Friday, December 24, 2010

Tutorial tambah butang 'Reply' di ruang komen blog

assalamualaikum... ehemmm (batuk2 sikit)... ni tutorial pertama aku! excited pon ada... cuaks pon ada. hihi... nak jadi cikgu ni. ingat senang ke? ececeee... blogger mentah macam aku mana layak nak ajar orang weh. kiranya ni suatu perkongsian la ek. kita ada ilmu kena kongsi tau! jangan kedekut taik idung masin. sambil2 tu boleh jugak jadi panduan aku sendiri kot2 aku nak tukar template ke ape nanti. tak yah la aku duk google2 lagi kan. betul tak?

okeh berbalik pada tajuk. pernah tak korang tengok blog yang ada REPLY button kat ruang komen dia. aku bagi contoh blogger popular la... macam blog cik epal. kelebihan buat reply button ni untuk memudahkan korang nak reply komen2 reader yang komen kat entri korang tuh. especially kalau korang tu selalu dapat banyak komen (bukan macam blog aku. T_T). so tekan je reply nanti dia auto reply kat specific komen tuh. paham tak?

contohnya macam komen kat bawah dari ENTRI ni. butang [Reply] ada kat sebelah nama reader yang komen tuh. 

contoh komen haruslah komen dari blogger popular macam  joegrimjow. teehee...
so bila tekan butang [Reply] tu kotak komen akan keluar sebagai pop up window. dalam kotak tu akan ada code2 macam kat bawah ni tapi jangan delete! tulis je reply korang selepas code tuh ye.

pop up window dengan kotak komen yang ada ready code
tujuan code tu supaya bila korang reply dia jadi macam kat bawah ni la. macam pro kan? hehe... so kita tak perlu tulis nama untuk tujukan komen dah sebab dah auto kan. senang gitu!

ececee... saje je nak tunjuk aku reply komen joe

***************************************************************
 sekarang meh aku share cara nak buat butang [Reply] tuh.

 Tutorial tambah butang 'Reply' di ruang komen blog 

1. bila dah log in pergi ke Design --> Edit HTML

blog ID korang punya tak kan sama dengan aku punya
kalau korang perasan kat address bar ada nombor2 macam dalam bulatan kat atas. inilah blog ID. setiap blog akan ada blog ID sendiri. untuk tutorial ni korang akan memerlukan blog ID sendiri ye. so take note!


2. untuk keselamatan backup template korang dulu sebab aku tak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang mungkin berlaku. muahahhaa... (tapi aku sendiri tak backup pon!). caranya dengan Download Full Template yang ada kat situ kalau korang dah buat step 1 tadi.


3. jangan lupa klik pada Expand Widget Templates.


4. lepas tu Ctrl+F dan search code ni. 
<data:commentPostedByMsg/>

5. kemudian copy paste code di bawah selepas code tadi.
<span><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG-ID-SENDIRI&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=450,height=450&quot;); return false;'>[Reply]</a></span> 

6. tukar BLOG-ID-SENDIRI dengan blog ID korang macam yang aku bagitau kat step 1. 


7. selain tu korang jugak boleh customize butang [Reply] ikut citarasa sendiri. contohnya nak jadikan 'reply to comment' boleh... 'balas komen' boleh... dan apa2 aje yang korang suka. 


8. kalau nak ganti [Reply] dengan gambar comel2 pon boleh. tapi pastikan gambar tu kecik macam icon ke. kalau besar gedabak kang juling mata nengoknye. caranya gantikan [Reply] dalam code di step 5 tadi dengan code ni.
<img src="URL-GAMBAR"/>
 URL-GAMBAR tu korang boleh google ataupon gambar yang diformat jadi kecik lepastu upload kat photobucket atau picasa album atau facebook atau kat mana2 je la untuk dapatkan URL (link) gambar tu. emm... rasa macam nak edit kepala aku jadikan butang reply je... tapi kang ada yang mengigau malam pulak. haha...

save template dan siap!

PERHATIAN: tutorial ni hanya berfungsi kalau korang guna settings comment form 'embedded below post' sahaja! 


****************************************************************
 Tips memilih Comment Form yang sesuai 

tutorial dah tamat... tapi alang2 menyeluk pekasam aku nak share pasal comment form dengan korang especially blogger baru macam aku ni. kalau korang pergi ke Settings --> Comments. cuba tengok Comment Form Placement korang set as ape? 

Full page? kalau korang buat ni sebenarnya tak dapat pape faedah pon. bila reader tekan komen dia akan dibawa ke page baru yang hanya ada komen2 lain (kalau ada) dan kotak komen je. bila dah siap komen orang tu pon terus pangkah tanda X kat belah atas kanan tu (tutup page korang). kan dah rugi reader kat situ! sebabnya dah tak de mende yang menarik perhatian dia untuk terus lepak kat blog korang. (dah ada komen dengan kotak je... boring ar!)

Embedded below post? yang ni kalau korang tak buat butang [Reply] macam tutorial kat atas tu. tak payah la korang buat ni ye. paling menyusahkan bagi aku! sebabnya bila reader tekan komen dia masih lagi kat blog korang tapi specific pada entri yang dia nak komen tu je dan kena tunggu page tu load semula dengan komen2 (kalau ada) dan kotak komen kat bawah entri tuh. kalau internet lembab (macam broadband aku) memang jenuh menunggu kotak komen tu keluar dan selalunya tak keluar terus bila internet tengah nazak! terus rasa down untuk komen! 

bayangkan reader tu excited nak komen (contohnya aku yang tengah berkobar nak komen ni) tiba2 kotak komen tak keluar. perghhh... memang macam nak tumbuk je skrin laptop ni. dah la kena tunggu page tu load lama gile last2 mende yang ditunggu tak keluar! ape lagi... jawabnya tekan X kat atas kanan tu le. hah kan rugi sebiji komen. so kalau korang blogger tak popular macam aku tak yah guna setting ni ye. lain la kalau korang tu blogger popular macam cik epal hilang sebiji komen ada lagi beratus komen lain. tak heran pon!

