa diri le. :)

keryoki said... [reply]

akan aku buktikan sulung-sulung tak dak masalah..huh! hehehehe

farhah adeli said... [reply]

keryoki: ye itu yang kita mahukan... buktikan!!! hehe...

Anonymous said... [reply]

Anak ke 7 mcm mana...bpk ni kuat sangat nafsu....

Anonymous said... [reply]

Bongsu ngan bongsu ��

syaqierrah mustapha said... [reply]

Susah khwin bongsu-bongsu ni.. Suami sy bongsu tp xnk mgku die mnja.. Mama sy xde.. Jd tengok jelah die mnje dgn mk die.. Nk mama pleasešŸ˜¢

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...