Saturday, November 6, 2010

Roti pon boleh janji tak bogel!

apa awak nak buat kalau tiba2 awak ada kat tempat yang banyakkkk makanan. jangan membazir....makan le kan. tapi awak juga tak berpakaian. opss. camne tuh. jadi la pereka fesyen! makanan kan banyak tuh. boleh buat jadi baju. tapi sanggupkah anda memakai nya? hehe... sanggupkan je la janji tak bogel!


roti yang gebu dan sedap boleh jadi blouse dan skirt yang cute macam ni. sayangnya...T_T lagi sedap kalau dimakan cicah air milo. huhu... tapi seksi jugak ek. mengancam u sebab i rasa nak gigit je kat bahagian bahu tuh. oh gardenia sungguh enak dimakan begitu saja. 


wow... dari jauh dress ni nampak elegant tapi rupanya buat dengan artichoke. tau tak artichoke tu ape? artichoke tu.... google lah sendiri. ok lah sebab saya baik hati...artichoke tuh sejenis sayur yang agak keras tapi bila masak nanti dia lembut la. sayur ni memang tak de kat malaysia setahu saya. kalau dimasak dengan cara betul sedap la jugak (sebab saya penah makan). bentuk dia macam... hah tengok la kat sini <link>. kesian model ni tau dia kena berdiri 6 jam untuk designer letak sekeping2 kelopak artichoke tu. T_T sabar ye cik adik manis. 


comel jugak vest pisang yang dihias dengan carrot ni. manis semanis buah nya. tapi nape model nya tak manis. T_T dan pants waffle tuh sangat menyelerakan ok. letak maple syrup dengan strawberry toping dan whipped cream... perfect untuk breakfast! tak pon sapu je kaya dengan butter dah sedap dah. gulppp... nak cari waffle la camni.    


erkkk... yang ni macam dah euww je. mamat ni pakai pasta. baju buat dengan spaghetti dan seluar dari lasagna kot. geli la awak. kalau model cute dan hot tak pe jugak. hehe... 


hah... bila dah masuk bab daging ni. saya tak tahan. geliiii... nak muntah ok. skirt tuh buat dengan daging. baju pulak tak tau la guna apa. euwwwww.... padan muka awak. nak sangat jadi model. hah pakai le daging tu! 


dan yang paling grosssss sekali jatuh kepada minah pelik ni. sape tak kenal dia kan. lady gaga yang memang  gila dalam berfesyen. jijik yang amat ok daging mentah yang dia pakai tuh. nampak sangat macam baru lepas sembelih lembu lepas tuh terus letak kan badan dia. uweekkkk. nak muntah! kalau dia pakai macam minah kat atas tu better la jugak. ini nampak jelas fresh meat dengan lemak2. ok tak nak cakap dah... nak muntah!


Kesimpulannya...sekarang ni fesyen dah macam2. pelik2. kat malaysia ni pon dah banyak yang pelik2. keluar je rumah macam2 boleh nampak. nak kata gila kang kita yang dia kata tak up-to-date pulak. adoiii. tak paham! tak pe la asal korang tak bogel jalan ke hulur ke hilir udah la ye. janji bahagia! oh ye lupa pulak. gambar2 ni semua saya dapat masa main baca2 kat part fashion kat yahoo shine. bagus kan saya suka main baca2... membaca amalan mulia! ^_^


10 comments:

mush said... [reply]

mat saleh ni trlebih cerdik,mmbazer no.1,klu mknn2 tu diderma kpd org miskin lg bgus..


<link>http://www.mushpunyer.blogspot.com</link>

farhah adeli @ far said... [reply]

mush: betul! membazir je. mentang2 dorang kaya.

CIK TOM said... [reply]

eiw paling geli daging n pasta...yg 1 n 2 tue kiut je tgk..hehe

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: paling comel roti tu kan. daging n pasta macam euwww sgt!

Zezebel said... [reply]

Salam kenal.
Dorang ni semua dah takde kain ke aaah?
Habis semua makanan dijadikan baju. Tu lepas tu mesti dibuang jer tu.

farhah adeli @ far said... [reply]

zezebel: salam...

bese la dorang ni mmg suka mende2 kreatif ni. tapi sgt membazir. T_T

beckpanda said... [reply]

part waffle tu xleh blah.
saya sgt suke waffle.
taruk choc syrup,maple syrup,honey ngan whipped crem.
gawsh.
*drooling~*

farhah adeli @ far said... [reply]

beckpanda: exactly! soooo droooooling~~~ ^_^

CIK TOM said... [reply]

yup betul yg roti suka2..

ciktom ade tag award..kalo sudi amik ye..

ciktom tag award [http://tomatogurlslife.blogspot.com/2010/11/cinta-dan-anugerah-iii.html]

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: thanks for cute award. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...