pop-up window? yang ni aku rasa patut dibuat oleh semua blogger. paling menyenangkan hati reader. bila reader tekan komen... satu pop window kecik akan meletup keluar yang hanya mengandungi komen2 (kalau ada) dan kotak komen kat bawah sekali. sangat mudah dan cepat untuk reader komen sebab loading time tak lama. reader jugak masih berada di blog korang untuk terus godek2 blog korang yang best tu. 

so sekarang jugak pergi tukar setting korang jadi pop-up window! cepat! aku sendiri pon guna yang ni. kadang2 je gedik2 tukar embedded below post tu untuk mengaplikasikan professional reply seperti tutorial di atas. hehe....

lepas tu please... please... kat 'show word verification' ni tukar kepada NO. tak rugi pape pon kalau korang tak buat word verification untuk reader ni. menyusahkan reader untuk komen ade la. annoying! tak caya tanyalah blogger lain semua akan cakap please tukar. *buat mata bulat ala kucing comel*

so blogger baru atau lama yang tak tau atau tak ambil tahu perkara ni... sekarang dah tau sila tukar kepada NO sekarang jugak. ok! 


*************************************************************
eh ada lagi satu TIPS. hehe... 

kalau korang baca entri yang buatkan korang rasa nak dan perlu komen terutamanya blogger popular... tapi blogger tu guna embedded below post yang sepatutnya keluar kotak macam kat bawah ni.


 tapi jadi macam ni


jangan risau! ada cara untuk korang tinggalkan komen. dengan syarat blogger tu guna butang [Reply] macam tutorial kat atas tu. korang tekan je butang [Reply] kat mana2 komen yang ada. maknanya korang tak leh jadi orang pertama komen ar.

bila kotak komen macam kat atas ni keluar korang delete je code macam kat bulatan tu. so sekarang tinggal kotak kosong je. dan komen la pape yang korang nak! mudah kan? =)


sekian saja bebelan aku pada hari ini. diharap dapat membantu korang yang sudi baca. ^_^

  

Tuesday, December 21, 2010

Nak tau siapa pasangan serasi kita? Rahsia pasangan mengikut urutan dalam keluarga

Assalamualaikum... selamat petang~~~

hari ni cuaca bermuram durja... dan asyik menangis saje (mendung + hujan). aku pon macam bosan dan macam dah rasa malas2 dah. mood makin down! so sebelom makin malas2 baik aku tulis something. ^_^

aku memang suka jiwang2 ni. (malu!) dah lame tak jumpa encik boypren. rinduuuu la. encik boypren pon suka jiwang2 gak. mesti rindu aku (malu untuk dia!) cuba korang tanya mana2 perempuan (kalau korang perempuan tanya la diri sendiri ye)... siapa tak nak boyfriend yang romantik? MESTILAH NAK! kalau korang cakap korang tak nak tak suka yang jiwang2. tapi nak yang ego2 sombong2 sayang macam watak dalam novel tuh. tu pon romantik gak tapi romantik yang mengada2. =p kalau korang cakap tak kira tak nak jugak! hep! jangan membangkang! setuju cepat nak yang romantik!

awak... saya rindu awak la! oh saya tau awak sayang saya! =p

ok berbalik pada tajuk kita ye hadirin hadirat sekalian.  first of all... korang tau tak pasangan korang tuh anak ke berapa dalam keluarga? along ke angah ke adik su ke? ish... apa nak jadi ni. kalau tak tau tanya sekarang! sebenarnya menurut bidang psikologi... urutan adik beradik dalam keluarga boleh menentukan keserasian kita dengan pasangan. ini tak sama dengan ramalan atau tilikan sebab bila masuk bab2 psikologi ni maksudnya orang buat kajian la. ada cop sirim! (eh?)

jadi bagi aku ini lebih kepada panduan untuk kita. panduan mencari pasangan bagi yang masih mencari. dan bagi yang dah jumpa pon boleh. sesuai untuk semua lapisan masyarakat... tak kisah la tengah bercintan cintun... ke dah jadi laki bini ke... dah ada anak cucu ke. kalau rasa korang selalu main gaduh2 dengan pasangan korang tuh ni la aku nak habaq mai kenapa korang selalu gaduh ni. supaya dengan pengetahuan ni korang boleh berusaha memperbaiki keserasian korang. cuba dulu kalau tak boleh bai bai je la. hehe... (eh bagi yang masih bercinta je ye. yang dah kawin sila perbaiki lagi ye).

di sana anak ke berapa? di sini anak sulung. ^_^


Sulung - Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
ni macam sangat jelas. sulung dengan sulung cannot go beb! anak sulung dah biasa berperangai macam big boss. so kalau dua2 pon nak jadi boss camne tuh? jadi kalau nak jugak bersama... salah sorang kena la belajar mengalah. dan macam2 kena belajar. very tough relationship woo! masa baru bercinta mungkin tak nampak sangat sebab sume nak sweet2 je. bila dah lama2... lu pikir la sendiri! 

Sulung - Tengah 
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
aku tak reti sangat dengan pemikiran anak tengah ni. tapi sebagai anak sulung aku dapat rasakan anak tengah kena selalu berkorban untuk pasangannya. dan selalunya anak tengah tak kisah sebab dah biasa berkorban kan. tapi anak tengah yang cenderung bersikap macam big boss atau anak sulung boleh jadi tough relationship jugak. jadi hubungan anak tengah ni bergantung kepada sikapnya sendiri.

