Friday, December 24, 2010

Tutorial tambah butang 'Reply' di ruang komen blog

assalamualaikum... ehemmm (batuk2 sikit)... ni tutorial pertama aku! excited pon ada... cuaks pon ada. hihi... nak jadi cikgu ni. ingat senang ke? ececeee... blogger mentah macam aku mana layak nak ajar orang weh. kiranya ni suatu perkongsian la ek. kita ada ilmu kena kongsi tau! jangan kedekut taik idung masin. sambil2 tu boleh jugak jadi panduan aku sendiri kot2 aku nak tukar template ke ape nanti. tak yah la aku duk google2 lagi kan. betul tak?

okeh berbalik pada tajuk. pernah tak korang tengok blog yang ada REPLY button kat ruang komen dia. aku bagi contoh blogger popular la... macam blog cik epal. kelebihan buat reply button ni untuk memudahkan korang nak reply komen2 reader yang komen kat entri korang tuh. especially kalau korang tu selalu dapat banyak komen (bukan macam blog aku. T_T). so tekan je reply nanti dia auto reply kat specific komen tuh. paham tak?

contohnya macam komen kat bawah dari ENTRI ni. butang [Reply] ada kat sebelah nama reader yang komen tuh. 

contoh komen haruslah komen dari blogger popular macam  joegrimjow. teehee...
so bila tekan butang [Reply] tu kotak komen akan keluar sebagai pop up window. dalam kotak tu akan ada code2 macam kat bawah ni tapi jangan delete! tulis je reply korang selepas code tuh ye.

pop up window dengan kotak komen yang ada ready code
tujuan code tu supaya bila korang reply dia jadi macam kat bawah ni la. macam pro kan? hehe... so kita tak perlu tulis nama untuk tujukan komen dah sebab dah auto kan. senang gitu!

ececee... saje je nak tunjuk aku reply komen joe

***************************************************************
 sekarang meh aku share cara nak buat butang [Reply] tuh.

 Tutorial tambah butang 'Reply' di ruang komen blog 

1. bila dah log in pergi ke Design --> Edit HTML

blog ID korang punya tak kan sama dengan aku punya
kalau korang perasan kat address bar ada nombor2 macam dalam bulatan kat atas. inilah blog ID. setiap blog akan ada blog ID sendiri. untuk tutorial ni korang akan memerlukan blog ID sendiri ye. so take note!


2. untuk keselamatan backup template korang dulu sebab aku tak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang mungkin berlaku. muahahhaa... (tapi aku sendiri tak backup pon!). caranya dengan Download Full Template yang ada kat situ kalau korang dah buat step 1 tadi.


3. jangan lupa klik pada Expand Widget Templates.


4. lepas tu Ctrl+F dan search code ni. 
<data:commentPostedByMsg/>

5. kemudian copy paste code di bawah selepas code tadi.
<span><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG-ID-SENDIRI&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=450,height=450&quot;); return false;'>[Reply]</a></span> 

6. tukar BLOG-ID-SENDIRI dengan blog ID korang macam yang aku bagitau kat step 1. 


7. selain tu korang jugak boleh customize butang [Reply] ikut citarasa sendiri. contohnya nak jadikan 'reply to comment' boleh... 'balas komen' boleh... dan apa2 aje yang korang suka. 


8. kalau nak ganti [Reply] dengan gambar comel2 pon boleh. tapi pastikan gambar tu kecik macam icon ke. kalau besar gedabak kang juling mata nengoknye. caranya gantikan [Reply] dalam code di step 5 tadi dengan code ni.
<img src="URL-GAMBAR"/>
 URL-GAMBAR tu korang boleh google ataupon gambar yang diformat jadi kecik lepastu upload kat photobucket atau picasa album atau facebook atau kat mana2 je la untuk dapatkan URL (link) gambar tu. emm... rasa macam nak edit kepala aku jadikan butang reply je... tapi kang ada yang mengigau malam pulak. haha...

save template dan siap!

PERHATIAN: tutorial ni hanya berfungsi kalau korang guna settings comment form 'embedded below post' sahaja! 


****************************************************************
 Tips memilih Comment Form yang sesuai 

tutorial dah tamat... tapi alang2 menyeluk pekasam aku nak share pasal comment form dengan korang especially blogger baru macam aku ni. kalau korang pergi ke Settings --> Comments. cuba tengok Comment Form Placement korang set as ape? 

Full page? kalau korang buat ni sebenarnya tak dapat pape faedah pon. bila reader tekan komen dia akan dibawa ke page baru yang hanya ada komen2 lain (kalau ada) dan kotak komen je. bila dah siap komen orang tu pon terus pangkah tanda X kat belah atas kanan tu (tutup page korang). kan dah rugi reader kat situ! sebabnya dah tak de mende yang menarik perhatian dia untuk terus lepak kat blog korang. (dah ada komen dengan kotak je... boring ar!)

