Monday, November 29, 2010

Cerita Cinta Tiga Hari (part 2)

ok.... dengan gediknya aku nak tayang date 2nd day kitorang. hihi. dah berbulan tak jumpa. mesti la dating hari2. (macam dah wajib kawin je... opss!). date ni dah lama sebenarnya... sebelom raya haji lagi. so 1st day dah pergi sunway piramid. 2nd day kita pergi jauh sikit dari shah alam. lepas breakfast kitorang pergi  PUTRAJAYA! sebabnya aku teringin nak pergi Alamanda. sumpah ni 1st time pergi. T_T jakun! 

sweet tak kitorang pakai kasut sama!

cuba teka yang mana gua? 
mesti lah baby blue kan. demm! selalu tak ingat kasut size apa. opss.. baru nak bagi hint kitorang buat apa!. ok la sapa tak tau dia memang jakun. :p ni kasut ape adik2??? bowlingggg! ye betul... lepas jalan2 pusing2 alamanda kitorang main bowling pulak sambil tunggu movie start. ^_^


bebola warna warni yang tak boleh dimakan!

sampai penuh bola kat situ. warna kuning 2 biji tuh aku punya. no 9 je. tak larat la berat2. encik boypren pon suka main yang 10 or 11 je. tapi geng sebelah tuh sume main bola berat2. pompuan pon main yang berat gak. fuyoo! tapi curi2 tengok point macam aku lagi hebat je. :p

encik boypren beraksi dengan penuh bergaya

fulamak... aksi melontar membaling bukan main superb. tup2 masuk longkang. hahaha... kesian encik boypren dah lama tak main bowling. tak leh nak tunjuk skill sangat. sapa suruh buat bola spin! padan muka! mengada... main je la bola lurus. kan! untuk menjaga maruah encik boypren aku tak dapat nak tayang point. yang pasti aku menang! muahahhaha...

aku memang tak reti senyum tutup mulut ni. haih!

selepas beraksi kita rehat dulu sementara tunggu movie start. eh aku tak cakap lagi kan kitorang tengok movie apa. kitorang tengok Megamind. hehe cite kartun animation memang favorite aku. suka sangat macam budak kecik dapat aiskrim. ^_^ penat aku gelak so aku bagi 10/10. panggung tuh penuh dengan mak budak bapak budak dan budak2. sebelah aku ada mak budak dukung budak kecik. aku dah Oh nO... kalau budak tuh bising time movie tuh memang nak kena. hehe. tapi budak tuh behave je. bagus3! 

secret recipe... shhhh...

 selepas bergelak ketawa dalam panggung. aku teringin nak memaniskan mulut dengan cheesecake. so kitorang pon pegi la secret recipe. aku punya cappucino cheesecake (kanan). encik boypren punya tiramisu (kiri). dah makan manis2 minum air kosong je la kan. walaupon terasa malu makan kek dan minum air kosong je sebab orang lain air sedap2 makan sedap2. so what! suka hati kitorang la. aku amat menjaga pemakananan ok! makanan manis harus dineutralkan dengan air kosong! ececeee... 
eh kat mana pulak ni?
on the way balik nampak banyak signboard taman2 kat putrajaya ni. apa lagi aku pon nak le pergi satu. so kitorang singgah Taman Botani. teruja dengan kehijauan taman ni. ahh... fresh air. oxygen everywhere... 
hai boleh kenal?
kita jalan je ikot lorong ni. tengok dia bawa kita pergi mana. lalalala...

cak!!!
hihi... stop jap. kita amik gambar. haih... bila nak sampai hujung ni. 
pose yang boring

ooo... kalau jalan sampai hujung nanti ada restoren seafood la. nampak tak gambar udang kecik kat belah atas kiri kepala saya tuh... celah2 tiang tuh. nampak tak? tapi restoren tu buka malam je. pekerja dia macam tengah sibuk2 buat preparation. ala... tak kan nak tunggu sampai malam pulak. lain kali la ye. awak.. nanti bawa saya datang dinner kat sini ye. ^_^ 

pandan gergasi

saya gelak2 cakap kat encik boypren "awak tengok ni macam pandan gergasi!" hahaha... pastu tiba2 terbaca sign dan memang betul ia adalah spesis pandan. ok sekarang nak kata apa? saya hebat sebab dapat teka ke? atau saya bodoh sebab tak tahu tu memang pandan. T_T

pokok kelapa tumpang glamor atau tumpang glamor pokok kelapa?

 sesudah berjalan2 ambil angin di tepi tasik. kitorang pon balik la. hoo yeahhh... esok dating lagi. nak pergi mana pulak ye?

 ^_^ maluuu...

9 comments:

Ain said... [reply]

eii best nya ak nak balik dating gakkkk haha

::Miss Pikon:: said... [reply]

waa..dating kat putrajaya! sy yg dok kt putrajaya pun xhabih jelajah lg..hehe..

farhah adeli said... [reply]

ain: ain mana nih? siti norain ke? haha. klau ye cpt la balik cian cik abang sorg2. cari duit nak masuk meminang. hahahha.

farhah adeli said... [reply]

miss pikon: apa lagi cepat la jelajah semua taman2 putrajaya tuh. hehe.

J.M.R said... [reply]

taman botani..baru last weekend shoot pre-wed kt sana..

budinol said... [reply]

tee hee ^-^

KERBiL said... [reply]

blog lawa. anyway, dah follow :)

farhah adeli said... [reply]

JMR: ye ke? photographer ye. nice3. bley tgk hasil kerja mane tau bley khidmat anda nnti. hihi. ^_^

farhah adeli said... [reply]

budinol: oh.... tee hee ^_^

Kerbil: tenkiu miu~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...