Sulung - Bongsu 
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
aku setuju! sebab aku anak sulung. encik boypren anak bongsu. aku rasa kitorang memang give and take! saling melengkapi. kalau gaduh pon tak lama. biasanya bila aku mengada2 merajuk ke marah ke. dia lah yang akan pujuk dan mengalah. dia tau macam mana nak 'uruskan' aku yang ntah pape ni. nak tau pendapat anak bongsu berpasangan dengan anak sulung. tanya la dia. hehe... korang tanya la kawan2 kitorang. hehe. kitorang memang couple of every year! hihi. doakan kami panjang jodoh ye. amin~~~ =)

Tengah - Tengah 
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
aku rasa pernyataan 'anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia' tuh betul. ni dari pemerhatian aku terhadap anak2 tengah sedunia. dorang suka simpan dalam. bahaya tau simpan dalam ni. dah tiba masa meletup kebaboom nanti susah. ntah la. betul ke anak tengah macam ni? so aku rasa pasangan tengah lawan tengah ni sangat lah bergantung kepada sikap individu tuh sendiri.

Tengah - Bongsu 
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
anak tengah dengan bongsu... ada peluang untuk menjadi pasangan serasi. cuma terserah pada korang untuk menakhodakan kapal perhubungan tuh (cewah!). tak susah nak bercinta dan hidup bersama... kita yang menentukan. perceraian tu cuma alasan. selagi kita boleh berusaha mengindahkan perhubungan tuh insyaAllah kekal sepanjang hayat. =)

Bongsu -  Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

bahaya! hubungan yang mencabar jugak. kalau anak manja dengan anak manja. boleh huru hara rumah tangga. betul tak? walaupon si bongsu tu tak mengaku yang dia anak manja macam anak bongsu lain tapi percaya la pasti tanpa sedar si bongsu tetap akan mempunyai pemikiran sebagai bongsu jugak. 

-sumber blockquote dari internet-

-----------------------------------------------------------------------------

awak... betul ke kita pasangan paling serasi?

aku tak cakap yang korang kena percaya segitiga2 (bulat2). sikap dan perangai seseorang individu tuh bergantung pada banyak faktor. contohnya cara kita dibesarkan. tak kira la kita anak ke berapa dalam keluarga... keadaan sekeliling masa kita membesar mempengaruhi pemikiran kita. mungkin saja anak sulung berperangai seperti anak bongsu. tiada yang mustahil. jodoh pertemuan di tangan tuhan. tapi bukan bermakna kita duduk menunggu jodoh tu datang bergolek kan. kenalah berusaha jugak... buka pintu hati kita... beri peluang... jangan terlalu memilih... 

sekarang pon macam banyak kes cerai. macam gaduh2 je rasa tak serasi. kau anak sulung aku anak sulung... kita cerai! mungkin pemikiran orang zaman sekarang terlampau moden sampai hal kahwin ni terlalu diambil mudah. kawin dulu tak serasi cerai! patutnya setiap pasangan kena berusaha menyelamatkan perhubungan tuh kalau setakat masalah persefahaman. berusaha yang bukan bermaksud mengubah sikap pasangan kita tuh... menuding jari dan menyalahkan pasangan. tapi patutnya kita yang kena berubah! insyaAllah lame2 pasangan kita tu sendiri akan sedar dengan kesalahan dia.

ok la. aku pon belom kawin. tak de pengalaman pon nak cakap pasal ni banyak2. cukup sekadar teori dan pendapat aku sendiri. semoga hubungan kita dengan pasangan berkekalan. dan bagi yang masih mencari semoga korang menemui cinta sejati korang. ececeee...

p/s: "The question to ask is not if i feel that i'm really in love but rather, is the love i feel kind of love on which i can build a lasting relationship or marriage?" - Ira Reiss



SAYA NAK MASUK BLOGLIST ELLEN


assalamualaikum...
hari ni aku nak join segmen ala contest daripada blogger popular sis ellen comel dari sabah ni. =) nape 'ala contest'... sebab segmen ni ada hadiah woo. banyakkkk!!! sis ellen ni memang kreatif buat segmen macam ni dan pemurah sungguh dengan tawaran hadiah tuh. hehe.

sis ellen ni antara blogger terawal di luar sana yang aku kenal. sis ellen walaupon baru berblog tapi dah macam orang lame2 dah. followers ribu riban. entri ratus ratus. rajin update. contoh blogger tegar yang terbaik! blog aku? hampeh. T_T follower seciput update pon jarang.

nak komen pasal blog sis ellen. ala... segan la! blog aku tak layak kot nak komen blog orang. =( tapi aku suka template blog sis ellen yang pinky baby blue ni. rasa cam manis2 sweet2 macam gula2 je. hehe. tapi aku selalu kecewa. bila broadband aku dah nazak. mesti aku tak leh bukak blog sis ellen ni. kalau bukak pon boleh baca je. nak komen pon susah. side bar pon tak keluar. kecewa tau! maybe sebab sis ellen pakai domain sendiri kot. tapi sebenarnya broadband saya yang cikai tak berupaya nak buka website hebat macam blog sis. T_T sorry sangat sis ellen saya jarang tinggal komen. tapi blog sis ellen memang selalu ada kat bloglist saya. =) tak caya tengok bloglist kat side bar tuh. cari mummynemo. ada kan? hah... kan dah cakap. tadi tak caya. oh ye... blog saya senang load tak?

entri2 sis ellen semua pon bagus. tapi jangan tulis entri sedey2 lagi tau. hehe. kalau nak pilih satu entri best. susah la sebab saya suka banyak! camne tuh. tak terpilih la. =p tapi paling suka blog sis ellen bila sis tulis pasal berita pelik2 dan menarik. sis ellen dah macam newspaper aku or pembaca berita aku dah. haha. sebab selalu nya berita2 pelik camtuh jarang cover kat tv dan dalam paper pon selalu terlepas pandang. =)

harapan saya untuk sis ellen.... saya harap sis ellen boleh share tips blogging banyak2. macam mane boleh bersemangat waja untuk selalu update blog? macam mane dapat ramai followers? dan macam2 lagi la ye sis ellen.