Embedded below post? yang ni kalau korang tak buat butang [Reply] macam tutorial kat atas tu. tak payah la korang buat ni ye. paling menyusahkan bagi aku! sebabnya bila reader tekan komen dia masih lagi kat blog korang tapi specific pada entri yang dia nak komen tu je dan kena tunggu page tu load semula dengan komen2 (kalau ada) dan kotak komen kat bawah entri tuh. kalau internet lembab (macam broadband aku) memang jenuh menunggu kotak komen tu keluar dan selalunya tak keluar terus bila internet tengah nazak! terus rasa down untuk komen! 

bayangkan reader tu excited nak komen (contohnya aku yang tengah berkobar nak komen ni) tiba2 kotak komen tak keluar. perghhh... memang macam nak tumbuk je skrin laptop ni. dah la kena tunggu page tu load lama gile last2 mende yang ditunggu tak keluar! ape lagi... jawabnya tekan X kat atas kanan tu le. hah kan rugi sebiji komen. so kalau korang blogger tak popular macam aku tak yah guna setting ni ye. lain la kalau korang tu blogger popular macam cik epal hilang sebiji komen ada lagi beratus komen lain. tak heran pon!

pop-up window? yang ni aku rasa patut dibuat oleh semua blogger. paling menyenangkan hati reader. bila reader tekan komen... satu pop window kecik akan meletup keluar yang hanya mengandungi komen2 (kalau ada) dan kotak komen kat bawah sekali. sangat mudah dan cepat untuk reader komen sebab loading time tak lama. reader jugak masih berada di blog korang untuk terus godek2 blog korang yang best tu. 

so sekarang jugak pergi tukar setting korang jadi pop-up window! cepat! aku sendiri pon guna yang ni. kadang2 je gedik2 tukar embedded below post tu untuk mengaplikasikan professional reply seperti tutorial di atas. hehe....

lepas tu please... please... kat 'show word verification' ni tukar kepada NO. tak rugi pape pon kalau korang tak buat word verification untuk reader ni. menyusahkan reader untuk komen ade la. annoying! tak caya tanyalah blogger lain semua akan cakap please tukar. *buat mata bulat ala kucing comel*

so blogger baru atau lama yang tak tau atau tak ambil tahu perkara ni... sekarang dah tau sila tukar kepada NO sekarang jugak. ok! 


*************************************************************
eh ada lagi satu TIPS. hehe... 

kalau korang baca entri yang buatkan korang rasa nak dan perlu komen terutamanya blogger popular... tapi blogger tu guna embedded below post yang sepatutnya keluar kotak macam kat bawah ni.


 tapi jadi macam ni


jangan risau! ada cara untuk korang tinggalkan komen. dengan syarat blogger tu guna butang [Reply] macam tutorial kat atas tu. korang tekan je butang [Reply] kat mana2 komen yang ada. maknanya korang tak leh jadi orang pertama komen ar.

bila kotak komen macam kat atas ni keluar korang delete je code macam kat bulatan tu. so sekarang tinggal kotak kosong je. dan komen la pape yang korang nak! mudah kan? =)


sekian saja bebelan aku pada hari ini. diharap dapat membantu korang yang sudi baca. ^_^

  

25 comments:

CIK TOM said... [reply]

heheh..tutorial yg menarik...template cik tom yg lm mmg dh ade button reply comment ni...yg br ni lum masukkn lg..jom la tukar design baru sempena 2011 yang!

Prettyvrach said... [reply]

menarik =)..

ML follow awak dah =)

farhah adeli @ far said... [reply]

cik tom: thanks cik tom. segan plak dengan pakar tutorial mcm cik tom. hehe.

yep rasa nak tukar design baru. tunggu laptop siap baiki dlu. hehe.

farhah adeli @ far said... [reply]

miszlullaby: tenkiuu~~~

Zainatun Adilah said... [reply]

wah sangat membantu! Thanks!

farhah adeli @ far said... [reply]

zainatun adilah: you are soooo welcome! hehe.

Anonymous said... [reply]

google-ing cari tutorial ni jupe blog ni...dan terus follow blog ni yer.....hehe

farhah adeli @ far said... [reply]

Mr.IX: oh tenkiu2. ^_^ harap dapat membantu.

Amni said... [reply]

serius sangat menarik dear... kalau blog amni yang jarang orang komen pon tak pe kalau takde reply tu.. masalahnya yang komen ribu riban tu kan/ hehe.. jenuh tu nak reply tengok satu2.. hoho...

psstt.. pop up window is the best.. cepat dan laju je.. nak komen pon senang hati.. hehe

farhah adeli @ far said... [reply]

amni: tenkiu sgt2 amni. =)

tp ble tuan punya blog tgk byk2 kali mcm eh apsal tutorial aku byk bebelan sampingan. haha.

Khairunnisa Azalin said... [reply]

Assalamualaikum, Waahh thanks ye untuk tutorial nih. Dah berjaya dibuat :D

♥♥Cikngah♥♥ said... [reply]

dh lama cari.at last jumpe gk.macih!!dh wat dh :)

Unknown said... [reply]

tutorial utk disqus comment ada tak?

NuReLLe said... [reply]

thx 4da tuto..but untuk "pop up window" nye "reply to comment" code memang takde ek..mcm syan pulak kt readers nanti kalau guna "embed below post"..kalau "pop-up window" user friendly sikit..gugugugu..:)

Wanzi said... [reply]

terima kasih kongsi tutorial ni.... baru buat terus jadi.... nice

Hafiza Omar said... [reply]

Thanx..really help..=)

Abu Bagi said... [reply]

nice..

Anonymous said... [reply]

klu tutorial utk butang reply comment yang boleh gne utk pop out window takde ek yang? )=

YouSOF said... [reply]

TERIMA KASIH tuan blog.. Saya sebagai blogger suam² kuku dah berjaya tambah reply di ruang komen... ;D

Ibu Lala said... [reply]

dah buat tapi tak leh..

Anonymous said... [reply]

@CIK TOM

menarik :D

cikgu zul said... [reply]

hye..pakai tuto awk ni tetibe menjadi plak button reply nye..thanks k

sobri yaacob said... [reply]

tq sis menjadi plak..
lama cuba x mnjadi pun!!

HoneyBee said... [reply]

setuju, guna pop pup window & no word verification sgt memudahkan blogger2 lain nak komen... =D

Unknown said... [reply]

tq good info

VIDEO MAK senyum ke telinga sebab anak selera makan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...