sekian entri khas buat sis ellen. ^_^

Monday, December 20, 2010

Contest Mimik Muka Menarik

~assalamualaikum~


sebenarnya dah lama aku nak join contest ni tapi duk tertangguh je. haih... so hari ni macam rajin sikit. (sebab dah nak sampai closing date... haha!

sesapa nak join contest ni masih sempat lagi. tarikh tutup 25 disember ni. ada lagi 5 hari. hehe. boleh tengok kat SINI ye.

masalah aku nak cari gambar! sebab laptop rosak dan dah anta kedai (sekarang ni laptop pinjem!). sume gambar ada dalam laptop so guane ni? nasib baik ada external hardrive. tapiiii.... gambo2 lame je lem. 
tak pe lem gamba lame pon boleh lem yem.

banyak bebenor folder gambar so random je lem pilih yem. pastu jumpe gambar2 loqlaq nih! ntah pe2 je. tapi aku suka sebab mengembalikan kenangan lama. cewahhhh~~~ 







erkk... macam patutnya untuk contest gaya menarik je. hahahah...
tapi tak pe le yem. cik penganjur pilih la mana yang sesuai. yang paling over mungkin. n_n

cerita disebalik gambar
masa ni baru lepas balik dari stadium kat universiti celebrate blue&white game. sebab tu la pakai biru putih. nampak sangat ni gambar lama sebab pakai tudung bawal lagi. eh.. betul jugak tuh. mane aku campak tudung2 bawal aku ek (sekarang pakai shawl je beb). lepas abis game tu aku dengan encik boypren pon jalan la balik tiba2 rasa nak kencing je. mane nak cari tandas ni. kebetulan lalu kat IM building (salah satu bangunan rekreasi)... singgah lem buang pe2 yang patut kan.

ntah macam mana boleh pulak tergedik2 buat aksi pelik2 ni depan kamera. mulanya nak amik gambar kat lorong kosong ni (kebetulan takde orang). ntah kena sampuk ke hape! sebijik harem pon takde gambar normal. hahaha... nasib baik takde orang tengok! kalau tak maluuuu i!

rindunya blue&white game. tiap2 tahun wajib pergi. T_T

okeh bubbye~~~ 


Berjalan-jalan memenatkan kaki dan menghabiskan duit di musim hujan!

Assalamualaikum... moshi... moshi...

janggalnya online pakai netbook ni. huhu... dari tadi struggle tergodek2 sana sini rasa macam baru belajar main laptop je. orang dah biasa pakai laptop 14" la katakan. hehe... malangnya dah tiga hari laptop kesayangan ku masuk hospital dan perlu dibedah. T_T arap2 pembedahan tu berjaya dan kos pon murah. aku buat2 cool dan tak risau padahal cuak gile takut operation fail dan alamatnya laptop perlu diganti baru! mana gua nak cari duit woooo. T_T sob... sob...

aku sebenarnya nak tunjuk betapa bersih nya tandas ni... hehe...
(padahal tetiba rasa nak camwhore dalam toilet)

ah lupekan masalah tu. laptop orang lain kan ada. kita main pinjam2 la dulu. hihi... tak dapat abah punya... angah punya pon jadi la walaupon kecik. berbalik kepada tajuk... pagi semalam di kala cuaca mendung aku dan ibuku dan dua orang ibu saudara ku dan angah adikku dengan penuh semangat dan keceriaan pergi jalan2 ke KB mall. hehe... nak window sopin leeee... tapi hujan lebat gileeeee yang amat masa on the way tuh. memang gile2 punya lebat kena guna wiper paling laju woo... sungguh mencabar kewibaan driver (aku la tu)... apa lagi masa ni la nak tunjuk aku ni driver mantap! muahahaha...

eh hujan2 pon jam gak ke. ni apsal sume orang pon nak kuar ari sabtu ni. kan hujan duk ar umah. adoiiii... bila dah sampai nak masuk parking... alamak! basement parking dah penuh! tidakkkkk... aku tak penah parking kat atas kot. fobia ar beb... kan penah ada kes kete yang parking kat bumbung jatuh dalam mall kat situ! abis guana nih? mula2 nak pegi kat parking lot sebelah mall tu tapi kena ar jalan sikit. hujan kot! air pon dah bertakung... abis ar basah kaki nanti. nak tak nak terpaksa gak parking kat atas bumbung tuh jugak! bismillahirahmanirrahim... sume dalam kete senyap je masa kete tu pusing2 nak sampai atas sebab cuak gile especially mak cik aku. hahahha... lepak ar! akhirnya kami pon selamat lah meletakkan kenderaan di bumbung tu walaupon agak jauh dari pintu. ciss kenapa orang lain lagi cepat.

sudah ditakdirkan... umi aku dengan mak cik aku kena balik ke kete sebab tertinggal barang. bila dorang datang balik. terus aku kena sembur. lampu kete tak tutup! arghhh... lupeeee sowiiiii. nasib baik woo... kalau tak naya kete abis bateri! haha... tapi tu memang selalu aku buat masa kat universiti dulu. dan jumpstart adalah perkara biasa bagi geng2 universiti aku. keh... keh...

rasa cam nak ganti gambar pompuan belah kiri tuh je.
bukan ke kat kelantan model kena pakai tudung. :p

masuk the body shop jap sebab mak ngah aku nak beli perfume. dah nak angkut EDT white musk. pastu datang salesgirl cakap kalau yang EDP white musk lagi tahan lama(tapi 20 hengget lagi mahal la). terus mak ngah aku tukar amik yang EDP tuh. senang gile weh nak jual barang kat mak ngah aku! haha... pastu aku main2 dengan face mist body shop... selamba je bawa sana sini main sembur2 kat mak cik2 aku. tak kena marah pon! tapi bila aku amik gambar... salesgirl tu cakap 'maaf dik kat sini xleh amik gambar'... owh ok!

kasut oh kasut! terpaksa le butakan mata je bila tadak duit! n_n

mak cik aku (adik bongsu umi), aku, casio exilim (nak gak!), angah
di mana ada cermin di situ ada kami!

ibu2 sibuk memilih seluar tido 5 hengget kat reject shop!
mak ngah (kiri), umi (kanan)

hello kami lagi... lame gile kot camwhore depan cermin beso ni.
kalau letak sume gambar kang penuh page ni.

lepas berjam2 jalan2 dalam mall tuh. kitorang pon berangkat lah pulang. hujan pon dah berenti... matahari pon dah muncul... air bertakung pon dah surut... yezza! tapi kisah ni tak abis kat situ je. masa on the way balik kitorang singgah supermaket sederhana besar (sebab tak kecik tak besat... boleh tak!) tepi jalan. hah ibu2 memang suka. sampai penuh tangan beli barang rumah.

bila aku balik ke kete nak buka belakang. APAKAH????? cermin belakang kete umi aku tu retak! bukan seribu tapi retak berjuta weh! aku dah rasa macam what the... sedeh campur geram campur ah ntah la sume rasa ada. tapi bila tengok umi aku cool je ok aku pon relaks ar. mak cik aku cakap maybe cermin tu dah sampai expired date kot. (eh boleh plak gitu ek? cuaks nya nak ada kete sendiri) sebab tak de kesan kena langgar or kena ape2. umi aku pon dah penah dengar mende camtu jadi kat orang len. ada tu yang tengah bawa kete tiba2 cermin depan retak. huh! tak dapat bayangkan kalau jadi kat aku.

masalahnya aku le driver masa tu. memang cuak gile sampai aku bawa slow gile. sebab jalan bukan nye licin gebu sangat. kang tiba2 ada lubang tak perasan mau terburai cermin2 tuh. sabo je la terpaksa aku bagi kete2 len potong aku. aku jeling2 je kat kete2 tuh sebab memang kalau bukan terpaksa takde maknanya aku nak bagi korang potong aku weh!!

tapi bila pak cik aku tengok kete tuh. dia kata macam ada lekuk kecik kat belah kanan. macam kena langgar dengan handle motor. sebab tak calar (handle kan plastic. eh ye ke?). cis kes langgar lari nih. tapi nak wat camne dah tak de rezeki. lagipon tak pasti betul ke tak kena langgar. maybe cermin tu memang dah expired.... :(

p/s: eh lupa pulak... aku berjaya mengangkut pulang sehelai cardigan dan sehelai skirt. adoi makin nipis le duit aku yang memang dah sedia nipis ni. T_T tak tahan beb... cobaannnnnnn!


Friday, December 17, 2010

Saya Nak Join Segmen Review dari Cik Tom




first tahniah untuk blog cik tom yang berusia 5 bulan. heeee... tak tau la sempat ke tak masuk list ni sebab saya baru je online.

entri yang saya suka.... boleh tak nak kata sume entri cik tom pon saya suka je. especially tutorial2 yang menarik tuh sume. so kalau kena pilih jugak saya pilih yang latest2 ek... entri cinta tak semestinya memiliki sebab entri ni macam buat saya fikir 'eh cik tom pon pandai jiwang2 ye.' haha... sebab entri macam ni sangat lah susah nak keluar kat blog cik tom. entri unik la untuk blog cik tom. hehe. =p

dan thanks cik tom yang selalu komen kat blog saya ni. ^_^


Wednesday, December 15, 2010

Tips mengelakkan makanan ringan untuk mendapat badan yang sihat dan cantik!

salam semua...
kali ni aku nak share tips kesihatan. korang mesti selalu dengar orang cakap makanan ringan atau fast food tuh tak baik untuk kesihatan. tapi mesti korang rasa macam whatever!!! sebab nak jugak makan makanan yang sedap lazat tidak terhingga tuh dan badan korang pon still maintain cun walaupon dah makan bercupak2 makanan ringan. betul tak?  ask me... ask me! and yes... aku pernah rasa camtuh! hehe...

tapi sebenarnya korang semua dah tertipuuuuu! sebab rasa macam it's ok bukan selalu makan pon! tapi kesan makanan2 sedap ni kita tak nampak terus tapi dalam jangka masa panjang... bila kita dah 'tua'. kenapa aku tulis tua macam tuh. sebab... bila dah dapat penyakit itu ini pastu korang mesti cakap 'biasalah dah tua'! tapi sebenarnya bukan sebab korang dah tua baru dapat penyakit. tapi sebab korang dapat penyakit dan terus rasa tua! (paham tak? tak paham ulang baca ye!) biasanya penyakit2 ni datang dari apa yang kita makan. you are what you eat! dan makanan2 sedap ni la yang buat kita rasa lagi cepat tua!

oh gula-gula itu... aku terpesona!
dipendekkan cerita... mencegah lebih baik dari merawat. kita time muda2 ni la kena sedar yang faktor pemakanan tuh penting. makanan malaysia kita nih dah memang berkolesterol tinggi... berlemak... bersantan... berminyak... ber... itu ber... ini. (tapi masih berkhasiat ye!). jadi tak payah la kita nak tambah dengan makanan2 berteknologi zaman sekarang yang lebih memudaratkan tuh.

sedar tak lemak2 kat badan korang tu datangnya dari makanan ringan! kadang2 kita tak sedar yang badan kita makin banyak lemak sebab bila timbang berat tak naik sangat pon. tapi sebenarnya lemak tuh ringan... bila timbang berat memang tak perasan. bila lemak2 tu dah banyak barulah nampak kesan kat berat badan kita. tapi masa tuh dah terlambat dan membuang lemak yang dah berkumpul banyak tuh bukanlah perkara yang mudah! T_T

awas! burger dan french fries... pasangan ideal yang suka menggoda!  

------------------------------------------------------

aku tau memang susah nak buat kempen 'fast-food-must-go'. tapi at least kita kena cuba kurangkan pengambilan makanan ringan. selalunya bila keluar jalan2 dating2 ke ape ke mesti kita nak serbu kfc, mcdonald, pizza hut, chilis, dan macam2 lagi. alah termasuk jugak la sume restoren dan gerai2 kat mall tuh. sampai susah dah kita nak bezakan mana satu yang sihat dan mana satu kategori makanan ringan. betul tak? 

aku sendiri pon dalam usaha nak menangani makanan ringan ni. dah berbulan2 aku tak makan kat restoren fast food. dan dah bertahun2 boleh dikatakan 'aku tak minum air gas dah!". (kalau minum pon jarang gile atau pon orang lain yang beli). dengan jajan pon aku dah hilang minat sekarang.

nikmat sungguh kerangupan itu! 
so meh aku nak share dengan korang cara2 untuk mengelakkan nafsu terhadap makanan ringan tuh sume. tips2 ni dari pengalaman aku dicampur dengan tips2 dari majalah.

Tips menangani makanan ringan:

1. mula2 kita kena cari punca pada masalah ni. selalunya makanan ringan ni sangat sedap dan menyelerakan jika dibandingkan dengan makanan berkhasiat. dan kita sangat mudah terpengaruh dengan iklan2 makanan yang menawan tuh. nampak sedapppp je. yang kita fikir cuma nak makan! so perkara pertama kena latih diri supaya jangan terpengaruh dengan iklan. mungkin kita boleh cuba alihkan perhatian daripada iklan2 tuh. selamat berjaya!

2. jangan biasakan diri beli makanan dalam tin atau makanan segera macam megi, sup segera, perencah segera dan macam2 lagi la yang ada kat pasaraya tuh. even minuman 3 in 1 bukanlah pilihan yang baik. memang makanan2 ni cepat sedap dan menjimatkan masa juga tenaga. tapi sanggup ke korang 'bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian'?

3. kita perlu sedar... makanan ringan boleh buat kita ketagih disebabkan kandungan bahan2 kimia dalam makanan tuh. contohnya kandungan utama dalam minuman bergas ialah gula, pewarna kimia dan kafein. dan langsung tak berkhasiat. macam burger kat restoren fast food... jangan tertipu dengan keenakkan daging tuh. bukan real pon. macam2 benda ditambah. kenapa fast food di luar negara sangat murah? sebab berapa peratus je daging real dalam burger tu... lain2 lemak atau daging buatan je barulah boleh murah. kat malaysia je mahal bajet mende bagus!

jangan mudah terpengaruh dengan warna yang menawan!

4. kita selalu guna istilah 'alas perut' dan ambil kesempatan untuk beli makanan ringan yang sedap2 tuh. jadi apa kata bila lapar kita amik meal terus. breakfast, lunch or dinner terus. dan pastikan makan makanan berkhasiat. dengan cara ni pon kita akan rasa kenyang lebih lama. jadi bila kenyang kita tak rasa nak 'alas perut' dengan makanan2 ringan lagi. duit pon jimat!

5. ni cara paling berkesan bagi aku. amalkan membaca label kandungan nutrien pada produk makanan. selalunya bila teringin nak makan menda2 sedap aku baca label dulu. aku fokus kat kandungan lemak (fat), gula (carbohydrate) dan garam (sodium). selalunya aku tak jadi beli bila terkejut tengok kandungan bahan2 ni banyak sangat. tak percaya cubalah sendiri!

semak label dulu!
6. kalau teringin sangat nak makan makanan2 ni. makan je... tak pe jangan stress2! tapi jangan lah makan selalu dan makan dengan kuantiti yang sedikit je. elakkan jugak prinsip "tak pe bukan selalu makan sedap camni!"... sebab nanti lama2 korang jadi terbiasa untuk makan macam tuh setiap kali keluar dari rumah. not good! dan pastikan selepas makan... korang minum air masak banyak2. supaya kandungan tidak elok dalam makanan tu boleh disingkirkan segera. so apa kata bila kita makan makanan camni jangan lah order atau beli air sedap. minum air kosong je tau! 

7. mentaliti orang kita... restoren fast food atau makanan barat selalunya dianggap mewah! so apa barang makan nasi kan. pakai lawa2 kena ar masuk restoren yang ada class! ish3... jangan macam tuh. pedulikan apa orang nak kata tapi sebelom tu kita sendiri kena ubah mentaliti kita terhadap makanan jalan2 ni (macam baju jalan2 la). apa kata kita cari menu yang lebih berkhasiat. contohnya kalau aku... aku lagi suka cari restoren yang ada nasi campur. tapi tak bermakna kalau nak berkhasiat makan nasi campur je. menu2 lain pon berkhasiat jugak cuma kena pandai pilih la. dan kalau dah terang2 restoren tu fast food... pasti lah tak berkhasiat. tapi... tapi... tapi masih boleh makan makanan 'mewah' ni. mungkin sebulan sekali atau lagi jarang lagi bagus!

makan lah aku untuk jadi gebu seperti ku!

8. selalu awasi berat badan kita... tapi bagi aku berat badan tak penting yang penting kita sihat dan fit! so untuk mendapat badan yang fit... macam aku cakap lemak tu ringan dan kurang memberi kesan pada berat badan. jadi kita kena awasi ukuran lilitan badan kita macam pinggang, paha dan pinggul. dengan cara ni kita akan sedar yang lemak2 dah mula berkumpul kat badan kita. bila dah ada base lemak... lemak2 baru akan lebih senang dan cepat bertambah. it's too late for me too!

---------------------------------------------------------

Kesimpulannya makanan ringan ni bukan setakat punca kegemukkan tapi juga punca penyakit. sekarang mungkin kita tak sakit tapi bila dah tua2 nanti baru kita rasa kesan makanan2 ni. bahan kimia2 tuh jugak boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan paling ditakuti boleh menyebabkan kanser. jadi kita kena banyak membaca dan mendapatkan maklumat tentang apa yang kita makan. jangan amik mudah je dan anggap makanan yang dimakan oleh semua orang itu bagus. bak kata Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir... "berhenti makan bila rasa sedap"!


p/s: i'm not perfect and still learning to change for a healthy life style. kadang2 aku pon tergoda dengan makanan2 ni sebab aku suka makan! tapi aku akan berusaha untuk mengawasi kegiatan makan aku. heee... ^_^ 


Tuesday, December 14, 2010

CONTEST MANISNYA SENYUMAN

assalamualaikum uolsss~~~
oh lamanya tak update. saya balik kampung so broadband kurang berfungsi. semalam balik rumah dengan semangat berkobar2 tapi broadband tak bagi kerjasama jugak! grrrr... tak nak kawan! geram punya pasal terus tutup dan main game The Sims 3! heee.... suka... ^_^

----------------------------------------------------------


ni entri ringan2 je.... entri contest!

contest senyum lagi. hehe... senang sangat nak join contest ni. sesapa yang nak join boleh tengok kat sini, CONTEST MANISNYA SENYUMAN. pastu bukak folder my pictures uolss dan carilah gambar senyummmm... hehe. senang kan. oh lagi banyak senyuman lagi bagusss. =)

lepas godek2 gambar2 lama... emm banyak je gambar senyum tapi nak cari yang betul2 kaw memang susah. banyak senyum2 posing je. nak cari gambar senyum yang original... nak nampak ceriaaaaa je... hehe... pastu terjumpa gambar tahun lepas yang buat saya rinduuuu sangat nak hang out ngan kengkawan2 dan snap gambo banyak2. T_T

miss the old days... we talk we laugh and we SMILE!!!
gambar ni masa pergi summer picnic kat wipple dam. sebuah tasik yang boleh mandi manda di pedalaman pennsylvania tidak jauh dari penn state. tapi hari tu pergi bersuka ria makan2 potluck ramai2. tak mandi manda pon. ohhhh.... rindu... rindu... rindu!!! T_T

eh nampak saya tak? kalau nampak zebra nampak la saya. heeee.... ^_^


tag:


p/s: saya suka picnic... saya suka tempat2 yang hijau dan ada air. sangat menenangkan... make me smile all day!


Friday, December 10, 2010

Neelofa Dewi Remaja 2010... cayalah awek Pasir Mas!


assalamualaikum....

siapa neelofa? pembaca setia majalah remaja mesti kenal kan. dan pengikut setia dunia hiburan tanah air mesti kenal jugak. aku yang hanya menumpang baca majalah adik aku... dan yang tak berapa kisah dengan dunia hiburan ni pon kenal neelofa ni. tapi yang membuat aku amik kisah pasal dia ni sebab dia orang Pasir Mas, Kelantan. orang kampung aku oiii!

(dah jawab salam blom? =P)

Neelofa telah pon dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010 baru2 ni. dia berjaya mengalahkan 11 finalist lain yang cun2 jugak lah. Neelofa ni memang seorang model sebelom menyertai dewi remaja lagi. dan tak lama lagi jadi artis la pulak... atau senang cite jadi pelakon or pengacara la kan. peminat2 kat facebook dan fanpage neelofa ni pon dah makin bertambah. aku nak bagi dia anugerah orang popular baru ar camni!

cantik kan dia!

gaya seorang model!

jelingan menggoda... nak rambut macam ni jugak!

senyuman dia... fuhhh... cair!

eh.. pandang la sini...

comel lote!


(gambar2 dari fanpage Neelofa)

Neelofa ni cantik... comel... manis... lawa! hehe... aku tak reti nak bezekan istilah2 ni so sume pon aku bagi kat dia. ^_^ sebab aku rasa sume pon dia ada. mesti ar beb... dia kan awek Pasir Mas. =D muka dia memang muka pure orang Pasir Mas... (sebab muka aku bukan contoh terbaik! T_T). tahniah ye Neelofa menang Dewi Remaja. bajet dia akan baca blog aku ar!

tapi sumpah aku cakap kalau lepas ni ada berita2 buruk pasal neelofa... aku tak mengaku dia orang kampung aku! haha... time baik2 je nak tumpang glamour. keji kan! dan aku harap dia menjadi lebih baik... bukan lebih hanyut dengan dunia hiburan. (macam susah je!) sekarang pon dah seksi gile dia ni... dedah sana dedah sini... emm... no komen! model la katakan!

papepon hey pasir mas people... u rocks!


---------------------------------------

tapi jujur aku katakan aku tak suka sangat pertandingan dewi remaja tu sebab peserta dia seksi meksi gile. macam promote 'makin seksi makin cantik' pulak! dan pastilah bukan contoh terbaik untuk mendidik anak2 remaja zaman sekarang (cewahh... bajet aku baik ar).


p/s: aku selalu dengar orang cakap awek pasir mas cun2! aku pon nak tumpang glamor gak walaupon tak cun! T_T


Thursday, December 9, 2010

Yeayyy... semalam last paper SPM... sayonara biology!

hoyeahhh.... suka nya dalam hati... SPM dah abisssss! semalam paper bio... paper last oi! tak suka bio... selamat tinggal biology... tak nak jumpa awak dah! u get lost! boy... u get lost!( ni man sewel yang cakap... ala cite Ayoub tuh... tak tengok ke? k fine tak dapet nak nolong dah!)

gedebuk! eh... -_-'... k fine ayat kat atas patutnya ditulis pada 6 tahun lepas! saya ulang six years ago!!!

assalamualaikum pembuka bicara...

semalam adik lelaki aku call cakap dah habis paper last...iaitu bio. hurmm... memang tiap2 tahun sama ek jadual spm? paper last mesti bio. aku dulu pon bio gak yang last. tiba2 terimbas kembali kisah aku amik SPM dulu.

-------------------------------------------
masa tuh aku kat MRSM Kuantan. aku rasa MRSM Kuantan la paling best... paling lepak... spot check jarang gila... asrama best... class best... makan pon boleh la... kat bandar pulak tuh... peraturan ketat tapi macam tak ketat... yang pasti aku tak tension duk situ. (sebelom tuh aku kat Pontian dan tension gile so aku pon transfer ke Kuantan).

masa SPM dulu... tiap2 malam aku tido lambat sebab nak kena khatam buku rujukan pelangi yang tebal gila tuh! aku memang tak baca buku teks kecuali sejarah dan pendidikan islam. so semua subjek wajib ada buku pelangi tuh sebab itu lah satu2 nya sumber maklumat aku untuk jawab soalan2 exam. hehe... kesimpulannya aku memang suka study last minute even untuk SPM... adik2 jangan buat macam tuh ye!

rindu buku2 tebal aku

tapi SPM sebenarnya pengalaman perit untuk aku. hari pertama... tak tau mana silapnya... eh bukan bangun lewat... aku bangun awal dan sempat pergi breakfast dan masuk dewan peperiksaan awal jugak! baca2 sikit semua sempat! tapi dalam 30 minit sebelom start exam... perut aku memulas gila! sakit tuhan aje yang tau. aku tahan je sebab belom 'rasa' nak masuk tandas. tak lama lepas tu baru 'perlu' ke tandas. kena gak 'selesaikan' perut tuh kalau tak memang tak selesa nak jawab exam.

exam dah nak start! aku pulak kesakitan! sebak gila dalam hati. hanya mampu terkumat kamit baca doa dan selawat je. aku dapat keluar dari tandas sebelom exam start pon dah bersyukur sangat. walaupon terpaksa jawab exam dalam kesakitan perut. tapi ntah macam mana sakit tuh hilang macam tuh je...

do not disturb!

masuk hari kedua... macam biasa aku awal2 dah terpacak kat dewan exam. tapi makin dekat dengan time exam... perut aku pon mula sakit. setiap kali jarum jam tu bergerak... tiap kali tu jugak perut aku macam dipulas2... aduh! sakit lagi! dan macam lagi sakit dari semalam! dan aku terpaksa menghabiskan saat2 akhir sebelom exam kat tandas lagi. kali ni aku rasa nak nangis je... kenapa lah jadi macam ni? dan aku antara orang yang paling lewat masuk ke dewan peperiksaan. T_T

hari ketiga... aku lega perut aku dah tak sakit. dan aku mampu tersenyum tenang menunggu exam start. tapi sangkaan aku meleset. sedang aku menjawab soalan2 exam tuh... tiba2 perut aku mula memulas. Ya Allah... sakitnya... berkerut2 dahi aku menahan sakit sambil otak berhempas pulas menjawab soalan2 exam. mata aku pon dah berair... tapi aku teruskan jugak... aku tak sanggup mengorban masa exam aku untuk ke tandas. dan aku tahan... sampai la sakit tuh hilang macam tu je...

sakit itu tuhan saja yang tahu...

hari keempat... kelima... dan seterusnya... kadang2 perut aku sakit... kadang2 dah tak sakit... dan alhamdulillah aku berjaya menghabiskan peperiksaan SPM aku. happy sangat! lega sangat! hari terakhir budak2 lelaki bakar mercun dengan selambanya lepas paper last. aku tersenyum! cikgu pon dah tak kisah. tumpang gembira untuk pelajar.

bila fikir balik... kenapa perut aku sakit? salah makan? tak kot! aku rasa bukan salah siapa2 tapi salah aku! sebab aku cuak sangat nak masuk exam... dan kesannya kat perut aku. mesti korang tau istilah 'kecut perut' kan? tu la yang jadi kat aku kot. sebab tu la omputih cakap cuak tuh 'nervous'. dan nervous tuh datang dari 'nerve' yang bermaksud saraf. sebab cuak (eh cuak bahasa melayu formal ape ek? T_T) memang berkaitan dengan saraf... bila cuak ada orang sakit kepala... dan sakit perut macam aku.

p/s: emm... ada sakit lain tak sebab cuak?

--------------------------------------------
lepas SPM masuk UTP... nak jadi jurutera kimia... tiba2 dapat offer jpa buat biotech! dammit! tak leh nak sayonara biology lagi... arghhh... obersea punya pasal... bio pon bio lah! sungguh tak ikhlas! menyesal kemudian tiada guna... nasihat aku... pilihlah yang korang betul2 minat sebab itu asas masa depan korang nanti! and it's too late for me! T_T


Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

lagi program menarik dari ben ashaari... cepat2 siapa lambat dia tak dapat. aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada encik ben yang selalu menganjurkan program2 yang supportive dan membantu para blogger termasuklah program bloglist ni. (cewah... ucapan formal nih!)

dan insyaAllah aku akan terus menulis... dan menulis...

ok bai... assalamualaikum! =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...